MASKULIN percaya setiap lelaki pasti mengimpikan untuk memiliki sebuah rumah apabila sudah memiliki pendapatan dan kehidupan yang stabil.
Apatah lagi jika anda sebagai lelaki memiliki keluarga. Semestinya keinginan memberikan keselesaan terbaik buat keluarga menjadi keutamaan anda.
Sudah ramai yang berkongsi tentang pengalaman serta tip mereka membeli rumah pada usia yang muda. Namun berbeza dengan pengalaman seorang lelaki ini yang menceritakan tentang cabaran dihadapinya kerana membeli rumah pasa usia muda.
MASKULIN tertarik dengan perkongsian daripada seorang lelaki dikenali dengan nama Iffat Salleh (@iffatsalleh) menerusi bebenang panjang di Twitter.
Menerusi perkongsian tersebut dia menceritakan tentang keburukan membeli rumah ketika usia masih muda dan baru mula bekerja.
BACA: Lelaki Ini Kongsi Tip Apa Perlu Buat Sebelum Jual Komputer Riba & Telefon Pintar
Jika anda nak tahu apakah keburukan tersebut ikut bebenang perkongsian saudara Iffat Salleh di bawah.
Jelasnya perkongsiaan ini antara perkara yang tak diberitahu oleh geng-geng hartanah.
Rupanya membeli rumah pada usia muda ini banyak juga cabarannya. Bagaimana pula dengan pendapat anda.
Mungkin anda boleh lakukan pro’s & con’s daripada pelbagai testimoni yang telah dikongsikan di laman media sosial.
Semoga perkongsian saudara Iffat ini mampu memberikan sedikit pengetahuan dari sisi yang berbeza menerusi pengalamannya sendiri.
Kredit: @iffatsalleh