UMUM MENGETAHUI, KEBANYAKAN LELAKI MEMPUNYAI MASALAH KEGUGURAN RAMBUT PADA USIA MUDA MEMANG MEMBERI KESAN TERHADAP KETERAMPILAN SERTA KEYAKINAN DIRI. MALAH IA MENUNJUKKAN SESEORANG LELAKI ITU TAMPAK JAUH DEWASA ATAU TUA SEDANGKAN BELUM LAGI MENCECAH USIA 40 TAHUN.
Ada pelbagai sebab kehilangan rambut, tapi untuk lelaki 95 peratus punca masalah rambut disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai hormon Dihydrotestosterone (DHT). Hormon DHT dihasilkan di bahagian kelenjar adrenal. Ia adalah hormon seks lelaki dan semua lelaki menghasilkannya.
Melihat pada konteks masalah keguguran rambut, hormon DHT mengganggu akar rambut. ini akan menyebabkan akar rambut gagal menyerap nutrisi dari kulit kepala. ia menyebabkan rambut terbabit menjadi tidak sihat dan gugur.
PUNCA
Penggunaan bahan kimia berlebihan seperti mereka yang suka mewarnakan rambutnya dan suka menggunakan bahan kimia untuk meluruskan rambut juga cenderung kepada masalah ini. Penggunaan bahan kimia akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya. Kesannya rambut gugur terjadi.
Kalau golongan wanita pula, perubahan hormon ketika mengandung dan melahirkan anak mengalami masalah rambut gugur. Rambut mereka gugur disebabkan perubahan hormon yang berlaku. Ia juga disebabkan hormon yang tidak stabil di dalam badan boleh menyebabkan kepada rambut gugur.
Faktor seterusnya adalah genetik. Jika seorang ibu atau bapa mengalami masalah rambut gugur apabila umurnya meningkat, anak perempuan dan lelakinya juga akan alami masalah yang sama. Rambut gugur juga akan berlaku jika wanita atau lelaki tersebut mengalami masalah aliran darah tidak lancar. Aliran darah yang tidak lancar di dalam badan boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.
Mempunyai masalah angin badan yang serius juga boleh menyebabkan masalah rambut gugur selain perangai selalu menarik rambut. Ada juga lelaki dan wanita mempunyai sikap menarik rambut sekuat hati ketika ingin mengikat rambut dan sebagainya.
Ads
Sikap sebegini boleh memberi kesan yang tidak baik pada akar rambut kamu di mana ia akan jadi lemah dan senang untuk tercabut selain gaya pemakanan yang tidak terkawal sehingga menyebabkan hormon di dalam badan juga boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.
PENYELESAIANNYA
Selain menggunakan pelbagai produk rambut yang disarankan di pasaran, segala macam formula kononnya untuk menguatkan akar rambut bagi mengelakkan masalah rambut gugur tidak salah kamu mencuba juga cara tradisional yang mungkin lebih berkesan.
Antaranya ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata di kulit kepala. Amalkan selama dua minggu. Seterusnya kamu ambil santan untuk menyuburkan rambut kamu. Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik.
Ads
Jangan cepat hendak membasuh rambut kamu sebaliknya perapkan rambut kamu dengan tuala untuk setengah jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkan selama dua bulan bagi melihat perubahannya.
Ataupun kamu boleh mencuba mengambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama satu jam. Lakukan dua kali seminggu. Kamu akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semula jadi.
Gunakan kulit buah tembikai. Setiap kali kamu makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala kamu. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit.
Selepas itu barulah kamu cuci rambut kamu sebersih-bersihnya. Jika kamu ingin biarkan semalaman pun tak mengapa. Gunakan ‘shower cap’ atau balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal tidur kamu. Kamu hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.
Tak pun ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, dan lendir pokok litup bumi. Semua daun tersebut dimasukkan ke dalam satu bekas. Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.
Ads
Belah buah limau nipis dan gosokkan pada kulit kepala hingga rata. Setelah kering, oleskan telur ayam pada kulit hingga rata dan bungkus kepala kamu dengan tuala selama satu malam. Keesokan paginya, bersihkan rambut kamu. Amalkan petua ini empat kali seminggu.
Paling mudah juga bagi kamu yang pemalas untuk menumbuk bawang merah sehingga halus dan campurkan air masak secukupnya. Sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 30 minit. Kemudian bersihkan seperti biasa.
AMALKAN PETUA SELALU
Petua lain pula dengan mengambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan dua kali seminggu. Rambut kamu akan kekal kuat dan hitam semula jadi.
Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Juga elakkan mengikat rambut dengan getah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidur awal banyak kebaikkannya. Kita selalu disyorkan untuk tidur tujuh hingga lapan jam setiap hari, atau tidur lebih awal dan bangun lebih cepat. Namun entah kenapa, sukar sekali melaksanakan kebiasaan tidur yang teratur. Padahal, cadangan ini diberikan bukan tanpa alasan. Bila mengetahui bahawa tidur lebih cepat menawarkan banyak keuntungan seperti menurunkan berat badan atau membuat anda lebih produktif di pejabat, masakan anda masih tidak mahu mengusahakannya? Bila tak percaya, cuba lihat beberapa keuntungan mengelakkan tidur larut malam ini ini.
1. Berat Badan Turun
Orang yang suka berjaga malam akan cenderung makan hingga larut malam, dan makan pun sebenarnya tidak kerana lapar,” kata Evelyn Tribole, MS, RD. Ia memberi amaran bahawa makan lewat dari jam makan malam akan menyebabkan kalori disimpan di dalam tubuh. Di samping itu, apabila anda ingin menikmati makanan tertentu pada malam hari, biasanya anda akan melewatkan sarapan pada esok harinya.
AKIBATNYA TENAGA ANDA AKAN BERKURANGAN DAN CENDERUNG AKAN MAKAN BERLEBIHAN PADA SIANG HARINYA, DEMIKIAN MENURUT RAFAEL PELAYO, MD, SEORANG PROFESOR DARI SLEEP MEDICINE DI STANFORD UNIVERSITY.
2. Tidur Lebih Mudah
Pelbagai kajian menunjukkan bahawa kebiasaan tidur larut malam, apalagi hingga dini hari, boleh menyebabkan insomnia. Selain jadi lebih susah untuk tidur, anda juga menjadi lebih sukar tetap dalam keadaan tidur. Sangat tidak menyenangkan bukan, ketika anda terbangun pada malam hari dan mengalami kesukaran untuk kembali tidur?
3. Lebih Produktif Pada Pagi Hari
Anda boleh saja mengaku sudah biasa berjaga, namun tak seorang pun diprogramkan secara biologi untuk berjaga hingga larut malam, demikian menurut Pelayo. Dengan tidur lebih cepat, anda pun akan bangun dengan keadaan segar dan dengan tenaga yang lebih tinggi.
KEADAAN INI TENTU MEMBUAT ANDA MAMPU MELAKUKAN APA APA AKTIVITI ANDA DENGAN LEBIH PRODUKTIF. SEKADAR INFO, PENGERASAN PEMBULUH DARAH ARTERI MERUPAKAN SALAH SATU GEJALA AWAL PENYAKIT JANTUNG.
4. Lebih Bertenaga
“Mereka yang terpaksa baru boleh tidur pagi hari (misalnya, pekerja shift malam) sebenarnya tidak pernah benarbenar biasa dengan kitaran hidupnya,” ujar Kathy R. Gromer, MD, dari Minnesota Sleep Institute.
KERAPKALI, MENURUT GROMER, PARA PEKERJA SEPERTI INI HANYA TIDUR SELAMA DUA ATAU TIGA JAM PADA PAGI HARI, DAN BUKANNYA MENGALAMI FASA TIDUR LELAP YANG PANJANG.
Hal ini tentu akan membuat fizikal mereka tak pernah bugar seluruhnya.
5. Boleh Bersukan Dengan Lebih Baik
Sebuah kajian yang diadakan oleh Stanford University meminta sekumpulan atlet meningkatkan jam tidurnya hingga 10 jam semalam selama enam minggu.
HASILNYA, PRESTASI MEREKA KETIKA LATIHAN MENINGKAT. KALAU SUDAH BEGINI, ANDA TAK PERLU LAGI PERSONAL TRAINER UNTUK MENCAPAI TUJUAN LATIHAN ANDA KAN?
6. Tidak mengalami kesan kafein
Biasanya kita minum kopi untuk tetap terjaga, namun akibatnya kita tidak boleh tidur nyenyak kerana kafein sedang bekerja melalui sistem tubuh kita. Kemudian, kita kembali minum kopi pada pagi hari untuk melawan mengantuk akibat tidur larut malam dan tidak nyenyak. “Kafein itu akan berlangsung 10 jam, ertinya, hanya akan hilang separuh 10 jam selepas anda meminumnya,” kata Gromer.
DENGAN TIDUR LEBIH AWAL ANDA AKAN MEMBEBASKAN DIRI DARI KITARAN KOPI YANG TAK MENYENANGKAN INI.
7. Jantung Yang Lebih Sihat
Para penyelidik di Misao Health Clinic di Gifu, Jepun, mengatakan bahawa sukarelawan dalam sebuah kajian yang baru tidur setelah lewat tengah malam diketahui mempunyai pengerasan pembuluh darah daripada mereka yang terbiasa tidur lebih awal.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah dengar tentang amalan diet dengan makan telur ? Diet Telur Rebus merupakan salah satu diet yang boleh diamalkan jika anda ingin menurunkan berat badan sehingga 10kg dalam masa dua minggu sahaja.
Ahli diet Jill Corlene menjelaskan telur adalah pilihan makanan terbaik dan sihat untuk sarapan kerana ianya membantu dalam proses penurunan berat badan. Ia mampu meningkatkan metabolisme tubuh dan membakar lemak dengan cepat. Paling penting, jika anda mengamalkan diet sihat lain selepas berhenti melakukan diet telur rebus, berat badan tidak akan meningkat mendadak.
Jadi apa tunggu lagi?
Ini cadangan menu sepanjang tempoh 2 minggu:
ISNIN Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit) Tengah hari: 2 potong sweet potato dan 2 biji epal Malam: 1 pinggan salad dan ayam panggang
SELASA Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit) Tengah hari: Sayuran hijau dan salad ayam Malam: Sepinggan salad, sebiji oren dan 2 biji telur rebus
RABU Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit) Tengah hari: 2 keping keju rendah lemak, 1 tomato dan 1 sweet potato Malam: Salad dan ayam panggang
KHAMIS Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit) Tengah hari: Semangkuk buah-buahan potong (pisang, tembikai, kiwi, oren) Malam: Salad dan ayam stim
JUMAAT Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit) Tengah hari: Sayur rebus dan 2 biji telur rebus Malam: Salad dan ikan panggang
SABTU Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit) Tengah hari: Buah-buahan Malam: Sayur dan ayam stim
AHAD Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit) Tengah hari: Salad tomato, sayur stim dan ayam panggang Malam: Sayur stim
Namun begitu, anda haruslah menitikberatkan perkara lain dan mengikuti pantang ketika menjalani diet ini iaitu:
1. Minum air kosong 8 hingga 10 gelas setiap hari.
2. Lakukan senaman ringan setengah jam setiap pagi.
3. Tidak makan makanan segera.
4. Kurangkan pengambilan garam dan gula.
Sumber : Sinar fm
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“Kematian Paling Sunyi…” Perkongsian Penolong Pegawai Perubatan Meruntun Hati Warganet
Ketika artikel ini ditulis jumlah kematian disebabkan oleh wabak Covid-19 telah mencecah sebanyak 14 nyawa. Dan kita sekarang sudah memasuki hari ketujuk Perintah Kawalan Pergerakan dengan objektif memutuskan penularan virus ini di negara kita.
Virus ini cukup agresif dan memberikan kesan yang sangat merbahaya terutamanya kepada golongan veteran, memiliki kondisi perubatan dan juga lemah antibodi.
Seperti mana yang kita tahu pengurusan jenazah bagi mangsa yang meninggal dunia akibat Covid-19 diuruskan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan mengikuti prosedur dan protokal yang cukup ketat.
Pengurusan jenazah mangsa Covid-19 di Johor Bahru.
MASKULIN tertarik dengan perkongsian daripada saudara Mohd Noor Firdauz yang merupakan Penolong Pegawai Perubatan di laman Facebook kendaliannya.
Perkongsian tersebut cukup meruntun dan menyentak hati warganet yang rata-rata berasa cukup bersedih dan insaf. Ia juga sebenarnya sebagai satu peringatan kepada kita semua tentang betapa seriusnya wabak ini dan keperluan untuk kita terus berada di rumah dan jangan keluar.
Foto: Mohd Noor Firdauz
“Kematian paling sunyi
“Tiada ahli keluarga dibenarkan mandi jenazah. Jenazah dibaluti (sealed) plastic tebal berlapis dan itulah lapisan kafan.
“Isteri, anak-anak, ahli keluarga atau sahabat tidak boleh menghampiri arwah ketika sakit. Saat kematian, langsung tidak boleh diusik, apa lagi memberi kucupan terakhir. Sakit yang bersendiri. Kematian yang sepi.
“Ahli keluarga hanya boleh solat jenazah ghaib. Dari bilik mayat terus ke kuburan. Di kuburan, tiada sesiapa dibenarkan menghampiri liang lahad.
“Dan kita semua masih ambil ringan tentang wabak ini..”
Semoga perkongsian ini menjadi satu pengajaran yang terbaik untuk kita. Sama-sama kita patuh akan saranan kerajaan untuk terus mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan untuk seminggu lagi.
Kredit:
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.