Dari dunia hiburan ke dunia politik, bekas penyanyi Nidji iaitu Giring Ganesha dilantik sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih di bawah pimpinan Presiden Prabowo Subianto.bekas penyanyi Nidji iaitu Giring Ganesha dilantik sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih di bawah pimpinan Presiden Prabowo Subianto.
Pelantikan ini diumumkan secara langsung oleh Presiden Prabowo semasa pengumuman senarai Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet Merah Putih di Istana Merdeka. Malah, Giring Ganesha akan berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan bersama Fadli Zon yang dilantik sebagai Menteri Kebudayaan.
Terdahulu, Giring mengakui walaupun mengambil keputusan untuk meninggalkan bidang nyanyian bagi memberikan fokus terhadap bidang politik, dia rindu untuk menghasilkan muzik.
Penyanyi kelahiran Jakarta itu mengakui, bukan mudah untuknya membuat keputusan memandangkan kedua-dua cabang itu memberikan erti dan makna tersendiri.
Berusia 41 tahun, Giring bersama kumpulan Nidji menempatkan diri sebagai antara kumpulan muzik berpengaruh dalam industri hiburan Indonesia pada sekitar 2002. Antara lagu popular Giring bersama Nidji ialah Arti Sahabat, Jangan Lupakan dan Laskar Pelangi.
Tahniah Giring!
Sumber : Astro Awani
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.