Siapa cakap kalau nak bergaya kena beli pakaian dan barangan yang berjenama di butik-butik terkenal sahaja? Sebenarnya tak perlu keluar modal besar pun.
Biar bijak berbelanja dan bergaya. Usah jadi hamba jenama dan status semata-mata.
Kali ini, MASKULIN akan kongsikan kepada anda trik untuk menjadikan keseluruhan gaya anda tampak mewah biarpun hanya dari barangan ‘bundle’!
Untuk trik pertama, pilihlah warna hitam lebih mudah dan senang. Apa yang tidak kena dengan warna hitam? Simbol sofistikasi, ‘bold’ dan elegan. Semuanya hanya dengan persalinan warna hitam. Beli sahaja rekaan pakaian dari atas sehingga bawah dalam rona hitam contohnya kemeja, t-shirt, seluar mahupun aksesori, pastikan rona hitam menyerlahkan sisi mewah anda!
2. Kuasa sehelai jaket!
Siapa sangka sehelai jaket mampu mengubah keseluruhan gaya anda? Tidak kira rekaan potongan yang sedikit ‘oversized’ mahupun ‘slim fit’, jaket boleh menjadikan stail anda lebih mewah dan ‘on-point’! Apa yang penting, pastikan jaket tidak terlalu sarat dengan perincian butiran dan juga tidak keterlaluan dari segi coraknya. Lebih molek sekiranya mengenakan jaket denim atau formal jaket yang memberikan gaya kasual formal yang berkualiti. ‘Less is more’!
3. Aksesori keemasan!
Untuk tidak nampak bosan dalam stail anda, padankan aksesori yang keemasan! Daripada cincin mahupun jam tangan, ia mampu menjadikan helaian yang dibeli dari ‘bundle’ tampak mewah dan glamor!
4. Saiz mengikut tubuh badan
Trik seterusnya berkaitan dengan saiz tubuh badan anda! Jika ingin membeli pakaian yang dijual di ‘bundle’, pastikan anda memilih rekaan yang sesuai dengan potongan badan anda. Saiz yang salah boleh menyebabkan keseluruhan stail tampak ‘murah’ dan tidak ‘bold’. Jika saiz anda S, pastikan anda membeli S ataupun M.
Jika mahu hasilkan gaya ‘oversized’, pastikan kemeja yang dibeli itu kemas dan sesuai untuk digayakan sebagai helaian ‘oversized’. Tetapi, bagi yang bersaiz besar, usah pula beli yang terlalu kecil dari tubuh anda.
5. Menggosok dahulu sebelum pakai
Ini ramai yang terlupa untuk melakukannya. Baju yang kemas digosok dengan rapi secara tidak langsung menjadikan keseluruhan gaya anda mewah. Bukan itu sahaja, ia juga seperti simbol personaliti anda yang sukakan kepada kekemasan dan kebersihan dalam setiap aspek.
6. Kurangkan penggunaan logo
Trik terakhir, cuba elakkan membeli rekaan yang mempunyai banyak logo. Konsep ‘pasar malam’ amat terserlah apabila sesebuah rekaan itu memiliki banyak logo. Nampak murah dan tidak eksklusif. Lebih baik sarungkan saja rekaan yang kosong dalam stail anda!