Tidak dinafikan dalam kebanyakan budaya dan tradisi di seluruh dunia kaum lelaki sering dilihat sebagai ketua keluarga. Tanggungjawab ini bukan sahaja melibatkan aspek kepemimpinan dan membuat keputusan semata tetapi juga dalam mencari rezeki.
Selain harus memastikan tanggungjawab menyara keluarga seorang lelaki juga perlu peka akan tanggungjawab dan peranannya dalam komuniti seperti membayar zakat apabila syarat-syarat tertentu dipenuhi.
Pertama kita semua perlu faham ialah konsep lelaki sebagai pencari rezeki berkait rapat dengan norma sosial dan tradisi yang telah berakar lama.
Dalam konteks ini, lelaki sering dianggap sebagai tulang belakang keluarga, membawa pulang pendapatan untuk menyokong keperluan harian. Ini termasuklah makanan, pakaian, pendidikan, dan kesihatan. Peranan ini bukan hanya sebagai pemenuhan keperluan material tetapi juga sebagai simbol kestabilan dan keselamatan bagi keluarga.
Selain itu, anda sebagai lelaki pastinya mahu menjadi seseorang yang cukup diharapkan menjadi contoh dan penyokong bagi anggota keluarga yang lain. Sebagai ‘pembeli beras’ juga lelaki harus dilihat menjadi sumber kekuatan, bimbingan dan juga nasihat.
Ads
Dengan menyediakan keperluan asas keluarga, lelaki membina persekitaran yang stabil dan kondusif untuk pertumbuhan dan pembangunan ahli keluarga yang lain.
Namun ramai yang terlepas pandang atau mengambil ringan akan kewajipan berzakat ini. Hanya yang menunaikan kewajipan ini saja yang akan merasai kemanisan dan hikmah berzakat itu.
Pembayaran zakat oleh lelaki sebagai ketua keluarga juga mengajarkan nilai-nilai penting seperti tanggungjawab, kepedulian, kemurahan hati dan kesedaran sosial kepada ahli keluarga lain.
Ads
Ibadah zakat ini juga memastikan keberkatan dalam rezeki kita. Bagi yang sudah berkeluarga, pastinya menjadi idaman setiap lelaki untuk memiliki keluarga yang harmoni dan bahagia di samping isteri, anak-anak dan ahli keluarga yang lainnya. Malah inilah kaya yang sebenar.
Sebagai ketua keluarga yang mencari rezeki untuk keluarga, rezeki yang berkat itu dapat mengalirkan manfaatnya seperti melembutkan hati isteri dan anak-anak, melahirkan zuriat yang cergas dan cerdas seterusnya memberi ketenangan dan kelapangan jiwa setiap ahli keluarga. Begitu juga bagi yang bujang, rezeki kita juga digunakan untuk berbakti pada ibu bapa dan keluarga.
Ads
Selain menggalakkan persekitaran keluarga yang berorientasikan kepada kebajikan bersama dan kepekaan terhadap keperluan masyarakat yang lebih luas, zakat merupakan cara yang dapat membersihkan hati dan diri sendiri daripada sifat-sifat keji, iaitu sifat berdendam, iri hati dan hasad dengki.
Impak dari diri yang positif ini sangat besar bukan saja buat keluarga tetapi masyarakat secara amnya. Menunaikan zakat merupakan manifestasi sifat bertanggungjawab dalam diri, jika dia bertanggungjawab dalam menunaikan suruhan Allah, apatah lagi tanggungjawab dalam menjaga keluarga dan sebagainya.
Sebagai contoh di Pusat Pungutan Zakat – MAIWP, para pembayar zakat dilindungi Skim Kafalah Muzakki iaitu Khairat Kematian sehingga RM3,000. Sedikit sebanyak, sumbangan khairat kematian ini dapat membantu keluarga tercinta apabila kita telah tiada.
Kesimpulannya, peranan lelaki sebagai ketua keluarga dalam mencari rezeki dan membayar zakat bila cukup syarat adalah sangat penting kerana ia merangkumi aspek diri, ekonomi, sosial dan agama. Ini bukan hanya tentang memenuhi keperluan asas, tetapi juga tentang membangun dan memelihara sebuah keluarga yang kuat, bertanggungjawab dan bermoral. Ayuh para lelaki, tunaikan zakat segera di zakat.com.my.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa selalu macam ni? Kalau korang nak tahu aktor yang pernah memenangi Oscar iaitu Brad Pitt juga menderita dengan penyakit prosopagnosia ini. Brad Pitt disyaki mengalami sejenis penyakit dikenali sebagai ‘buta muka’ yang menyukarkan dia mengecam orang lain.
Malah penyakit yang tidak didiagnosis itu dikatakan sebagai punca dia menyendiri dan kelihatan seperti mementingkan diri sendiri.
Pitt, 58, berkata dia mahu mengingati wajah orang ramai namun kecewa apabila dia tidak mampu berbuat demikian.
Salah satu perubahan ketara dalam kehidupan Brad Pitt ialah kesihatannya. Selepas Angelina Jolie memfailkan perceraian pada tahun 2016, Brad cuba untuk lebih peka terhadap kesihatannya. Malah, Brad sanggup menghadiri Alcoholics Anonymous (AA), sebuah persatuan tidak rasmi untuk bekas penagih alkohol.
“Saya mempunyai kumpulan lelaki yang sangat hebat di sini yang sangat peribadi dan selektif, jadi ia selamat,” kata Brad Pitt dalam majalah GQ edisi Ogos 2022 yang dipetik dari Insider.
“”Kerana saya telah melihat hal-hal dari orang lain yang telah dirakam saat mereka menumpahkan isi perut mereka, dan itu sangat mengerikan bagi saya,”” sambungnya.
“RAMAI ORANG MEMBENCI SAYA KERANA MEREKA FIKIR SAYA TIDAK MENGHORMATI MEREKA. WAJAH ADALAH MISTERI BAGI SAYA.. SAYA TIDAK DAPAT MEMAHAMI MUKA-MUKA MANUSIA . SAYA AKAN MENGUJINYA,” KATA PITT PADA TAHUN 2013.
Selepas merujuk kepada penyakitnya, Brad Pitt malah memberi petanda kepada rancangannya untuk bersara. Walau bagaimanapun, Brad masih dijadualkan untuk muncul dalam Bullet Train (ditayangkan 2022) dan drama sejarah Babylon.
Apa Itu Prosopagnosia
Penyakit prosopagnosia mungkin masih asing bagi kebanyakan orang. Penyakit ini merupakan gangguan yang menyukarkan penghidap untuk mengenali wajah orang lain termasuk wajah mereka sendiri.
Malah, seseorang yang mengalami gangguan prosopagnosia tidak dapat mengenali wajah rakan, pasangan, dan juga keluarga mereka sendiri, yang boleh menyebabkan masalah berterusan dalam hidup mereka. Prosopagnosia sendiri terbahagi kepada dua jenis iaitu:
Developmental prosopagnosia: keadaan dimana seseorang mengalami kelainan prosopagnosia tanpa kerosakan otak.
Acquired prosopagnosia: keadaan seseorang mengalami kelainan prosopagnosia setelah mengalami kerosakan otak. Contohnya, akibat stroke atau cedera otak.
National Institutes of Health menyenaraikan gajala prosopagnosia boleh melumpuhkan sosial seseorang seperti berikut;
Individu yang mengalami masalah itu sering mengalami kesukaran untuk mengenali ahli keluarga dan teman rapat walaupun sering bertemu.
Mereka sering menggunakan cara lain untuk mengenal pasti seseorang seperti melalui suara, pakaian atau sifat fizikal yang unik.
Kanak-kanak yang mengalami prosopagnosia kongenital sukar mengenali wajah sejak kecil.
Rawatan prosopagnosia disediakan kepada pesakit yang mengalami strok atau trauma otak. Mereka dilatih menggunakan petunjuk lain untuk mengenal pasti individu.
Malah, dalam drama-drama Korea juga kian mengangkat dan memberi kesadaran mengenai penyakit ini.Bagi anda yang tidak tahu, berikut adalah drama Korea yang menampilkan watak prosopagnosia
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia pula tiada siapa yang tahu. Atau mungkin pada wajah yang menyerupai seorang putera raja?
Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki di Indonesia yang memiliki wajah kacak dan tampan seiras seorang putera raja yang cukup dikenali ramai.
Seorang penjual ais krim di Gunung Bromo, di wilayah Jawa Timur, telah menjadi tular di laman media sosial karena dianggap memiliki wajah yang mirip dengan Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah.
Memetik laporan dari portal berita Indonesia, Okezone, sebuah video telah tular menerusi platform TikTok. Menerusi sebuah video yang dikongsikan seorang pengguna TikTok @nareswara.tpuraandtravel, peniaga tersebut dilihat sibuk menyediakan aiskrim yang dipesan pembeli.
Lelaki tersebut yang mengenakan jaket ungu dan topi hitam itu sesekali terlihat tersenyum ke arah kamera selepas menyedari dirinya sedang dirakam.
“Bertuah sebulan kerana bertemu dengan ‘Putera Mateen’ di Bromo,” kata keterangan video tersebut secara berseloroh.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen yang bersetuju bahawa wajah pemuda tersebut mirip Putera Mateen.
“Sangat seiras!” kata seorang pengguna laman media sosial.
“Hey, he is the better version one,” komen lagi seorang netizen.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
SUMBER: TikTok Nareswara.tpuraandtravel
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
INI ADALAH SEBUAH PERKONGSIAN DARI RAKAN DI TWITTER MENGENAI MASALAH KEGUGURAN RAMBUT YANG DIALAMINYA SEJAK EMPAT BULAN YANG LALU. SUHAILA YANG MENGAKUI DIA MEMULAKAN RUTIN PENJAGAAN INI SEJAK NOVEMBER YANG LALU KINI TELAH MULA MENAMPAKKAN HASILNYA.MANA TAHU ABANG-ABANG DI LUAR SANA BOLEH CUBA CARA INI KERANA PRODUK YANG DIGUNAKAN JUGA MACAM SESUAI DENGAN KULIT KEPALA LELAKI.
INI EMPAT CARA YANG PATUT DIAMALKAN UNTUK PASTIKAN RAMBUT KEMBALI SEGAR.
1.Gunakan Pre-Wash hair
2.Syampu seperti biasa
3.Hair Conditioner / mask
4.Serum
AMALKAN RUTIN INI SELAMA 2 HINGGA 3 MINGGU.
1.PRE-WASH HAIR OIL
Sapukan pada scalp dan shaft, pastikan ia benar-benar rata. Pakai banyak pun tidak mengapa dan biarkan selama 20 minit. Kalau rimas boleh gunakan showe cap.
Boleh dibeli di Mydin sahaja dalam harga sekitar RM 8 sahaja.
-Boleh juga gunakan Castor Oil untuk melebatkan kembali rambut, tekstur sangat pekat dan cuba campurkan dengan minyak lain sebelum diletakkan di kepala.
2.SYAMPU RAMBUT
Selepas 20 minit, ini adalah masa untuk syampukan rambut anda. Syampu betul-betul untuk hilangkan kesan minyak tadi. Cuba urut-urut kepala dengan betul supaya tiada kesan langsung pada rambut.
3.HAIR CONDITIONER
Hair cond ini digunakan selepas cuci rambut dengan syampu. Sapu rata macam syampu juga dan ia akan mengembalikan dan melembutkan tekstur rambut anda.
4.SERUM
Boleh guna serum ini hari-hari, selepas mandi ke. Memang berbeza bila selalu guna serum rambut ni, rambut jadi lebih sihat dan sangat bersinar. Bolehbeli dekat Watsons je pun serum ini.
Lakukan rejim ini secara berterusan walaupun telah menampakkan hasilnya kelak. Jangan cepat mengalah dan terus berusaha.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.