Khabar mengejutkan menyelubungi dunia hiburan antarabangsa apabila penyanyi kumpulan One Direction, Liam Payne dilaporkan meninggal dunia.
Menurut polis Argentina, bekas ahli kumpulan One Direction itu ditemui mati di luar sebuah hotel di Buenos Aires selepas terjatuh dari balkoni bilik tingkat tiga.
Menurut pihak polis lagi, mereka dipanggil ke hotel di kawasan Palermo, di mana mereka dimaklumkan tentang seorang “lelaki agresif yang mungkin berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol.”
Ads
Pengurus hotel tersebut mengatakan bahawa dia mendengar bunyi kuat di belakang hotel, dan apabila polis tiba, mereka mendapati seorang lelaki telah jatuh dari balkoni biliknya.
Paramedik mengesahkan kematian penyanyi berusia 31 tahun itu disebabkan kecederaan parah yang dialami.
Ads
Dalam satu ciapan di X oleh MTV. Saluran hiburan popular antarabangsa itu berkongsi rasa sedih mereka tentang berita kematian penyanyi tersebut.
“Kami sangat sedih mendengar berita pemergian tragis Liam Payne hari ini. Dalam masa yang sukar ini, hati kami bersama keluarga, orang tersayang, dan peminatnya,” tulis ciapan itu.
Ads
Imbas kembali Liam mengecap populariti apabila dia menyertai X-Factor UK sebagai penyanyi solo pada 2008. Walaupun gagal sebagai penyanyi solo, dia kemudiannya terpilih untuk menyertai kumpulan One Direction dan bertanding sebagai kumpulan.
Dia memiliki seorang anak lelaki yang diberi nama Bear hasil hubungannya dengan Cheryl Cole.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hobi bukan sekadar aktiviti santai, tetapi ia memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang, termasuk dalam mengukuhkan hubungan rumah tangga.
Amin Idris, seorang pengacara TV dan pengumpul tegar figura aksi Iron Man, berkongsi pandangannya tentang bagaimana sokongan isteri terhadap hobi suami boleh membawa kebahagiaan dalam rumah tangga.
Konsep “Escape Mechanism” dalam Rumah Tangga
Dalam dunia kaunseling, terdapat konsep yang dipanggil “escape mechanism” atau mekanisme melarikan diri daripada tekanan.
Amin Idris menjelaskan bahawa isteri biasanya mempunyai cara mereka sendiri untuk mengurangkan tekanan, seperti menonton drama, berbual dengan jiran atau memasak.
Aktiviti-aktiviti ini membantu mereka melepaskan tekanan harian.
Sebaliknya, bagi lelaki mekanisme ini sering tiada. Kebanyakan lelaki sibuk bekerja, pulang ke rumah dalam keadaan letih, membantu isteri dan kemudian tidur.
Hidup mereka berputar dalam kitaran yang sama setiap hari tanpa peluang untuk melarikan diri daripada tekanan.
Hobi sebagai “Escape Moment” Suami
Menurut Amin Idris, hobi boleh menjadi “escape moment” yang penting bagi suami.
Contohnya, aktiviti seperti memancing memberikan ketenangan walaupun hasilnya tiada.
“Jangan pelik kalau suami memancing dan balik dengan tangan kosong. Itu bukan sebab dia kumpau (tidak dapat ikan), tapi sebab momen ketika memancing itu lebih penting daripada hasilnya,” jelas Amin.
Hobi sebagai Asbab Kebahagiaan
Sokongan terhadap hobi suami boleh membawa banyak manfaat.
Sebagai contoh, ia boleh menjadi peluang untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Jika isteri turut serta dalam hobi suami atau sekurang-kurangnya memberi galakan, ia boleh mencipta momen yang menggembirakan dan mendekatkan lagi hubungan.
Sebaliknya, jika hobi suami tidak disokong, ia boleh menyebabkan tekanan tambahan dan memberi kesan negatif kepada hubungan rumah tangga.
Oleh itu, adalah penting untuk melihat hobi suami sebagai asbab kebahagiaan, bukan penderitaan.
Sebagai seorang pengumpul tegar figura aksi Iron Man, Amin Idris menjadikan hobinya sebagai satu bentuk terapi.
Walaupun kelihatan seperti aktiviti biasa, pengumpulan figura ini memberikan kepuasan dan menjadi cara untuk beliau berehat daripada kesibukan kerja.
Beliau menegaskan bahawa sokongan keluarga, terutamanya isteri, adalah kunci kepada kebahagiaannya.
Sebagai isteri, memahami dan menyokong minat suami boleh mencipta harmoni dalam keluarga.
Seperti yang dikatakan oleh Amin Idris, “Jadikan hobi itu sebagai medium untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, bukan sebagai punca penderitaan.”
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
@maskulinmyBro Spirit diuji habis-habisan dalam cabaran ‘King of the Hill’! Bukit curam dan strategi pasukan menentukan segalanya. Dah tonton aksi penuh ketegangan ini? #maskulin #majalahmaskulin #maskulinWhosYourBro #SiapaBrosSiapaLawan #astro♬ original sound – Maskulin
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Aksesori bukan sahaja dilihat sebagai penambah gaya fesyen anda malah ia juga melambang keperibadian diri anda. Pemilihan aksesori yang tepat dari segi warna, corak dan bentuk mampu menaikkan lagi seri fesyen. Jadi, tidak kisahlah mengapa ada sesetengah orang sanggup berbelanja lebih hanya untuk memiliki seutas gelang tangan. Semuanya mempunyai nilai tersendiri. Jam tangan, cermin mata dan kasut antara aspek yang harus diambil kira untuk menaikkan nilai mewah dalam gaya fesyen anda! Kami kongsikan beberapa bahan aksesori yang wajib kamu miliki dan sarungkan dengan penuh gaya!
Tidak salah bukan untuk menggayakan sesuatu yang di luar kotak normal. Pilihan cermin mata hitam yang berbentuk bulat merupakan trend masa kini. Tampak sedikit klasik namun jika di negara Eropah terutamanya Britain, ia dikenali sebagai imej ‘Harry Potter”. Sesuai dipadankan dengan baju formal seperti persalinan tuxedo mahupun gaya santai. Mungkin kemeja corak flora serta seluar pendek? Konsep Hawaiian mengungkap gaya fesyen kamu. Jadi kamu bisa pilih, adakah kamu James Bond yang seterusnya ataupun Johnny Deep yang baru persis filem The Tourist? Produk: MonkiMungkin ramai di antara kamu yang mula mengenakan jam tangan yang berbentuk klasik. Pilihan warna pula mungkin coklat ataupun hitam. Come on! Putih juga warna yang mampu menaikkan aura maskulin kamu. Rekaan yang sedikit sporty seakan menjadikan kamu lebih serius dalam perihal kerja kamu yang dilakukan. Gusar jika tidak kena dengan persalinan formal? Nah! Ketepikan undang-undang fesyen lama itu. Sudah tiba masanaya untuk meraikan elemen formal dalam kasual. Ataupun “Formal-Sporty”. Produk: Adidas.Formal tidak bermaksud hitam sahaja. Pemilihan elemen formal itu kadang kala harus ketepikan unsur normal itu sendiri. Apa kata kamu cuba bermainan dengan corak mahupun tekstur dalam pemilihan kaust? Biarpun ia rekaan formal, namun tidak bosan seperti orang lain. Sudah menjadi trend hari ini untuk kita pamerkan idea kreatif melalui gaya fesyen. Dress to impress! Kasut: Salvatore FerragamoTidak salah untuk berbelanja lebih untuk sebuah haruman yang berkualiti. Tidak lengkap gaya mewah fesyen kamu jika tiada aroma perfume yang mengasyikkan! Pilihan kami adalah dari Hugo Boss ini! Maskulin namun ada kelembutannya dalam setiap nod yang dihidu. Pasti si dia tertarik dengan kamu! Produk: Hugo BossSiapa kata memiliki scarf mahupun handkerchief tampak feminin? Salah belaka! Malah ia lebih menjadikan kamu definisi sebenar The Gentleman! Permainan corak juga warna dalam sesuatu rekaan handkerchief itu sangat penting. Dari situlah aura kamu sebagai lelaki klasik mahupun lelaki moden terserlah. Jadi, harus bijak memilih ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pandemik Covid-19 nampaknya masih lagi mengganas di negara kita. Jumlah kes yang dicatatkan sejak seminggu lalu benar-benar memberikan saty gambaran bahawa kita kini berada dalam kondisi cukup kritikal. Kes kematian pula saban hari memecahkan rekod.
Namun ada sinar di sebalik ujian ini dengan kadar pemberian vaksin yang sangat memberangsangkan. Malah, negara kita di antara yang mencatatkan pemberian dos vaksin tertinggi di dunia. Selain mencapai imunisasi kelompok dengan pantas, cara terbaik tangani Covid-19 ialah melakukan ujian pengesanan awal.
Jika selama ini kita perlu melakukan ujian Covid-19 di pusat-pusat kesihatan kerajaan atau swasta, selepas ini kita boleh melakukkan ujian sendiri di rumah. Ia berikutan pengumuman Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) mengeluarkan senarai dua jenis kit kendiri ujian COVID-19 yang telah diluluskan.
Perkara tersebut diumumkan semalam oleh KKM dengan menyenaraikan dua kit ujian yang boleh didapati dalam masa terdekat di farmasi komuniti berdaftar atau dasiliti kesihatan. Dua kita ujian tersebut ialah Salixium COVID-19 Rapid Antigen Rapid Test dan Gmate COVID-19 Ag Saliva for Home Use.
Salixium COVID-19 Rapid Antigen Rapid Test
Kit Salixium COVID-19 digunakan bagi tujuan sampel pengesanan RTK-antigen (self test) saliva dan nasal swab samples (sampel air liur dan dari hidung), manakala kit Gmate(R) COVID-19 bagi tujuan RTK-antigen (self test) saliva sample (sampel air liur).
Gmate COVID-19 Ag Saliva for Home Use
Menurut KKM lagi, senarai itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan ia boleh juga disemak menerusi portal MDA. Perkembangan terbaru ini merupakan satu berita baik untuk kita semua dalam langkah mencegah penularan wabak ini dari terus berleluasa apatah lagi dengan kemunculan varian baharu yang lebih radikal seperti Varian Delta.
Harapannya agar kit ujian ini boleh didapati dengan mudah di pasaran dan dijual kepada pengguna pada harga yang berpatutan dan tidak membebankan. Sementara itu, mainkanlah peranan kita dengan mematuhi SOP sebaiknya. Keluar rumah hanya bila perlu sahaja, pakai pelitup muka dengan baik, jaga penjarakan sosial dan sentiasa mengamalkan cuci tangan setiap masa.
Kita harus menang!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.