Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Selagi ada kudrat di badan, itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki sejati demi mencari rezeki yang halal.
MASKULIN cukup tertarik dan kagum dengan usaha seorang pemuda yang tidak menjadikan kekurangan dirinya sebagai penghalang untuk mengusahakan perniagaan kedai gunting rambut.
Anak muda hebat berusia 28 tahun bersnama Farid Aidil Mat Din merupakan orang kelainan upaya yang dilahirkan pekak dan bisu. Namun dalam keterbatasannya itu, Farid kini bergelar sebagai seorang usahawan yang mengusahakan kedai gunting miliknya sendiri, ‘Farid Barber Shop’.
Menurut laporan Sinar Harian, perniagaannya telah mula dijalankan sejak empat tahun yang lalu. Menariknya perniagaan Farid yang diusahakan di Kampung Teluk Bakong, Parit tidak mengenakan bayaran mahal untuk pelanggannya terutamanya penduduk kampung.
Dengan harga serendah RM7, Farid memberikan servis terbaik buat pelanggannya yang turut terdiri daripada anggota polis di balai berhampiran.
Ads
Lebih mengagumkan lagi, dia hanya belajar teknik menggunting rambut dengan menonton video di laman media sosial, YouTube. Kesemua teknik menggunting termasuk merapi dan memotong rambut itu dipelajarinya melalui YouTube dan mempraktikkannya sehingga dapat memenuhi permintaan pelanggan dengan lebih kemas.
PASANG IMPIAN
“Saya memang tak pernah menghadiri apa-apa kursus menggunting rambut. Jadi saya cuba menggunakan YouTube sebagai rujukan dan Alhamdulillah, banyak pelanggan saya memberi respons positif.
“Pada mulanya, saya hanya cuba menggunting rambut kawan-kawan saya sehinggalah ke hari ini dan saya juga ada pelanggan tetap,” katanya ketika ditemui pada lawatan Persatuan Sahabat OKU Negeri Perak, di rumahnya, baru-baru ini.
Ads
Anak kelima dari tujuh beradik tersebut juga berkata bidang gunting rambut merupakan satu bidang yang sudah lama diminatinya. Dia kini memasang impian untuk memiliki peralatan dan perkakasan gunting rambut yang lebih bagus dan memberikan keselesaan kepada pelanggannya.
“Kalau diikutkan, saya hanya pinjam peralatan daripada kawan dan ada juga yang saya beli sendiri tetapi cepat rosak, malah ada pelanggan merungut mesin yang saya guna bunyi kuat sangat dan panas.
Ads
Sehingga kini, Farid sedang mengumpulkan duit untuk menggantikan semua peralatannya yang sudah semakin uzur. Lebih-lebih mesin penggunting yang merupakan komponen dan perlatan paling penting untuknya meneruskan perniagaan.
Semoga Farid terus berusaha dengan kuat dan tidaj pernah mengalah. Syabas MASKULIN ucapkan kepada anak muda ini yang mampu memberikan inspirasi kepada kita semua.
Jangan lupa follow IG MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini.
Kredit: Sinar Harian & BERNAMA
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ballon d’Or, iaitu pengiktirafan individu tertinggi dalam dunia bola sepak tahun ini dilihat tanpa pemain bola sepak lagenda Messi & Ronaldo.
Untuk kali pertama dalam tempoh 21 tahun sejak 2003, dua bintang bola sepak dunia, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo tidak tersenarai dalam 30 calon akhir untuk memenangi Anugerah Ballon d’Or 2024.
Ballon d’Or Tahun Ini Tanpa Nama Messi & Ronaldo, Pertama Kali Dalam 21 Tahun
Messi, 37, yang pernah memenangi anugerah ini sebanyak lapan kali (2009, 2010, 2011, 2012, 2015, 2019, 2021, 2023) dan Ronaldo, 39, dengan lima kemenangan (2008, 2013, 2014, 2016, 2017), kini tidak berada dalam senarai calon.
Walaupun mereka sudah dianggap pemain veteran, Messi dan Ronaldo masih mampu mempamerkan prestasi luar biasa. Messi membantu Argentina menjuarai Copa America tahun ini, manakala Ronaldo terus mencipta gol bersama Portugal dan Al-Nassr.
SENARAI 30 CALON BALLON D’OR 2024
Jude Bellingham (Real, England)
Hakan Calhanoglu (Inter, Turkiye)
Dani Carvajal (Real, Sepanyol)
Ruben Dias (Man. City, Portugal)
Artem Dovbyk (Girona, Ukraine)
Phil Foden (Man. City, England)
Alex Grimaldo (Leverkusen, Sepanyol)
Erling Haaland (Man. City, Norway)
Mats Hummels (Dortmund, Jerman)
Harry Kane (Bayern, England)
Toni Kroos (Real, Jerman)
Ademola Lookman (Atalanta, Nigeria)
Emiliano Martinez (A. Villa, Argentina)
Lautaro Martinez (Inter, Argentina)
Kylian Mbappe (PSG, Perancis)
Martin Odegaard (Arsenal, Norway)
Dani Olmo (Leipzig, Sepanyol)
Cole Palmer (Chelsea, England)
Declan Rice (Arsenal, England)
Rodri (Man. City, Sepanyol)
Antonio Rudiger (Real, Jerman)
Bukayo Saka (Arsenal, England)
William Saliba (Arsenal, Perancis)
Federico Valverde (Real, Uruguay)
Vinicius Junior (Real, Brazil)
Vitinha (PSG, Portugal)
Nico Williams (Athletic, Sepanyol)
Florian Wirtz (Leverkusen, Jerman)
Granit Xhaka (Leverkusen, Switzerland)
Lamine Yamal (Barcelona, Sepanyol)
Kini tiba giliran nama-nama baru untuk merebut Ballon d’Or 2024.
Daniella Sya pelakon yang kini semakin mencuri perhatian terutama daripada audiens penggemar drama-drama Melayu. Di sebalik jelitanya wajah si tinggi lampai ini tersimpan seribu satu kisah perjalanan seni yang cukup mencabar dan mampu memberikan inspirasi kepada generasi baharu.
Siapa sangka gadis tinggi lampai berwajah ayu ini mempunyai latar belakang yang kaya dengan ilmu persilatan. Daniella sudah aktif dalam seni silat sejak 10 tahun yang lalu.
Dan ia bermula dengan seni silat gayung dipelajarinya di Petaling Jaya. Dengan pengetahuan dalam seni silat itulah yang menjadikan Daniella sebagai seorang pelakon berpotensi tinggi untuk filem aksi.
Selain itu, Daniella juga pernah berguru dengan pakar silat yang juga pelakon aksi terkenal Indonesia, Cecep Arif Rahman. Dia merupakan bintang aksi yang pernah muncul dalam filem hebat seperti ‘The Raid’, dan ‘Star Wars: The Force Awakens’.
“Ketika sama-sama berlakon dalam drama bersiri ‘Dosa’, Cecep dapat tangkap yang gerak-geri saya ada basic silat. Lalu dia tanya dan mengajak saya untuk mengunjungi kelas Pencak Silat di Indonesia.
“Jadi saya terbang ke Indonesia untuk belajar sedikit sebanyak tentang silat di sana. Ia merupakan pengalaman yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila,” tambahnya lagi.
Ikuti temu bual lengkap MASKULIN bersama Daniella Sya menerusi isu Oktober – Disember majalah MASKULIN di pasaran sekarang!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Orang kata nak turunkan berat badan kena amalkan pemakanan diet suku-suku separuh. Baru usaha nak turunkan berat badan berjaya. Ditambah dengan kesungguhan dan tekad, bukanlah satu yang mustahil untuk anda turunkan berat.
Buktinya boleh dilihat pada kesungguhan seorang pengguna Facebook bernama Siti Rohayatul Husni Moktar yang berjaya menurunkan berat 40kg selama 8 bulan ini. Rahsianya dengan mengamalkan diet suku-suku-separuh bersama 20 tip lain.
Nak tahu macam mana dia lakukan? Jom baca perkongsiannya. Moga impian anda tahun ini nak turunkan berat menjadi kenyataan. Selamat berjaya!
Di sini adalah contoh menu2 untuk anda yang nak berdiet mengamalkan suku2 separuh. Kalau betul2 ikut menu dalam ni kurangkan garam, minyak dan gula, boleh lost sebulan 5kg.
Kak Chik mengambil masa selama 8 bulan untuk 40kg lost. Alhamdulillah sedikit perubahan hari nie. Berat untuk hari nie 50kg. Body fat 23%. Tinggi 160cm…
Kak Chik dah dapat BMI normal. Kak Chik dah berjaya lost sebanyak 40kg. Berkat usaha selama nie. Kak Chik happy.
