Beli kereta guna cash atau loan? Mana satu lebih rugi. Membeli kereta secara tunai (cash) atau menggunakan pinjaman (loan) masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Pilihan terbaik bergantung kepada situasi kewangan dan matlamat anda.

Beli Kereta Guna Cash Atau Loan? Mana Satu Lebih Rugi

Berikut perkongsian daripada Norizwan Azlan 

Beli kereta guna cash, rugi atau guna loan lagi rugi? Ada di kalangan kita yang sebenarnya tengah pening kepala nak decide sama ada beli kereta secara cash atau guna loan.

Dua-dua cara ini ada baik dan buruknya. Tapi, dalam keadaan macam mana yang sesuai untuk kau beli kereta secara tunai ataupun buat pinjaman?

Jadi kat bawah ini ada perkongsian sikit tentang keadaan macam mana yang memerlukan beli kereta guna cash ataupun loan.

❗DISCLAIMER❗: Apa yang dikongsikan ini adalah berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya. Perkongsian saya bukanlah 100% betul dan tepat. Perkongsian ini juga sekadar nak bantu anda ada sudut pandang berbeza sekiranya anda belum pernah terfikir sebegini.

Beli Kereta Guna Cash Atau Loan? Mana Satu Lebih Rugi

Bila Masanya Yang Sesuai Nak Beli Kereta Guna Cash?

Kalau anda dalam keadaan seperti di bawah ini, lagi elok beli guna cash:

1️⃣ Anda Sudah Ada Simpanan Kecemasan Yang Bersamaan Dengan Jumlah 6 Bulan Gaji Kau Atau Lebih.

Kalau beli kereta guna cash buatkan duit simpanan anda habis, itu cari nahas namanya.
Sebelum anda nak bayar cash, pastikan simpanan kecemasan anda cukup sekurang-kurangnya bersamaan dengan jumlah 6 bulan gaji.

2️⃣ Kereta Yang Nak Dibeli Itu Harga Bawah RM30,000

Kalau anda nak beli kereta second-hand yang memang murah (RM10K-RM30K), baik anda bayar cash.

Ads

Kenapa?
✅ Untuk elakkan interest loan yang tinggi sebab kereta murah.
✅ Tak payah fikir komitmen bulanan.
✅ Urusan lagi mudah dan cepat.

3️⃣ Tak Nak Terikat Dengan Hutang
Kalau anda rasa lagi tenang tanpa hutang dan ada cukup duit untuk bayar cash tanpa ganggu kewangan lain, beli jelah guna cash.

Tapi pastikan anda masih ada duit lebih lepas beli kereta – jangan sampai tak ada duit langsung.

4️⃣ Beli Kereta Untuk Guna Dalam Jangka Masa Pendek (Flipping atau Bisnes)
Contoh: Anda nak beli kereta murah untuk buat Grab, sewa atau flipping (beli murah, jual mahal).

Loan ini buat anda terikat dengan bank. Beli cash lagi senang kalau anda nak jual balik cepat.

Beli Kereta Guna Cash Atau Loan? Mana Satu Lebih RugiBila Masanya Yang Sesuai Nak Beli Kereta Guna Loan?

Kalau anda dalam situasi di bawah ini, guna loan mungkin pilihan lagi baik:

1️⃣ Anda Nak Beli Kereta Baru Atau Kereta Mahal
Kalau anda nak beli kereta yang harganya RM50K ke atas, beli pakai cash bukan pilihan terbaiklah kecuali anda memang ada banyak duit.

Sebabnya? Liquidity duit lagi penting. Maksudnya, anytime anda nak guna duit, duit itu ada dan bukan semuanya habis pada kereta.

2️⃣ Anda Nak Guna Cash Itu Untuk Melabur
Katalah anda ada RM100K cash. Anda boleh saja beli kereta RM70K secara tunai. Tapi mungkin lebih elok kalau:

Ads

✅ Ambil loan dengan interest rendah (contoh: 2.5%)
✅ Gunakan duit cash untuk melabur di tempat yang boleh bagi pulangan lebih tinggi (contoh: 6-10%)

Dengan cara ini, duit anda tetap berkembang walaupun anda kena bayar kereta secara ansuran setiap bulan.

3️⃣ Anda Perlukan Duit Untuk Benda Benda Lain
Kalau anda ada komitmen lain (rumah, nak kahwin, belanja anak, bisnes), janganlah habiskan semua cash anda untuk beli kereta.

Anda guna loan sebab nak jaga aliran tunai supaya anda tak tersepit kalau ada kecemasan.

4️⃣ Loan Kereta Ada Interest Rendah (2-3%)
Kalau anda dapat loan dengan faedah sangat rendah (bawah 3%), lebih baik guna loan dan simpan cash untuk benda lain.

Contoh:
Loan RM50K, dengan faedah 2.5% untuk 5 tahun dan DP RM5,000.
Anda bayar faedah cuma sekitar RM5K saja dalam tempoh 5 tahun.

Kalau anda ada RM50K cash, lebih baik laburkan duit itu untuk buat lagi banyak untung dari 2.5%. Labur dalam ASB, return rate 5%, anda boleh dapat untung RM13k dalam tempoh 5 tahun.

Ads

5️⃣ Nak Kredit Score Yang Ok
Kalau anda ada plan nak beli rumah dalam masa beberapa tahu, loan kereta boleh tolong naikkan kredit score kalau anda bayar cantiklah.

Bank lagi senang nak luluskan loan rumah kalau rekod hutang kau cantik.

Jadi Macam Mana Nak Pilih? Beli Guna Cash Atau Loan?

Beli guna cash kalau:
✅ Kereta itu harga dia bawah RM30K.
✅ Ada simpanan kecemasan yang cukup.
✅ Malas nak berhutang.
✅ Nak beli dan jual semula dalam masa singkat.

Beli guna loan kalau:
✅ Nak beli kereta baru dan mahal. Harga maybe lebih RM50k.
✅ Nak guna duit cash untuk melabur.
✅ Ada komitmen lain yang lagi penting.
✅ Dapat loan dengan interest rendah (bawah 3%).

Kalau mampu, ambillah loan jangan lebih 5 tahun. Kalau mampulah. Kalau tak mampu, tidak mengapa.

Sumber: Norizwan Azlan 

BACA: Side Mirror Kalau Pandai Setting Lagi Senang Nak Parkir Kereta

 

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI