Car photo created by prostooleh - www.freepik.com

Memiliki kerera atau kenderaan pastinya datang dengan tanggungjawab penjagaan. Ia satu hakikat yang semua pemilik kereta perlu hadapi.

Dan salah satu kos yang paling sinonim ialah mengisi minyak. Iyalah, tanpa bahan api bagaimana pula kita hendak gerakkan kereta.

Disebabkan itulahjuga banyak tips atau mitos berkaitan cara pengisian minyak yang efisien mampu menjimatkan minyak. Di antara yang paling popular dan masih terus diamalkan oleh ramai orang hingga sekarang ialah mengisi minyak pada waktu malam atau awal pagi.

Ramai percaya mengisi minyak pada waktu tersebut lebih menjimatkan kerana suhu persekitaran lebih sejuk. Tapi adakah benar faktor cuaca atau suhu lebih rendah memainkan peranan penting dalam aspek kecekapan bahan api?

Benar Atau Tidak, Isi Minyak Pada Waktu Malam Lebih Menjimatkan
Car photo created by jcomp – www.freepik.com

MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari Pakar Saisn Shell Fuels, Mike Evans yang pernah berkata, “Walaupun “Walaupun cecair akan bertindak balas dengan suhu sejuk dan panas, tetapi kesannya hanya pada tahap minimum. oleh itu, mengisi pada waktu malam tidak membantu dalam penjimatan bahan api.”

Berdasarkan kajian yang dijalankan ‘Shell FuelSave Fact or Fiction Study’ ke atas pemandu berusia 18 hingga 40 tahun, terdapat pelbagai kepercayaan atau mitos mengenai penjimatan bahan api yang sering dipercayai oleh rakyat Malaysia.

IKLAN

Antaranya, 68 peratus pemandu percaya memanaskan enjin sebelum memulakan perjalanan menjadikan ia lebih cekap penggunaan bahan api, 53 peratus pemandu percaya dengan membiarkan enjin hidup untuk mengelakkan proses menghidupkan semula enjin dapat menjimatkan bahan api.

Manakala 42 peratus pemandu akan memandu perlahan-lahan; 53 peratus pemandu akan mengurangkan proses penukaran gear untuk membantu menjimatkan bahan api.

CARA PENJIMATAN YANG BETUL

Terdapat beberapa perkara penting tentang penggunaan bahan api dan penyelenggaraan kereta perlu anda tahu. Memberikan perhatian kepada dua perkara ini mampu membantu anda menggunakan bahan api dengan lebih baik dan berhemah. Scara tidak langsung boleh menjimatkan perbelanjaan.

Bahan api dan pelincir

Tentang bahan api – Semua bahan api tidak sama. Ekonomi bahan api anda boleh dipertingkatkan melalui penggunaan bahan api yang betul.

IKLAN

Gunakan minyak yang betul – Sentiasa menggunakan gred yang disyorkan minyak motor. Menggunakan pelincir disyorkan pengeluar boleh meningkatkan kecekapan bahan api. Kualiti minyak motor yang tinggi boleh membantu enjin anda beroperasi dengan lebih cekap.

Benar Atau Tidak, Isi Minyak Pada Waktu Malam Lebih Menjimatkan
Car photo created by prostooleh – www.freepik.com

Gaya dan tingkah laku pemandu

Pandu lancar – Tahukah anda pemanduan agresif boleh menyebabkan penggunaan bahan api lebih banyak? Elakkan memecut atau membrek terlalu keras dan cuba pastikan kendalikan stereng selembut mungkin.

Guna gear lebih tinggi – Penggunaan gear yang lebih tinggi pada kelajuan yang rendah, boleh meningkatkan kecekapan bahan api. Tukar gear pada waktu yang tepat dan baik tanpa mendesak enjin untuk berkerja keras.

Mod pemanduan – Menggunakan mod kawalan pemanduan di jalan-jalan utama membantu anda mengekalkan kelajuan yang tetap dan dalam banyak kes, ia akan meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api.

IKLAN

Matikan enjin – Matikan enjin jika berada dalam barisan yang panjang atau ketika menunggu seseorang, sehingga anda memerlukannya.

Elakkan kelajuan tinggi – Lebih tinggi kelajuan anda, lebih banyak rintangan angin yang akan anda hadapi, sekali gus menyebabkan penggunaan bahan api yang lebih untuk kenderaan anda dalam mengekalkan kelajuan tersebut. Jadi pandulah mengikut had kelajuan yang ditetapkan.

Penggunaan penyaman udara – Penggunaan penyaman udara menambah tekanan pada enjin dan ia menggunakan bahan api untuk beroperasi, jadi kalau tidak berapa panas sangat, buka saja tingkap.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda semua. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN!

https://www.youtube.com/watch?v=27A5WaTPLOc&t=8s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI