Keadaan kini semakin meruncing dengan kadar kes baharu yang dicatatkan masih lagi tinggi. Kita semua tiada jalan lain untuk bebas dari belenggu wabak ini melainkan mendapatkan suntikan vaksin.
Untuk mencapainya kita harus sama-sama main peranan memberi kesedaran kepada setiap anggota masyarakat akan betapa pentingnya pengambilan vaksin ini.
Kerajaan menerusi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) kini sedang giat menjalankan program suntikan vaksin dengan jumlah haria meningkat setiap hari. Antara golongan yang paling berisiko ialah warga emas yang berusia 60 tahun ke atas.
MASKULIN tertarik dengan perkongsian daripada Pengacara Tanya Doktor, Dr Say Shazril yang kini sedang menjalankan tugas sebagai barisan hadapan bertugas di salah satu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) iaitu di PWTC, Kuala Lumpur.
Menurutnya pemerhatiannya, golongan warga emas terutamanya orang Melayu hanya dilihat dalam lingkungan 30 hingga 40 peratus sahaja daripada keselurhan mereka yang datang. Walau bagaimanapun jelasnya itu adalah daripada pemerhatian kasarnya sahaja.
Ads
“Pusingan kedua inisiatif sukarela pengambilan vaksin Astra Zeneca bermula Ahad baru ni. Yang dibuka untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas tu. Jadi bila saya bertugas di PWTC hari ni saya expect mostly warga emaslah yg akan datang mengambil vaksin & tepat tekaan saya, hampir 90% adalah warga emas. Tapi yang buat saya sedikit sedih daripada warga emas yang hadir, hanya 30-40% adalah orang Melayu kita”.
Tambahnya lagi itu hanyalah daripada pemerhatiannya sahaja.
Ads
“Tapi boleh kira betapa sikitnya penerima vaksin yang ‘bin & binti’ saya consult tadi. Bila saya berterima kasih kepada makcik & pakcik yg datang kerana tampil mengambil vaksin tadi, rata-rata berkata “kawan makcik/ pakcik ramai taknak amik sebab dengar macam2 cerita…”
“…tapi makcik atau pakcik beranikan diri, redha & tawakal demi nak jumpa anak cucu”.
“Berlinang mata kejap dengar statement mereka,” luah Dr Say lagi.
Ads
Dr Say juga meneruskan kelantangan kerajaan dan menyeru agar masyarakat tidak mendengar segala info, fakta dan teori konspirasi yang tidak benar tentang vaksin.
“Cukuplah dengar rumours Whatsapp Group atau konspirasi di FB. Pilihlah sumber yg sahih. Marilah sama2 kita cuba capai Herd Immunity secepat mungkin supaya dapat kita pulang kepada kehidupan dahulu kala,” jelasnya lagi.
Kita semua terutamanya anda sebagai lelaki memainkan peranan sangat besar untuk membantu menyebarkan info yang betul kepada ahli keluarga. Jangan biarkan orang tua kita terdedah kepada risiko wabak ini tanpa perlindungan vaksin.
Daftar dan dapatkan suntikan vaksin dengan seberapa segera. Kita jaga kita!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Panduan pemberian nafkah ini bukan hanya untuk suami dan anak lelaki yang sudah berkahwin atau bakal berkahwin. Tanggungjawab anda sebagai pemberi nafkah untuk mereka memerlukan dan berada di bawah tanggungan anda.
Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). Urutan nafkah adalah seperti berikut;
Diri sendiri
Isteri
Anak
Bapa
Ibu
Cucu
Datuk
Saudara
Ahli-ahli keluarga berikutnya
Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan;
“Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46)
Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah)
Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.
Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;
a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.
b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.
Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL.
Kredit : Umi Amirah Indra
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tahu tak, kesilapan besar lelaki pada hari ini adalah terlalu selesa membiarkan perempuan hidup berdikari dan menguruskan hidupnya seorang diri. It’s good for them but not healthy for the relationship, I tell you.
Perempuan zaman sekarang mampu memandu sendiri ke mana hala tuju yang dia ingin tuju. Beli barang keperluan di pasar raya sendiri. Makan seorang diri among the crowds. Menguruskan emosinya sendiri. Either menangis bawah shower atau seronok makan kek depan televisyen sendiri dan kamu pula langsung tidak bertanya tentang rutinnya kerana kamu fikir tidak banyak beza dengan rutinnya setiap hari. Kamu sibuk memenuhi kekosongan jiwa di media sosial, smartphone application atau game daripada mengambil tahu kekosongan pasangan sendiri.