Tq cik husband yg banyak bagi semangat. Tq geng dietku. Tq mak dan family serta sifu2. Tq kepada yg menghina saya selama nie. Kerana kutukan anda, saya bangkit ???????
Ok kak Chik ada sedikit tips untuk anda di luar sana.
(3) Minum air masak dengan secukupnya terutama sebelum makan. Air masak boleh jadikan kulit kita sihat dan Putih (~yang penting ambil air dari asas yang bersih tau. Barulah terhindar dari sebarang penyakit. Jom minum air Coway bersama Kak Chik ??????. Tahukan anda minum air putih nie banyak manfaatnya untuk tubuh badan kita. Manfaat air putih juga bukan sekadar untuk tubuh badan tapi amat bagus untuk kecantikan, ianya dapat melembapkan & menyegarkan Kulit. Amalkan air putih yang banyak dari air manis ??????? ~)
(4) Lupakan diet dan makan secara seimbang (Apabila setiap masa anda terlalu fikirkan pasal diet, anda akan tertekan).
(5) Banyakkan protein. Protein memainkan peranan utama dalam proses mengurangkan berat badan.
(6) Guna pinggan lebih kecil untuk segenggam nasi.
(7) Tidur dengan cukup 8 jam sehari. Kajian menunjukkan tidur yang tidak cukup punca terjadinya obesiti.
(9) Katakan tidak pada gula. Pertama gula semula jadi sangat bagus yang wujud dalam buah dan sayuran patut kita amalkan. Atau gantikan daripada menggunakan gula sebagai penambah rasa dalam minuman. Gantikan dengan stevia atau palsweets. Semakin kurang pengambilan gula tambahan, semakin sihat tubuh anda.
(10) Banyakkan sayuran dan buah-buahan dalam pemakanan seharian kita. Sayur dan buah adalah makanan terbaik wujud di muka bumi kita. Rendah kalori, tinggi serat, tinggi kandungan air dan sangat mengenyangkan.
(11) Teh hijau (Kak Chik guna Ahmad Tea). Sangat membantu menurunkan berat badan. Teh hijau mampu meningkatkan metabolisma dalam tubuh dan memberi rasa kenyang yang lebih lama.
(12) Minum air kopi (tanpa gula). Sebelum memulakan senaman, Kak Chik minum untuk lebih bertenaga. Kopi juga meningkatkan kadar metabolisma badan. Semakin tinggi metabolisma badan anda, semakin senang untuk anda kuruskan badan.
(13) Jangan berlapar. Bila anda berlapar anda akan makan lebih banyak. Tubuh akan mula membakar muscle (otot) untuk gantikan makanan. Metabolisma akan menurun.
(14) Elakkan minum minuman bergas. Minuman bergas biasanya mengandungi 8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh (kecuali air gas yang zero kalori tu).
(15) Kurangkan pengambilan garam. Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air.
(16) Ambil sarapan pagi. Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula dalam darah. Kadar metabolisma juga meningkat untuk membakar Kalori.
(20) Last tips usaha dan tekad anda pasti berjaya. Tekad merupakan motivasi kuat dari niat yang ada dalam diri. Tekad ini sebenarnya modal utama yang sangat diperlukan bagi seseorang yang akan memasuki dunia usaha. Sooo jom kta sama2 kurus dan sihat.
Sekian terima kasih coretan daripada Kak Chik. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang daripada saya sendiri.
Ya Allah…
Terima kasih atas semua nikmat yang telah diberikan untukku. Diberi kesihatan yang baik. Bantulah kami mengingatimu bersyukur kepada-Mu dan beribadah dengan baik kepada-Mu. Pimpinlah kami ke jalan yang diredhai-Mu. Murahkanlah rezeki kami dan perbaikilah akhlak kami. Ampunkanlah dosa2 kami, ibu bapa, keluarga, sahabat-sahabat kami. Dan peliharalah kami dari siksa neraka. Aamiin.
Yang penting diet tak perlu stress. Pelbagaikan menu supaya kita tak mudah bosan dan tak selalu cheat.
Tips saya yang paling utama adalah SABAR! Percayalah, dengan kesabaran anda akan dapat ganjaran paling bermakna dalam diri, hinggakan takkan percaya ‘Aku Dah Kurus’.
Diet tak makan nasi rugi weh ???????
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.