Ben Affleck bukan sahaja dikenali sebagai pelakon dan pengarah berbakat, tetapi juga sebagai peminat tegar kasut atau sneakers.
Di kalangan penggemar kasut atau sneakerhead umum mengetahui Ben Affleck mempunyai koleksi Nike SB dan juga Air Jordan yang cukup menarik. Disebabkan itu juga dia turut dikenali sebagai selebriti yang mempunyai koleksi cukup terpuji dan dihormati.
Nike SB Dunk merupakan siluet yang digemarinya. Tidak kiralah sama ada koleksi kolaborasi Ben & Jerry’s ‘Chunky Dunky’ hingga ‘Eire’ dan kolaborasi eksklusif Parra, Affleck memiliki beberapa kasut paling dicari di dunia.
Namun, ada sepasang Nike SB Dunk yang benar-benar menonjol dalam koleksinya – Nike SB Dunk Low ‘What the Dunk’.
Kasut ini jarang didengar hari ini kerana ia adalah salah satu kasut paling jarang ditemui. Pertama kali dilancarkan pada tahun 2007 semasa era ‘Gold Box’ yang legenda dari Nike.
‘What the Dunk’ menampilkan reka bentuk unik yang terdiri daripada pelbagai grafik, corak, dan tekstur yang tidak sepadan.
Setiap panel kasut ini sebenarnya diambil terus dari 31 warna SB Dunk yang berlainan. Ia digabungkan bersama untuk mencipta satu kasut Frankenstein yang luar biasa.
Peminat tegar pasti akan mengenali lapisan dalam neon hijau dari ‘eBay Dunk’ tahun 2003. Manakala panel trippy dari ‘Tie-Dye’ tahun 2004 dan burung merpati bersulam dari kolaborasi Staple tahun 2005.
Kesemua elemen ini diletakkan di atas midsole Zoom Air yang sangat selesa, sesuai untuk aktiviti skateboarding.
Untuk seorang sneakerhead seperti Ben Affleck, memiliki Nike SB Dunk Low ‘What the Dunk’ adalah satu flex yang besar.
Kasut ini dianggap sebagai salah satu grail terhebat sepanjang masa, dan saiz US 13 boleh mencapai harga lebih dari $280,000 (RM1,319,080) di StockX sekarang.
BACA: Tip Pilih Seluar Slack Khaki Ikut Jenis Bentuk Badan
Walaupun Ben Affleck sebelum ini dilihat memakai Allbirds dan kasut Off-White, kehadiran ‘What the Dunk’ dalam koleksinya menunjukkan dia masih setia dengan jenama ‘Swoosh’.
Berikut adalah lima fakta menarik tentang Nike SB Dunk Low ‘What the Dunk’:
Bagi kebanyakan sneakerhead, Nike SB Dunk Low ‘What the Dunk’ bukan sahaja sebuah kasut tetapi sebuah karya seni yang mencerminkan sejarah dan evolusi budaya sneaker.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sumber: GQ