Seringkali kita dengar orang tua-tua kata jangan mandi selepas makan dan jangan kerap minum ais kerana ia akan membuncitkan perut bukan?

Tetapi betulkah amalan ini akan membunctikan perut? Menurut seorang pakar nutrisi iaitu Syaza Nutritionist, Nutritionist di Jomsayheast Nutrition Consultancy berkata ia semuanya moitos sahaja, mandi lepas makan tidak akan membuncitkan perut. Ini kerana selepas makan sistem penghadaman memerlukan tenaga dan aliran darah yang banyak ke perut.

Benarkah Mandi & Minum Ais Tidak Membuncitkan Perut?

Ads

Namun apabila kita mandi, aliran darah akan ke seluruh tubuh untuk mengekalkan suhu badan, jadi ia akan menggangu sistem penghadaman dan penyerapan nutrient.

Ia hanya memberi kesan kepada ketidak hadaman kepada warga tua dan orang yang tidak sihat namun tidak lah membuncitkan.

Ads

Benarkah Mandi & Minum Ais Tidak Membuncitkan Perut?

Ads

Malah amalan minum ais  atau air sejuk juga tidak akan membuncitkan, air sejuk sangat bagus untuk badan terutamanya ketika bersenam kerana ia dapat membatu meningkatkan sedikit metabolisma namun bagi penghidap athma, tidak di galakan.

SUMBER: Syaza Nutritionist

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI