Berapa Agaknya Nilai Hantaran Paling Relevan Zaman Sekarang?

Share

Dah masuk tahun 2018, anda masih bujang? Duit masih tak cukup nak buat majlis besar-besaran macam keluarga belah perempuan mahukan. Hmmm kalau beginilah masalahnya, sampai bila-bilalah kita membujang bro.

Setiap orang mengimpikan sebuah hubungan cinta yang berakhir dengan perkahwinan. Yelah, orang kata tak elok bercinta lama-lama. Perkara yang baik jangan dilambat-lambatkan. Dan apabila ingin melangsungkan perkahwinan, salah satu masalah yang sering terjadi adalah nilai duit hantaran yang terlalu mahal. Senang kata, pihak lelaki tak mampu menyediakan wang hantaran sebanyak mana yang diminta oleh pihak perempuan.

Ini 9 cara buat lelaki untuk lebih bersedia.

 

1. Take it or leave it

  • Take it or leave it. Kadang-kadang pihak perempuan minta duit hantaran melebih-lebih tak beragak. Padahal laki tu bukanlah gaji besar sangat pun. RM3,000 sekadar cukup makan.

    2. Simpan 300 sebulan selama 3 tahun

    Laki simpan RM300 lebih kurang 10% dari gaji konsisten selama 3 tahun, barulah boleh dapat duit hantaran RM10K. RM300 x 36 = RM10,800. Jenuh juga nak tunggu sampai 3 tahun tu. Terseksa batin okeh!

    3. Tabung kecemasan dan rumah

    Tabung kecemasan dan rumah kena buat juga ya. Mungkin cadangan bajet bulanan yang saya buat ni boleh bantu bagi idea kat orang yang bergaji RM3,000 untuk susun kewangan.

    —–> 10% tabung rumah.
    —–> 10% tabung kecemasan.
    —–> 10% duit hantaran.
    —–> 10% ibu bapa.
    —–> 10% kereta.
    —–> 10% petrol dan tol.
    —–> 10% sewa bilik.
    —–> 10% makan minum.
    —–> 5% PTPTN.
    —–> 5% takaful.
    —–> 5% bil-bil.
    —–> 5% kena pow dengan makwe.

    4. Jiwa kena cekal

    Kalau gaji RM3,000 boleh lagilah nak ikut cadangan % kat atas tu dengan senang hati. Adjustlah sendiri kalau tak sesuai. Tapi kalau gaji RM2,000 ke bawah memang susah sikit. Jiwa kena cekal bro.

    5. Nasib

    Nasiblah kau kalau dapat makwe yang minta hantaran mahal-mahal. Dahlah tak nak buat tabung kahwin sama-sama. Alasan klise, nak tengok sejauh mana laki sanggup berkorban untuk buktikan cinta.

    6. Simpanan tak ada

    Padahal makwe tu sendiri tau yang pakwe dia tak bersusah payah pun simpan duit. Simpanan tak penah nak ada. Sebab awal-awal lagi dah rancang nak mohon personal loan untuk kahwin.

    7. Bayar hutang

    Mudah sangat. Isi borang, sediakan dokumen, bagi kat bank proses. Dalam masa beberapa minggu, dapat dah duitnya. Berkorbanlah korang laki bini sama-sama lepas kahwin bayar balik hutang tu.

    8. Bincang elok-elok

    Bincang elok-elok. Benda boleh bincang, kan. Sesuaikan nilai hantaran yang kau minta dengan kemampuan bakal laki kau. Jangan selfish sebab nak kahwin gah, kau guna alasan klise zaman batu tu.

    9. Cakap awal-awal

    Laki janganlah longlai sangat. Keluarkan hujah-hujah bernas. Cerita apa plan masa depan. Lepas ni nak jadi ketua uruskan kewangan keluarga pula. Jadi, cakap awal-awal kat makwe,
    “Kalau boleh, saya tak nak buat personal loan. Gaji saya pun bukan banyak sangat. Nak beli rumah untuk kita duduk lagi. Saya tak mampu bagi hantaran mahal. Maafkan saya. You take it or leave it. I don’t care.”

     

    Apa pun bab kahwin ni memang semua orang impi yang setinggi langit, tapi bab duit yang jadi penghalang. Bukan semua orang dilahirkan dalam keluarga yang senang kan, jadi buat mereka yang biasa-biasa ni, ukur baju di badan sendiri. Jangan ikut orang lain, buat ikut kemampuan sahaja ok. Selamat berkahwin!

Dengar cerita LovebiteMY tengah promo ni, bolehlah jimat sikit bajet hantaran untuk bakal isteri tersayang tu. Jangan lupa guna kod WOMENDAY38

Published by
Kim Rahim