Sama ada kewujudan kamu disedari atau tidak, it’s same. Sampai satu tahap, dia akan fikir semua benda boleh buat. Jadi apa guna ada kamu lagi?
Boleh dikatakan ramai wanita yang cantik dan bijak masih lagi single di luar sana. Apa sebabnya?
MEREKA TIDAK TAKUT UNTUK HIDUP SENDIRI
Wanita bijak tidak mahu buang masa mencari lelaki yang tidak setia. Mereka tak takut hidup sendiri dan tahu kebahagian yang diinginkan.
TAHU APA YANG DIINGINKAN
Setiap wanita punya senarai keinginan dan itu menjadi pedoman hidup. Wanita akan mencari lelaki sesuai dengan kriteria yang ada dalam senarai impian.
TAK PERLU LELAKI UNTUK MEMUDAHKAN GAYA HIDUP
Kalau dulu, wanita sangat bergantung pada lelaki. Namun kini tidak lagi. Wanita sudah semakin bijak dan mereka tidak takut jika hidup tanpa lelaki.
4.BERANI BERI PENDAPAT
Perempuan yang berdikari selalu menyuarakan pendapat dan isi hati semasa dalam perbincangan supaya orang tahu apa yang ingin dikatakan. Jadi hasilnya perbalahan dalam berbincang lebih baik dari bergaduh selepasnya kan? Tidak hairan la dalam perhubungan mereka yang berdiakri terlihat lebih matang dan lebih lama bertahan. Mereka tidak gentar dalam menyuarakan pendapat masing-masing supaya apa yang tersirat yang ingin dikatakan akan terbuka sesama sendiri tanpa berselindung lagi.
4. TIDAKBERPURA-PURA
Perempuan yang berpura-pura dalam perhubungan terlihat lebih bersifat tidak matang sebab ingin menarik perhatian pasangannya supaya lebih mengambil berat dengan nya. hal ini menyebabkan lelaki kurang gemar dan memilih perempuan yang tidak berpura-pura kerana bagi mereka itu adalah tanda tahap kematangan dan berdikari nya seseorang perempuan itu.
5.SANGAT MATANG
Perempuan seringkali dikatakan bersifat keanak-anakan. Namun tidak pada sesetengah perempuan yang berdikari kerana mereka ini kelihatan lebih matang dalam mengendalikan perhubungan mereka dan sentiasa berfikir lebih matang supaya sesebuah perhubungan itu bertahan lebih lama . Sebab itu lelaki yang lebih muda sukakan mereka yang matang kerana seringkali terlihat berdikari dan senang mengendalikan emosi mereka semasa dalam proses perhubungan yang lebih jauh.
6.BOLEH BUAT SEMUA SENDIRI
Perempuan yang sering kali keseorangan dalam melakukan banyak perkara kelihatan lebih berdikari kerna mereka mampu melakukan hal yang ingin dilakukannya seorang diri tanpa mengharapkan sesiapa menemaninya kemana sahaja yang dituruti. Hal ini akan menyenangkan hati seorang lelaki tanpa rasa risau untuk meninggalkan pasangan mereka melakukan hal-hal yang perlu melakukan sendiri ataupun perkara yang tidak mampu ditemani. Kerana mereka yakin pasangan mereka lebih selesa melakukan hal-hal nya sendiri tanpa mengharapkan belas kasihannya berteman sekali.
BIJAK BERGAUL DAN SANGAT BERKEPIMPINAN
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.Bersedia dengan setiap kemungkinan. Kalau dia bawak anda pergi makan, tunjukkan kesopanan anda.Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
PEREMPUAN YANG TIDAK PANDAI BERDIKARI
1.TERLALU MENDESAK DALAM BANYAK HAL
Wanita jenis ini ialah mimpi ngeri bagi hampir semua lelaki. Wanita jenis ini selalu merungut dan kerap menyatakan dengan jelas betapa dia seolah-olah terdesak untuk berkahwin. Apa yang menakutkan lelaki tentang wanita jenis ini ialah lelaki selalunya tidak dapat mengenal pasti sikapnya sehinggalah berada bersama di dalam sebuah perhubungan.
Pada mulanya, wanita ini kelihatan amat berdikari dan yakin pada diri sendiri. Walau bagaimanapun, bila dia berada dalam sesuatu perhubungan dan berasa selamat, sifat ‘keinginannya yang mendesak’ mula dimanifestasikan. Dan selalunya perempuan seperti ini berpotensi jadi ‘queen control’. kerana mereka sering kali terlebih berfikir negatif terhadap pasangan mereka dan selalu ‘check’ fon pasangan masing-masing sehingga merimaskan hati lelaki. tidak salah jika lakukan semua itu namun berbatas la kerna kamu hanya sekadar teman wanita sahaja dan bukannya isteri seumur hidup bersumpah setia.
TIP: Ironiknya, wanita seperti ini kadangkala sebenarnya melakukan sesuatu yang baik dalam membolehkan lelaki melihat sesetengah sifatnya dengan cepat pada awal perhubungan, yang mana itu adalah juga merupakan ciri keterbukaan yang lelaki inginkan. Namun demikian, terlalu awal secara jelas menampakkan keinginan supaya lelaki mengisi segala kekosongan dalam hatinya sehingga seolah-olah mendesak lelaki berkahwin sedangkan perhubungan berada pada peringkat yang terlalu awal akan menakutkan lelaki.
2. SELALU INGIN BERSAMA KEMANA SAHAJA
Perempuan memang dikenali sebagai kaum yang lemah, tak semestinya perlu sentiasa bergantung kepada lelaki semata-mata. Umur semakin meningkat, jadi kematangan pun perlulah seiring juga. Sikap yang terlalu keterbergantungan membuatkan lelaki mudah bosan. kerana lelaki sering kali ingin melihat perempuan yang disayangnya itu boleh membawa diri sendiri ataupun tidak.
Dalam perhubungan, pastikan ada ‘give and take’.Barulah satu perhubungan itu adil bagi kedua-dua pihak. Sekuat-kuat lelaki, jangan ingat mereka tidak ada sifat manja. Mereka pun manusia juga. Jadi, berpada-pada lah meluahkan atau mengekspresikan kemanjaan masing-masing.
Kadang-kadang penyakit orang perempuan ni, apabila terasa kecil hati atau terluka, mulalah nak hebohkan satu dunia yang lelaki ini lelaki itu jahat. Malah ada yang spesies mula nak ‘seduce’ laki lain.
TIPS: Belajarlah mematangkan diri dan rajin-rajin motivasi diri. Kalau mengalami masalah itu, berfikir dengan tenang dan bertindak secara rasional. Perempuan yang ‘independent’ adalah seorang yang hebat. ‘Independent’ tidak semestinya terlalu ‘open’.
3. LEBIH BERKERJAYA
Dikatakan lelaki ‘berasa terancam’ dengan wanita yang berjaya. Ada juga kebenarannya di sini yang menjadikan ia lebih menarik untuk kita perhatikan. Ramai juga wanita profesional, berjaya dalam perniagaan, berjaya dalam kerjaya, menyatakan, “Saya ada pendapatan yang kukuh, memiliki rumah sendiri, dan juga hidup yang gembira. Saya tak perlukan lelaki untuk membuatkan saya gembira dan bahagia.” Jawapan saya, “Kalau macam tu tidak ada sebab untuk mana-mana lelaki pun ingin bersama dengan wanita seperti ini!.” Kenapa? Sebabnya ialah lelaki akan merasakan apakah perkara yang boleh dia sumbangkan dalam hidup wanita tersebut sekiranya dia berasa cukup segalanya?
Betul, lelaki tidak mahu wanita yang 100% bergantung kepadanya, tetapi adalah satu perkara yang amat mengharukan buat lelaki bila merasakan wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi membenarkan dirinya untuk bergantung kepada lelaki, yang pasti kelihatan wanita itu tidaklah sama sekali langsung tidak memerlukan lelaki dalam hidupnya.
TIP: Kebanyakan lelaki ingin menjadi tumpuan utama dalam hidup pasangannya, dan tidak mahu tumpuan wanita itu terhadap kerjayanya melebihi tumpuan terhadapnya.
4. KEANAK-ANAKKAN
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah. Namun sikap yang berlebih-lebih hingga terbawa ke tempat orang ramai dianggap amat tidak matang. seharusnya perkara itu dibawa ke privacy masing-masing. orang lain pun ada batas masing-masing tapi kenapa diri sendiri tidak?.
5.JANGAN TERLALU BERGANTUNG KEPADA LELAKI
Jangan tak tahu, lelaki suka wanita yang pandai berdikari. Tapi ada masa bila dia menghulurkan bantuan, janganlah menolak. Tapi jangan terlalu memaksa sehingga menyusahkan dia.sikap yang terlalu bergatung kepada pasangan menyebabkan elaki hampir rasa rimas akan perangai perempuan yang selalu memintanya teman ke mana sahaja membuatkan kerja lelaki terabai dan kelam kabut disebabkan perangai yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan hati lelaki.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kita akan ketawa bila merasakan sesuatu perkara itu lucu atau pun ketika kita sedang menonton cerita yang lawak. Ketawa merupakan satu ekspresi dalam diri seseorang bagi meluahkan rasa bahagia, seronok dan gembira yang ingin dikongsikan.
Walau bagaimanapun, ketawa bukanlah hanya satu ekspresi yang ada dalam diri manusia malah ketawa juga boleh merangsang serta memberi kesan positiviti dalam diri seseorang.
Menurut beberapa kajian yang dilakukan, individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit.
Hal ini terjadi kerana apabila ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung akan meningkat dan kedua-dua kadar ini kemudiannya akan turun lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa. Jom kita lihat 4 fakta mengikut sains mengenai ketawa di bawah ini.
1. Ketawa memberi kesihatan yang baik kepada tubuh badan
Menerusi artikel ‘Humor An Antidotes For Stress’ yang ditulis oleh seorang jururawat berdaftar, Patty Wooten mendedahkan gelak tawa memberi banyak kebaikan kepada diri manusia.
Secara naturalnya, ketawa boleh mengurangkan hormon tekanan dalam diri dan meningkatkan tahap aliran darah dalam badan sekali gus ia dapat melindungi tubuh badan daripada diserang penyakit berkaitan jantung.
Secara umumnya juga ia akan menguatkan sistem imunisasi dalam badan. Hal ini akan mengurangkan risiko untuk terkena jangkitan dan penyakit kerana ia akan mengekalkan kekebalan dalam diri.Dengan ketawa juga, ia akan melepaskan endorfin ke bahagian otak yang akan membuatkan diri individu terasa tenang dan bahagia. Oleh itu, jika anda terasa tertekan dan murung, cari sesuatu yang boleh membuatkan anda ketawa untuk kembalikan mood untuk menempuh kehidupan seharian anda.
2. Ketawa dapat mengukuhkan lagi hubungan anda
Secara amnya, ketawa juga dapat mengukuhkan lagi hubungan seseorang itu. Jangan menjadi individu yang mengeluarkan tenaga negatif yang datang bersama tekanan sebaliknya jadilah individu yang melepaskan tenaga positif dan ketawa yang boleh melibatkan dua orang dalam waktu yang sama.
Menggabungkan ketawa dalam hidup anda boleh meningkatkan serta menguatkan lagi kualiti dalam perhubungan anda. Secara tidak lansung ia juga akan meningkatkan kualiti masa dalam semua aspek kehidupan.
3. Ketawa boleh mengubah persepsi dalam kehidupan
Individu yang kerap ketawa dapat mengubah serta menukar pandangan dan perspektif dalam kehidupan. Ia akan memberikan skop yang lebih meluas dan membuatkan seseorang itu lebih bebas dan berfikiran terbuka mengenai sesuatu perkara. Ia juga akan menghentikan seseorang itu berfikir secara keterlaluan mengenai masalah kecil.
Ketawa sehingga sakit perut dengan pantas dapat merehatkan seluruh tubuh badan dan menenangkan tekanan dan ketegangan yang ada.
4. Ketawa akan membuatkan anda lebih tertarik
Individu yang sering tersenyum dan ketawa lazimnya lebih menarik dan menawan berbanding individu yang selalu murung dan marah.Ketawa juga mempunyai kecendurungan dalam mengurangkan ketegangan serta keganjilan dalam sesetengah situasi. Jadi, jangn bimbang untuk memulakan jenaka jika anda keluar untuk janji temu yang pertama kelak.
Ia dapat memberi insprasi, motivasi dan apa yang penting dapat membuat mereka ketawa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi penggemar muzik dan hiburan pentas berprofil tinggi, Mei 2025 menjanjikan sesuatu yang istimewa di Miri, Sarawak.
Bandaraya petroleum ini bakal menjadi saksi penganjuran dua...