
Cadbury dan Liga Perdana Inggeris (English Premier League) mempunyai persamaan yang ketara terutamanya dalam mencetus detik manis di antara teman – teman dan keluarga tersayang. Cadbury, jenama konfeksi ternama di bawah Mondelēz International, dan teraju bola sepak Liga Perdana, telah melanjutkan usahasama ini ke Malaysia.
Jika anda seorang peminat setia bola sepak antarabangsa, pastinya anda mengenali Andrew Cole iaitu bekas pemain bola sepak Manchester United. Beliau telah dipilih oleh pihak Cadbury untuk merasmikan usahasama diantara Cadbury dan Liga Perdana ini. Menarik bukan?
Beliau sangat terpegun saat tiba di Malaysia beberapa tahun lepas kerana rakyatnya sangat menggemari bola sepak dengan berhimpun di gerai-gerai mamak ketika berlawanan berlangsung.
Jenama coklat terkenal Malaysia Cadbury telah menganjurkan sebuah pertandingan di mana 10 pemenang berpeluang untuk menonton perlawanan Liga Perdana pilihan mereka. Anda hanya perlu membeli produk Cadbury di mana-mana kedai berhampiran anda dan hantarkan resit bukti pembelian melalui Whatsaap 016-6688576. Pertandingan ini bermula dari 1 Mac hingga 31 Mei 2018.
Tunggu apa lagi!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Lelaki Jangan Pandang Remeh Masalah Sembelit Perut!

MASALAH INI BERLAKU APABILA INDIVIDU ITU MENGALAMI KESUKARAN ATAU KEKERAPAN MEMBUANG AIR BESAR YANG BERKURANGAN. SETIAP ORANG PERNAH MENGALAMI SEMBELIT DALAM KEHIDUPAN MEREKA DAN SELALUNYA IA DISEBABKAN AMALAN PEMAKANAN YANG KURANG BAIK.
Ketika makanan bergerak menerusi kolon, ia akan menyerap air daripada makanan yang diambil ketika membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot pada kolon akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Selepas najis sampai ke rektum, ia menjadi keras kerana kebanyakan air sudah diserap.
Sembelit berlaku apabila kolon menyerap terlalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembap menyebabkan najis bergerak terlalu perlahan. Akibatnya, najis menjadi keras dan kering. Sembelit boleh berlaku disebabkan kekurangan serat dalam diet dan aktiviti fizikal terutama dalam kalangan warga tua.
Selain itu, ia juga boleh disebabkan sindrom gangguan ketika pembuangan air besar, perubahan dalam kehidupan rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan serta gemar menahan membuang air besar. Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan kekerapan menahan untuk membuang air besar atau anal fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus).
Ia berlaku disebabkan najis yang keras meregangkan otot sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku yang menyebabkan darah kelihatan di permukaan najis. Biarpun sembelit dianggap masalah biasa yang berlaku dalam kalangan kebanyakan orang, ia kurang diambil perhatian kerana terdapat mitos dan salah faham mengenai masalah berkenaan. Ini termasuk salah faham mengenai penggunaan ubat laksatif. Satu kajian baru-baru ini ditaja oleh Dulcolax, menunjukkan bahawa mitos ini tidak berasaskan bukti.
Terdapat banyak mitos mengenai penggunaan laksatif termasuk kepercayaan bahawa ia boleh mengakibatkan ketagihan. Tiada asas kukuh dari segi farmasi mengenai ketagihan laksatif walaupun kadang kala ia mungkin disalahgunakan.
DI ANTARA CARA YANG BOLEH MEMBANTU MENGURANGKAN MASALAH SEMBELIT SEPERTI:
Pemakanan: Pengambilan makanan kurang serat (contoh makanan berserat tinggi adalah buah-buahan dan sayur-sayuran) akan menyebabkan najis berketul dan keras.
Minuman: Tekstur najis yang normal akan terbentuk apabila seseorang mengambil sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari.
Gaya hidup sihat: Aktiviti sukan akan meningkatkan aktiviti usus dan memudahkan proses membuang air besar.
Tidak semua sembelit disebabkan faktor yang dinyatakan di atas. Sembelit dianggap tidak normal jika seseorang individu mengalami tanda-tanda berikut:
Najis berdarah: Darah dalam najis bersama sembelit adalah tanda kanser usus, polip, diverticulum (poket di usus besar), ‘anal fissure’ (luka di dubur) atau buasir.
Pengambilan ubat untuk membantu membuang air besar oleh pesakit sembelit adalah fiber dan minuman ‘detox’. Pengambilan suplemen ini secara berkala boleh menyebabkan usus menjadi malas. Beberapa jenis minuman detox mempunyai kesan sampingan menyebabkan kekurangan garam dalam darah seterusnya membahayakan kesihatan.
Turun berat badan: Ini adalah tanda-tanda awal kanser usus.
Kenaikan berat badan: Kekurangan hormon kelenjar tiroid boleh menyebabkan pergerakan usus menjadi lambat. Terpaksa menggunakan jari atau memasukkan air ke dubur untuk membantu membuang air besar. Ini adalah tidak normal dan boleh menyebabkan ‘ulser’ (luka) di dalam usus besar. Ia juga satu daripada ciri ‘obstructive defecating syndrome’.
Meluangkan masa yang lama untuk membuang air besar hinggakan boleh membaca majalah, surat khabar atau laman sosial. Ini menunjukkan aktiviti dubur untuk membuang air besar tidak normal dikenali sebagai ‘pelvic floor dysynergia’.
MITOS MENGENAI LAKSATIF DAN SEMBELIT
- Mitos: Makanan kaya serat dapat mencegah sembelit.
Fakta: Kadangkala tabiat pemakanan yang kaya serat dapat membantu mencegah sembelit untuk individu sihat.
Namun, peningkatan pengambilan serat boleh memburukkan keadaan bagi individu
yang mengalami sembelit serius.
- Mitos: Peningkatan pengambilan cecair dapat melegakan sembelit.
Fakta: Tiada bukti
yang menunjukkan pengambilan cecair yang tinggi dapat merawat sembelit kecuali untuk kes sembelit yang disebabkan penyahhidrasi yang serius.
- Mitos: Kurang bersenam boleh menyebabkan sembelit.
Fakta: (Kadangkala) Walaupun gaya hidup kurang aktif boleh menyebabkan atau memburukkan sembelit dalam kalangan warga tua, ada faktor lain yang turut menyumbang kepada masalah berkenaan seperti ubat dan tabiat pemakanan.
- Mitos: Wanita kerap mengalami sembelit sebelum mengalami kitaran haid.
Fakta: (Kadangkala) Hormon berperanan kecil dalam masalah sembelit, namun bagi sesetengah wanita kekerapan untuk ke tandas dipengaruhi kitaran haid mereka.
- Fakta: Wanita hamil kerap mengalami sembelit. Ini disebabkan hormon kehamilan yang boleh mengurangkan kelajuan pergerakan makanan dan sisa dalam usus sekali gus menyebabkan sembelit.
- Mitos: Ubat julap membantu dalam penurunan berat badan.
Fakta: Mengambil ubat julap tanpa keperluan hanya akan mengakibatkan badan kehilangan cecair dan garam.
- Mitos: Bergantung kepada ubat julap adalah satu kemungkinan.
Fakta: Walaupun sesetengah individu yang mengalami sembelit kronik kerap memerlukan ubat julap untuk membantu melancarkan pembuangan najis, tiada kemungkinan pengambilan dos yang disyorkan boleh menyebabkan ketagihan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Air Force 1 Crater, Satu Lagi Kasut ‘Sampah’ Diperkenalkan Nike

Hari demi hari semakin banyak jenama fesyen dan sukan terkenal dunia mula menyedari akan kesan industri ini terhadap alam sekitar. Nike sebagai jenama global yang terkemuka memperkenalkan inovasi kitar semula dengan Air Force 1 Crater.
Ini bukanlah kali pertama Nike memperkenalkan koleksi kasut yang membawa ideologi sama. Sebelum ini mereka menampilkan koleksi Space Hippie. Koleksi di mana bahan yang digunakan untuk menghasilkan kasut tersebut diambil daripada bahan lebihan industri atau digelar ‘space junk’.
Untuk Air Force 1 Crater pula ia menampilkan midosle Nike Crater Foam yang merupakan gabungan foam Nike standard dan juga Nike Grind Rubber. Iterasi terkini model legenda ini mengetengahkan estetika gabungan klasik dengan sentuhan inovasi moden yang lebih mesra alam.
KITAR SEMULA
Lebih menarik lagi ia turut dihasilkan menggunakan 20 peratus bahan kitar semula TPU. Manakala untuk bahagian upper atau atas kasutnya pula menggunakan 24 peratus PU kitar semula dengan kulit sintetik.
Manakala di bahagian tapak pula ia menggabungkan getah standard model biasa bersama 15 peratus bahan kitar semula Nike Grind.
Pengenalan koleksi terkini Nike Air Force 1 Crater ini juga secara tidak langsung turut mendukung usaha ‘Move To Zero’, kempen yang telah dianjurkan Nike sejak tahun lalu.
Nike Air Force 1 Crater boleh didapati di laman sesawang rasmi mereka dengan pilihan untuk lelaki dan wanita. Dan ia juga dilaporkan akan berada di outlet terpilih bermula 7 November 2020.
Buat anda yang ingin mencari produk pencuci kasut pada harga menarik, boleh dapatkannya di sini.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Botak Tengah Adalah Mimpi Ngeri Lelaki, Ketahui 5 Punca Mengapa Ia Berlaku

Jauh di sudut hati setiap lelaki mereka cukup takut akan perkara ini. Bila rambut mula gugur dengan sendiri terutamanya di bahagian atas atau tengah kepala, ia merupakan mimpi ngeri menjadi kenyataan!
Percayalah, tiada seorang lelaki pun mahu tampil dengan imej kepala dengan rambut tapi botak tengah. Ya, setiap orang mungkin akan alaminya namun berbeza-beza mengikut usia dan juga gaya hidup.
Ia juga boleh berlaku disebabkan oleh genetik. Namun anda boleh elak perkara ini berlaku jika sentiasa menjaga rambut dan amalkan gaya hidup, pemakanan dan tidak berdepan stres melampau.
Ikuti 5 sebab utama mengapa fenomena ‘botak tengah’ ini boleh berlaku kepada seorang lelaki.
Bahan Kimia Berlebihan
Menggunakan bahan kimia pada rambut juga merupakan salah satu faktor yang melambatkan pertumbuhan rambut. Melakukan bleaching, rebonding, mengerintingkan rambut atau kerap menggayakan rambut boleh menyebabkan rambut rosak dan ‘mati’.
Tekanan
Gangguan emosi merupakan salah faktor terbesar untuk memiliki rambut yang tidak berkualiti. Menderita akibat stress boleh menyebabkan rambut anda gugur dengan sangat cepat.
BACA: Petua Rambut Lebat, Hitam & Sihat Dengan 7 Jenis Makanan Sihat
Kurang Nutrisi
Antara faktor lain yang menyumbang kepada permasalahan ini adalah kekurangan nutrisi. Mengamalkan diet yang tidak seimbang akan menghancurkan folikel (akar) rambut sehingga menyebabkan rambut sukar untuk tumbuh.
Pengambilan Ubat
Pengambilan ubat-ubatan secara tak langsung akan memberikan kesan kepada kulit kepala dan juga rambut.
Tak Cukup Tidur
Kurang tidur juga boleh menjadi punca rambut lambat panjang. Sebaiknya anda perlu tidur antara 7 ke 8 jam setap hari bagi menjana sel-sel rambut ketika anda tidur ini kerana ketika itu tubuh dan otak anda seTidur yang mencukupi, antara 7 ke 8 jam dalam sehari mampu menjana sel-sel rambut ketika anda tidur kerana ketika itu tubuh dan otak anda sedang berehat.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI