Bengang Dengan Sikap Sombong Chef UK Berkaitan Isu Rendang Tak Ranggup, Ini Respon Chef Wan

Share

Baru-baru ini hangat diperkatakan gara-gara penyingkiran peserta MasterChef UK, Zaleha Kadir Opin yang dikatakan memasak rendang ayam tidak rangup dan pada bahagian kulit selain tidak boleh dimakan telah mencetuskan pelbagai isu sampingan.

Siapa sahaja yang tak bengang dengan sikap sombong Chef dari UK, John Torode dengan menempelak menulis tweet seperti menyindir kritikan yang dilemparkan netizen. Seperti biasa tanpa tunggu lama, chef nombor satu Malaysia dan legenda Chef Wan membalas semula kenyataan terbabit dengan memuatnaik gambar tweet John Torode beserta kapsyen paling ‘pedas’.

John berpendapat rendang berkemungkinan asal dari Indonesia dan dia sangat menyukainya. Tidak pasti apa yang cuba disampaikan oleh chef asal Australia ini, tidak lain kalau menghentam kembali netizen Malaysia

 

Chef Wan menekankan sikap sombong dalam diri John dan pada masa yang sama tidak menghormati asal usul budaya sesebuah negara. Diakhir kenyataan beliau sempat lagi Chef Wan berseloroh dengan mengajar John tentang Soto Ayam yang juga dari Indonesia.

Berbeza dengan Gregg Wallace yakni juri kedua MasterChef tampil dengan rendah diri memohon maaf.

Published by
Ruziana Zainal