Gaya Hidup

Beli Pakaian Raya Di Saat-Saat Akhir, Ini Tip Boleh Jimatkan Bajet Anda

Share

Sedar tidak sedar, kita sudah pun memasuki minggu terakhir bulan Ramadan. InsyaAllah pada Selasa minggu depan kita akan meraikan Hari Raya Aidilfitri yang mana mungkin sangat bermakna selepas dua tahun tidak dapat bersama.

Rata-rata rakyat Malaysia dilihat sangat teruja untuk menyambut perayaan hari kemenangan pada tahun ini. Lihat sajalah pusat membeli-belah di seluruh negara yang penuh sesak dengan pengunjung yang ingin mencari baju raya.

Maklumlah, memakai baju baru dan cantik (baju yang paling baik kita miliki) itu kan sunnah Rasulullah S.A.W.

Buat anda yang mungkin tidak sempat dan sentiasa sibuk untuk beli-belah baju raya, mungkin pembelian saat akhir boleh dilakukan. Kebiasaannya pembelian saat-saat akhir begini datang bersama diskaun yang cukup hebat.

Foto: Sinar Harian

Namun terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum melakukannya.

Jom ikuti perkongsian MASKULIN kali ini!

KHIDMAT RIDER

Mungkin pembelian saat akhir dengan menggunakan penghantaran pos tidak sesuai. Iyalah, risau tidak sempat sampai pula nanti. Namun, ada banyak peniaga yang berniaga di atas talian menyediakan khidmat secara cash on delivery. Atau order yang dibayar dihantar menggunakan khidmat rider seperti Grab, Lalamove dan sebagainya. Lebih mudah dan tidak perlu bersesak-sesak!

DISKAUN HEBAT

Buat anda khususnya balik pada malam raya inilah peluang tidak harus dilepaskan. Diskaun hebat memang sentiasa ditawarkan pada malam raya. Pergi sahaja ke Jalan TAR atau mana-mana uptown pada malam raya. Bila ramai penjual nak habiskan stok pada malam sebelum raya tu jadi, mereka juga akan beri tawaran seperti beli satu percuma satu!

Foto: Sinar Harian

BOLEH DIPAKAI LAMA

Jadilah pengguna yang bijak! Sebagai lelaki, anda carilah baju raya yang boleh dipakai berulang kali selepas itu. Jadi carilah yang mempunyai kualiti serta material yang tahan lama. Dari segi corak dan reka bentuk pula pilih yang bersifat ‘timeless’, sesuai dipakai sepanjang masa.

MUDAH UNTUK SUAI PADAN

Untuk faktor ini ia terpulang kepada diri masing-masing. Namun bagi MASKULIN, belilah pakaian yang punyai corak minimalis serta berasaskan warna-warna neutral. Dengan cara ini, mudah kamu nak padankan dengan pakaian sedia ada. Bayangkan kalau kamu beli baju yang sarat dengan corak, mesti susah nak pakai untuk acara santai.

Selamat membeli-belah!

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN ya!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim