Berita

Bekas Bintang Brazil & Juventus, Douglas Costa Buka Akaun OnlyFans

Share

Douglas Costa, bekas bintang bola sepak Brazil dan Juventus, dikenali dengan kemahiran menggelecek dan kelajuannya di padang.

Namun, selepas meninggalkan kelab-kelab ternama seperti Juventus dan Bayern Munich, Costa kini memilih laluan baru yang mungkin mengejutkan ramai peminat bola sepak.

Pada usia 33 tahun, Costa telah memutuskan untuk menceburi dunia media sosial dengan membuka akaun di platform OnlyFans. Di mana laman ini lebih sinonim dengan kandungan eksklusif dan ‘panas’ untuk peminat.

Mengumumkan langkah ini, Costa berkata bahawa akaunnya akan menampilkan kandungan yang tidak boleh didapati di platform lain, memberi peluang kepada peminat untuk berinteraksi lebih dekat dengannya.

“Saya memutuskan untuk menyertai OnlyFans kerana saya percaya pada kredibiliti syarikat dan potensi jangkauan globalnya,” jelas Costa dalam satu kenyataan akhbar.

“Kerjasama ini mempunyai segala-galanya untuk menjadi sangat menarik dan berjaya.”

Costa, yang kini bermain untuk Sydney FC di A-League selepas beraksi di Eropah, Amerika Syarikat, dan Brazil, adalah antara pemain bola sepak pertama yang meneroka peluang digital yang cukup kontroversi ini.

Dia turut menyatakan bahawa usaha ini bukan sekadar mencari pendapatan tambahan, tetapi juga sebagai usaha untuk menjadi duta jenama dan menyokong segmen yang semakin popular ini.

Beliau mengikuti jejak langkah bekas rakan sepasukannya, Cristiano Ronaldo, yang baru-baru ini melancarkan saluran YouTubenya sendiri.

Ronaldo, yang menyertai YouTube pada 21 Ogos, telah pun mengumpulkan lebih daripada 50 juta pelanggan. Beliau menyatakan hasratnya untuk berhubung dengan lebih dekat dengan peminatnya apabila beliau menghampiri penghujung kerjayanya sebagai pemain bola sepak.

Costa, yang baru-baru ini menyertai kelab A-League, Sydney FC selepas beraksi di Eropah, Amerika Syarikat, dan Brazil, adalah antara pemain bola sepak pertama yang menerokai jalan digital baharu ini.

BACA: Ralf Schumacher Dedah Jalin Hubungan Sama Jantina, Bekas Isteri Rasa Dipergunakan

Beliau menekankan kepentingan atlet menjadi duta jenama untuk OnlyFans, dengan menyatakan, “Segmen di mana OnlyFans ingin menjadikan atlet sebagai duta jenama memberi kesan besar kepada pasaran, dan saya lebih daripada gembira untuk menjadi sebahagian daripadanya.”

Apa pandangan anda tentang penglibatan pemain bola sepak dengan laman media sosial yang kontroversi seperti ini?

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim