Semakin ramai yang pakai windbreaker/ sweatshirt semasa bersenam atau berjoging kononnya boleh turunkan berat dan bakar banyak kalori. Namun betul ke pakai windbreaker/ sweatshirt ini selamat?
Bagi menjawab persoalan ini, seorang Pegawai Farmasi bernama Mohd Dziehan Mustapa telah berkongsi di laman Facebook tentang kebimbangannya melihat semakin ramai yang memakai windbreaker/ sweatshirt lebih-lebih lagi ketika musim panas.
Jom ikuti perkongsian bermanfaatnya ini.
MITOS BERLARI PAKAI WINDBREAKER / SWEATSHIRT
Saya UPLOAD SEMULA penulisan saya tahun lepas berkaitan penggunan windbreaker/ sweatshirt semasa berlari kerana sekarang ini musim panas. Untuk elakkan dehidrasi berlebihan sehingga membawa mudarat serta Mitos di sebalik pemakaian seperti ini ketika berlari, boleh baca penulisan saya ini untuk kefahaman lanjut
Apa yang kita pakai semasa berlari adalah perkara yang penting. Pakaian yang sesuai akan buat kita rasa lebih selesa semasa berlari.
Saya sering berlari petang hari dan melihat beberapa pelari lain di taman rekreasi yang memakai windbreaker/ sweatshirt semasa berlari.
ADAKAH PEMAKAIAN WINDBREAKER/ SWEATSHIRT ADA KELEBIHANNYA UNTUK BOLEH BAKAR LEBIH KALORI?
Semua tahu apabila kita berlari degupan jantung kita akan meningkat untuk hantar lebih banyak bekalan darah beroksigen ke otot-otot. Lebih degupan jantung, lebih tenaga diperlukan, lebih kalori akan dibakar.
Apabila seseorang itu memakai windbreaker/ sweatshirt, suhu badan seseorang itu akan meningkat, seterusnya peredaran darah meningkat dan degupan jantung juga akan meningkat.
Peningkatan degupan jantung ini adalah bertujuan untuk menyeimbangkan suhu badan. Hasil daripada peningkatan degupan jantung itu, tubuh akan bakar lebih kalori. Walau bagaimanapun, idea ini tidak semestinya bagus.
Ads
HEAT EXHAUSTION
Keletihan haba (heat exhaustion) berlaku apabila suhu badan meningkat dan tubuh badan tak mampu seimbangkan ia semula. Keletihan haba juga mungkin boleh berlaku dalam keadaan melakukan beberapa aktiviti fizikal/ senaman secara berlebihan.
Oleh itu memakai windbreaker/ sweatshirt semasa berlari cenderung untuk mendapat keletihan haba atau dalam keadaan lebih serius boleh menyebabkan stroke haba lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang panas ketika ini.
Pembakaran jumlah kalori bergantung kepada dua perkara iaitu “intensiti dan tempoh” melakukan aktiviti fizikal. Peningkatan degupan jantung menyebabkan pembakaran kalori lebih cepat.
Peningkatan degupan jantung menunjukkan intensiti sesuatu aktiviti fizikal itu. Walau bagaimanapun, aktiviti fizikal berintensi tinggi sukar untuk dikekalkan dalam tempoh masa yang lama. Dalam erti kata lain adalah; ‘cepat penat’.
Oleh kerana windbreaker/ sweatshirt akan meningkatkan intensiti senaman anda, ia mungkin mengehadkan tempoh senaman (cepat penat), seterusnya ia menafikan manfaat pembakaran kalori secara optimum.
Ads
MITOS TURUNKAN BERAT LEBIH CEPAT
Terdapat satu mitos jika memakai lapisan tambahan pakaian semasa berlari/ bersenam boleh membuat seseorang itu menurunkan berat badannya lebih cepat, kerana berpeluh lebih banyak.
Walaupun memakai windbreaker/ sweatshirt akan membuat seseorang itu berpeluh lebih banyak dan berpeluh lebih banyak ini secara tidak langsung membakar lebih banyak kalori melalui peningkatan kadar degupan jantung, sebenarnya sebahagian besar berat badan yang hilang melalui berpeluh adalah ‘berat air’.
Kehilangan berat badan seperti ini adalah bersifat sementara dan bukan jenis penurunan berat badan yang sihat atau berkekalan.
ELAK PAKAI KETKA MUSIM PANAS
Maka, jika berlari dengan windbreaker/ sweatshirt dan badan menjadi terlalu panas, dinasihatkan agar buka windbreaker/ sweatshirt tersebut dengan segera agar suhu tubuh kembali stabil semula dan minum air untuk hidrasi tubuh.
Ads
Sebaik-baiknya bagi pendapat saya, pakai baju berlari yang sesuai dan tidak perlu tambah dengan lapisan windbreaker/sweatshirt. Terutama pada ketika musim panas sekarang ini.
Mungkin pemakaian windbreaker/ sweatshirt dilihat sesuai jika kita berlari pada ketika awal pagi dan suhu sekitaran yang sejuk.
Namun jika matlamat untuk kurang berat badan melalui peluh berlebihan dengan memakai windbreaker/ sweatshirt; ia adalah satu mitos. Ia agak kurang sesuai dan boleh menyebabkan keletihan haba seterusnya stroke haba.
Jom kita berlari dan pakai pakai pakaian sukan dan kasut yang sesuai. Oh yer, jangan lupa menutup aurat juga ?
Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia (M3)
Menurut kajian terdapat di suatu tempat di tubuh manusia, jika diletakkan degan ais pada titik tersebut selama beberapa saat, ianya berupaya memberikan impak positif terhadap kesihatan tubuh badan kita.
Insha-Allah, teknik ini akan dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera dan akan menyebabkan tubuh badan kita akan terasa ringan dan bertenaga. Melakukan terapi ini secara berterusan dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan lebih muda.
Tempat yang dimaksudkan adalah titik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik apabila leher dan kepala bersambung.
Dalam ilmu akupunktur masyarakat Cina titik tersebut dikenali sebagai Feng Fu, yang bermaksud ‘rumah angin”. Menurut rawatan perubatan tradisional masyarakat Cina, teknik meletakan ais pada titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi ianya dapat mengembalikan keseimbangan fisiologis semula jadi tubuh badan kita. Selain itu juga, ianya dapat memberikan stimulasi emosional yang positif dan ‘meremajakan’ seluruh tubuh badan kita.
Keajaiban ini akan terjadi jika kita meletakkan ais pada Titik Feng Fu tersebut. Cubalah lakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau apabila kepala terasa pening. Ianya akan menjadikan badan kita akan menjadi lebih ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang. Menurut kajian, beberapa pengidap maslah migrain sendiri, mengakui terapi ini ternyata lebih efektif dan berkesan untuk mengatasi masalah migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan. Terapi ini juga dapat memebantu meningkatkan mood dan membangkitkan perasaan segar, ini adalah kerana teknik ini menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah anda.
Cara untuk melakukan teknik ini mudah sekali, hanya letakkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit. Pada awalnya mungkin kita akan merasa sejuk seketika selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat.
Meletakkan ais pada titik Fung Fu berkhasiat untuk:
1. mengatasi masalah sakit kepala dan migrain;
2. meringankan sakit gigi dan sakit sendi;
3. mencipta kesan relaks;
4. meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan;
5. meningkatkan kualiti tidur;
6. memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular;
7. mengatasi masalah asma;
8. mencegah sering bersin dan hidung berair;
9. mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang;
10. membaiki sistem pencernaan;
11. menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual;
12. mengatasi kegemukan dan masalah pemakanan;
13. mengatasi gangguan kelenjar tiroid;
14. membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi.
15. menghilangkan selulit;
16. mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan;
17. mengatasi gangguan psiko-emosiol, stres, keletihan, insomnia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Untuk menyelesaikan masalah itu, Maskulin berkongsi beberapa steps workout dan diharapkan ia membantu kaum lelaki kelihatan lebih segak dan macho :
1. Chair Dips
Dalam misi mahu membentuk otot dada, latihan ini perlu dilakukan kerana ia begitu efektif untuk membentuk otot bahu dan tricep.
Ini kerana ketika tubuh anda berkerja, ketiga-tiga otot tersebut dengan sendirinya akan dilatih secara saksama dan pada akhirnya boleh membentuk postur tubuh anda.
Tahap pelaksanaan : Posisikan kedua tangan anda tepat pada kerusi dengan jarak selebar bahu.
Angkat badan atau tubuh anda dengan memfokuskan kepada otot dada, bahu, dan tricep secara saksama.
