Sebagai alternatif, lelaki boleh menggantikan tabiat merokok dengan aktiviti yang lebih sihat dan membina, seperti mengamalkan pemakanan seimbang, mencuba yoga atau meditasi untuk menangani tekanan dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial atau komuniti yang positif.
Tabiat-tabiat ini bukan sahaja meningkatkan kualiti hidup tetapi juga menjadikan seseorang lebih dihormati dan disukai.
Imej lelaki merokok sebagai maskulin adalah mitos yang telah lama wujud tetapi tidak berasas.
Lelaki sejati adalah mereka yang bijak membuat pilihan untuk menjaga kesihatan diri, memberi impak positif kepada kehidupan sekeliling dan menjadi teladan yang baik kepada generasi akan datang.
Jadi, tinggalkan rokok dan pilihlah gaya hidup yang lebih sihat, bermakna dan berdaya maju.
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pisang dikenali sebagai sejenis buah yang mudah didapati dan agak murah harganya. Ia tidak bermusim, boleh dijumpai sepanjang tahun dan cara memakannya juga paling mudah : tidak perlu dikupas dan dikopek seperti buah-buahan lain. Jadi tidak hairanlah pisang ditanam secara komersial di lebih 107 buah negara dan rakyat Malaysia juga lebih banyak makan pisang berbanding buah-buahan lain.
Walaupun anda makan banyak pisang namun adakah anda tahu khasiat sebenar di sebalik buah berwarna kuning ini?
Menurut Megan Ware, seorang pakar nutrisi dari Nutrition Awareness, berikut 7 khasiat dan nutrisi yang sering dikaitkan dengan pisang.
Tekanan darah
Mengekalkan pengambilan sodium yang rendah adalah penting untuk mengurangkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan berpotasium tinggi seperti pisang juga adalah penting untuk kesan vasolidasi jangka panjang. Menurut satu survey oleh Pemeriksa Kesihatan dan Pemakanan Amerika, kurang dari 2% sahaja orang dewasa yang mengambil dos potasium harian sebanyak 4700 mg yang disyorkan.
Kajian mendapati diet dengan pengambilan potasium yang tinggi akan mengurangkan 20% risiko kematian disebabkan semua penyakit.
Asma / Penyakit Lelah
Satu kajian oleh Imperial College of London telah mendapati kanak-kanak yang memakan satu biji pisang setiap hari akan mengurangkan risiko sebanyak 34% untuk mendapat penyakit asma.
Kanser
Mengambil pisang, oren dan jus oren semasa dua tahun pertama kelahiran akan mengurangkan risiko leukimia pada kanak-kanak. Sebagai salah satu sumber yang kaya dengan vitamin C, pisang membantu mencegah pembentukan radikal bebas yang menyebabkan kanser. Selain itu, pengambilan makanan berserat tinggi seperti pisang juga mengurangkan risiko mendapat kanser kolorektal.
Kesihatan jantung
Menurut Mark Houston, seorang professor klinikal dan perubatan dari Vanderbilt Medical School, serat, potasium, vitamin C dan B6 dalam pisang membantu kesihatan jantung dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Satu kajian mendapati individu yang makan 4069 mg potasium setiap hari telah mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung iskemik pada kadar 49% berbanding mereka yang hanya mengambil 1000 mg potasium.
Kandungan potasium dalam pisang juga merendahkan risiko strok, memelihara tubuh daripada kehilangan jisim otot, penjagaan kepadatan mineral tulang dan mencegah pembentukan batu karang.
Diabetes
Kajian mendapati individu yang ada penyakit kencing manis Tahap 1 dan mengambil pemakanan tinggi serat akhirnya mempunyai tahap glukos yang rendah. Manakala pesakit diabetes tahap 2 pula memperbaiki kandungan gula, lipid dan tahap insulin. Satu biji pisang saiz sederhana mengandungi 3 gram serat. Pengambilan serat yang disyorkan setiap hari adalah lebih kurang 21-25 gm untuk wanita dan 30-38 gm bagi orang lelaki.
Cirit-birit
Makanan lembut seperti sos epal dan pisang disyorkan untuk merawat cirit-birit. Kehilangan elektrolit seperti potasium semasa cirit-birit membuatkan seseorang berasa sangat lemah. Pisang dapat membantu menambahkan potasium dalam badan dan memperbaiki kesihatan pesakit yang menghidapinya.
Memperbaiki memori dan daya ingatan
Pisang mengandungi triptofan, sejenis asid amino yang dikaitkan dengan menguatkan daya ingatan dan memperbaiki mood atau angin anda.
Namun, sila berhati-hati dengan pengambilan pisang yang keterlaluan. Sebagai contoh, sekiranya anda telah dipreskripsikan dengan ubat seperti Beta-Blocker untuk penyakit jantung, anda perlu mengurangkan makan pisang kerana ubat ini sendiri memberi kesan dengan meningkatkan kadar potasium.
Selain itu, pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang juga tidak disarankan untuk mengambil terlalu banyak pisang. Ini kerana buah pinggang mereka mungkin tidak dapat membuang lebihan potasium dalam badan dan ini membahayakan pesakit. Apa-apa pun, makan biarlah berpada-pada. Senarai yang diberi ini cuma panduan untuk kesihatan secara umum.
Jika anda ada apa-apa penyakit atau masalah kesihatan, sila rujuk dulu dengan doktor atau pakar pemakanan anda untuk jenis diet yang lebih spesifik.
sumber: iluminasi.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
PERKONGSIAN DARI FACEBOOK DR ZUBAIDI MENGENAI PENYAKIT SCURVY, SEMOGA IA BERMANFAAT KEPADA KITA SEMUA.
BENARKAH VITAMIN C DAPAT MERAWAT PENYAKIT SCURVY?
Benar, sejarah perubatan moden membuktikan bahawa penyakit scurvey dapat dirawat dengan sempurna dengan pemberian vitamin C. Malah penyakit scurvey ini sebenarnya adalah berpunca dari kekurangan vitamin C dalam tubuh.
GUSI MUDAH BERDARAH
Pesakit yang mengalami penyakit scurvy akan mengalami tanda coklat pada kulit, dan gusi yang mudah berdarah. Tanda ini banyak terdapat pada kuit di bahagian peha dan kaki. Ini berpunca dari pembentukan darah beku yang semakin mencair. (mula-mula darah beku akan membentuk tanda berwarna merah gelap dan kemudian menjadi coklat).
PUCAT
Pesakit juga kelihatan pucat, rasa kemurungan dan tidak dapat banyak bergerak. Jika tidak diberikan rawatan, lama kelamaan pesakit akan mengalami luka yang membusuk, kehilangan gigi dan akhirnya menyebabkan kematian.
PERLUKAN VITAMIN C
Tubuh manusia hanya mampu menyimpan sebahagian kecil vitamin C. Jika ia tidak ditambah dengan pengambilan makanan, penyimpanan ini akan berkurangan. Oleh kerana kebanyakan sumber vitamin C adalah dari buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan, mereka yang tidak suka mengambil kedua-dua jenis makanan ini (terutama mereka yang mengambil makanan yang segera dan berproses) akan mengalami masalah penyakit scurvy di peringkat subklinik. Tanda-tandanya ialah pesakit akan berasa mudah penat, gusi mudah berdarah, banyak lebam bila terlanggar dinding atau perabut dan tidak berdaya untuk bergerak.
Untuk mencapai tahap penyakit yang lebih jelas, ia mengambil masa antara 6-12 bulan. Ini bergantung kepada penyimpanan vitamin C yang sedia ada dalam tubuhnya dan kadar pengambilan vitamin (yang selalunya terlalu sedikit) dalam pemakanan.
SUMBER : Facebook DR Zubaidi
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam beberapa hari ini telah tular di mana kelibat seorang lelaki yang dilihat sentiasa mengekori Lionel Messi ke mana sahaja dia pergi.
Lebih menarik ketika Messi yang kini berakhir di MLS Amerika Syarikat bersama pasukan Inter Miami du atas padang pun lelaki tersebut dilihat berada di tepi padang mengekorinya dengan penuh teliti.
Peminat bole sepak terutamanya Messi mula perasan kehadiran lelaki ini dalam beberapa perlawanan. Penghijrahan Messi ke MLS merupakan satu detik bersejarah bukan sahaja untuk liga MLS tetapi bola sepak Amerika Syarikat secara keseluruhannya.
Pada Jun lalu, pemilik Inter Miami, Jorge Mas berkata dengan ketibaan Messi, faktor keselamatan perlu dipertingkatkan sama ada untuk perlawanan di tempat sendiri atau di tempat lawan.
👮♂️🇦🇷 During Inter Miami matches, Leo Messi is followed by an ex-US Navy Seal for maximum security.
The bodyguard is a martial arts, boxer and taekwondo expert. He can be seen even following him during matches. pic.twitter.com/Gl8n1UzHXV
“Kami berpengalaman melihat bagaimana peminat fanatik Messi ketika dia bersama pasukan Argentina melakukan latihan di sini. Oleh itu, kami perlu bersedia dengan sebaik mungkin,” tambahnya lagi.
DI MANA SAHAJA
Justeru peminat mula tertanya-tanya siapakah lelaki misteri yang mempunyai badan cukup tegap ini yang sentiasa mengekori Messi tersebut.
Memetik laporan Givemesport, lelaki misteri tersebut ialah pengawal peribadi yang diberikan tugasan oleh David Beckham yang juga pemilik bersama Inter Miami untuk melindungi pemain terbaik sepanjang zaman tersebut.
Sama ada ketika Messi berjalan dari bas ke bilik persalinan atau di atas padang, kelibatnya pasti akan kelihatan mengekori dengan penuh perhatian. Memang jelas nampak dia mengambil tugasnya dengan sangat serius.
Bila fikirkan semula tindakan dari Inter Miami ini masuk akal juga kerana sesetengah peminat fanatik tidak mematuhi peraturan dan cuba menceroboh padang untuk mendekati pemain kegemaran mereka, apatah lagi berstatus legenda seperti Messi.
Lihat sahaja apa yang pernah berlaku kepada Jack Grealish ketika mewakili Aston Villa di mana dia diserang oleh seorang penyokong dari Birmingham City. Perkara itu berlaku dalam sekelip mata.
Dabid Beckham mungkin tidak mahu perkara seperti itu berlaku kepada pemain bintang mereka. Apabila seseorang yang cukup misteri seperti seperti pengawal peribadi Messi ini muncul, sangat sedikit yang diketahui tentang dia, adalah wajar untuk khabar angin cepat muncul dan cerita menjadi liar tentang latar belakangnya.
Namun terdapat khabar angin mengatakan dia merupakan seorang bekas pegawai pasukan khas Amerika dan mungkin telah berkhidmat untuk tentera Amerika Syarikat dan mempunyai pengalaman luas di Iraq dan Afghanistan.
Memandangkan besarnya kuasa bintang Messi, adalah masuk akal untuk lelaki yang ditugaskan untuk melindunginya dalam apa jua cara untuk menjadi seorang yang mempunyai latar belakang berasaskan pertempuran yang begitu meluas.
Kita pastinya tidak boleh menuduh Inter Miami tidak mengambil serius keselamatan bintang mereka.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.