Bell & Ross BR 05 Skeleton, Jam Edisi Terhad Hanya 500 Unit Seluruh Dunia

236

Antara berita terbesar yang disampaikan oleh jenama jam mewah Bell & Ross untuk tahun ini ialah pengenalan koleksi Bell & Ross BR 05 Skeleton. Bagi anda yang mungkin kurang tahu tentang jenama ini, Bell & Ross merupakan antara pemain utama pembikin jam premium yang juga mengambil inspirasi indsutri penerbangan sebagai pilihan ramai lelaki sukses.

BR 05 merupakan antara model jam baru yang diperkenalkan oleh mereka. Beberapa versi telah dipasarkan sebelum ini dan kini Bell & Ross mengetengahkan versi ‘Skeleton’.

Menariknya model terbaru ini tampil dengan elemen yang lebih ringkas. Apa yang dibawa menerusi model terbaru ini ialah ketepatan, tahan lasak dan juga reka bentuk yang menggabungkan elemen bulat dan segi petak.

BACA: RJ Watches Perkenal Jam Edisi Terhad Joker Bernilai RM75 Ribu!

Dari segi rekaan pula, Bell & Ross menegaskan bahawa jam ini tergolong dalam ‘famili’ integrated case di mana tali jamnya seakan bercamtun terus dengan bahagian body jam.

Dengan saiz 40mm, ia merupakan saiz yang cukup sederhana serta sesuai buat jejaka yang mahu tampil lebih minimalis. Ia juga melekat dengan padan pada bahagian tangan bila dipakai kerana rekaan melengkung pada bahagian arc.

Sebagai alternatif, Bell & Ross juga menawarkan tali jam getah yang mampu memberikan gaya lebih berbeza.

Bell & Ross BR 05 Skeleton hanya dikeluarkan dalam jumlah 500 unit di seluruh dunia. Dan ia pastinya menjadi rebutan para penggemar jenama jam ini.