Bermula semalam hingga hari ini, kebanyakan timeline di media sosial menyiarkan cerita tentang perkahwinan umat Islam yang berbeza bangsa serta warna kulit.
Perkahwinan antara gadis Melayu dari Kedah, Ayu Afilah dan pemuda hitam manis dari Guinea Afrika Barat, Adama Mohamed Camara mendapat pelbagai reaksi wargamaya.
Paling menyedihkan, ramai wargamaya mengemukakan komen di merata-rata portal dengan kata-kata lucah dan berbaur hinaan antaranya :
1. ‘Barang’ lelaki panjang, perempuan Melayu suka
2. Dah tak ada lelaki Melayu ke sampai pilih warga asing?
3. Mesti lepas kahwin lelaki ambil macam-macam kesempatan
4. Perempuan ni mesti gila seks sebab suka lelaki kulit hitam
Penulis mengucap panjang membaca komen-komen sedemikian dilontarkan oleh wargamaya dari negara ini yang menggunakan bahasa Melayu.
Namun dalam masa sama, ada juga wargamaya yang memberikan sokongan kepada Afilah dan suaminya dengan berpegang kepada beberapa perkara seperti :
Tahukah anda bahawa perkahwinan campur sebenarnya menggalakkan perkembangan genetik?
Perkara ini telah disahkan ramai pakar kerana melalui hasil perkahwinan, anak yang lahir ke dunia memiliki campuran dua gen yang berbeza.
Menerusi perkahwinan campur juga, anak yang lahir bukan sekadar menjadi aktif malah daya tahan imunisasi juga semakin meningkat.
Walau bagaimanapun, perkahwinan campur mungkin pada kemudian harinya akan timbul beberapa isu dari segi perundangan.
Misalnya, ada hak-hak yang anak watan boleh miliki secara undang-undang terpaksa dilepaskan oleh Afilah dan pasangannya.
Namun demikian, perkahwinan yang halal dan sah adalah dituntut dalam Islam dan setiap agama menegaskan suami perlu menjaga keperluan isteri.
Sebagai rakyat awam, seharusnya kita mendoakan yang baik-baik dan pamerkan sikap budaya rakyat Malaysia yang berhati mulia.
P/s : Kalau yang jenis kecam melampau-lampau tu masih single, padanlah tak ada wanita yang berani lekat. Takut dapat suami jenis panas baran!