Lenturkan tubuh anda kearah belakang. Turunkan tubuh anda dengan perlahan ke bawah tetapi dengan posisi punggung anda kekal lurus. Kembali ke posisi awal lagi
2. Rotation Pushup
Di samping boleh membantu dalam membentuk otot dada, latihan ini juga baik untuk meningkatkan koordinasi dan keseimbangan tubuh anda.
Tahap pelaksanaan : Ambil posisi push up. Buka tangan kanan anda sampai tubuh mengiring ke kanan. Kembali kepada posisi semula. Ganti dengan tangan kiri.
3. Pull Up
Latihan ini tak hanya membentuk otot dada saja, tetapi pull up juga dapat melatih otot latissimus dorsi atau bahagian punggung ke bawah.
Tahap pelaksanaan : Genggam palang pull up selebar bahu. Gunakan cara pegangan overhand.
Pastikan tubuh anda bergantung dengan lengan lurus. Tarik tubuh anda ke atas sampai menyentuh palang. Turunkan kembali tubuh anda kepada posisi asal. Ulangi lagi.
4. Plyometric Push Up
Untuk anda yang sudah muak dengan latihan push up biasa, anda juga boleh mencuba latihan ini.
Di samping boleh membentuk otot dada, latihan ini juga boleh melatih otot tricep dalam satu gerakan sekaligus.
Tahap pelaksanaan : Ambil posisi push up. Tekan tubuh anda ke bawah. Angkat tubuh anda ke atas sampai kedua tangan terangkat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah tak ungkapan ‘you are what you eat’? Ia merupakan ungkapan yang membawa maksud betapa pentingnya memilih makanan yang baik untuk anda kekal sihat dan cergas.
Dan tahukah anda bahawa melakukan senaman juga sangat penting bagi menonjolkan penampilan menarik dan juga kualiti hidup yang lebih cemerlang.
Sebenarnya terdapat banyak perbezaan yang ketara di antara mereka yang gemar bersenam dan sebaliknya. Selain faktor kecergasan dan stamina yang lebih baik, lelaki yang rajin bersenam juga akan nampak lebih menarik dan seksi di mata wanita.
Berikut MASKULIN kongsikan 10 sebab mengapa lelaki yang gemar bersenam cukup popular di kalangan wanita.
PENAMPILAN FIZIKAL
Bersenam dapat meningkatkan penampilan fizikal lelaki dengan mengukuhkan otot, meningkatkan definisi badan dan mengurangkan lemak badan.
KEYAKINAN DIRI
Lelaki yang bersenam secara berkala cenderung mempunyai tahap keyakinan diri yang lebih tinggi, yang boleh menjadi sifat yang menarik.
KESIHATAN
Lelaki yang bersenam mempunyai kecenderungan untuk mempunyai kesihatan yang lebih baik dan stamina yang lebih tinggi, yang boleh mempengaruhi daya tarikan mereka.
Bersenam juga membantu meningkatkan ketahanan fizikal lelaki, yang boleh memberi kesan positif dalam hubungan intim.
DISIPLIN
Bersenam memerlukan disiplin dan tekad yang kuat, yang boleh menjadi sifat yang menarik bagi sesetengah wanita.
KREATIVITI
Terdapat pelbagai jenis senaman yang boleh dilakukan, dan lelaki yang bersenam secara kreatif dan konsisten dapat menunjukkan sifat kreatif dan inovatif.
Bersenam juga membolehkan lelaki mencapai matlamat kesihatan dan kecergasan, yang boleh menunjukkan sifat ketekunan dan ketabahan.
KECERGASAN MENTAL
Bersenam juga membantu meningkatkan kecergasan mental dan mengurangkan tahap tekanan dan kebimbangan, yang boleh membantu lelaki menjadi lebih menarik dan stabil.
KAWALAN DIRI
Bersenam melibatkan pengawalan diri dan peningkatan kesedaran diri, yang boleh menjadi sifat yang menarik dan matang.
KUALITI HIDUP
Bersenam dapat membantu meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan, yang boleh membantu lelaki menjadi lebih menarik dan mempunyai daya tarikan yang lebih kuat.
Buat anda yang culas bersenam, masih tidak terlambat untuk anda berubah. Marilah kita bergerak ke arah hidup lebih sihat. Siapa tahu perubahan anda nanti menjadi asbab jumpa jodoh yang selama ini menjadi idaman hati.
Jangan lupa subscribe dan follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!