
Ha ini mungkin berita baik buat kamu yang ada ‘1pack’ diperut. Dah tak perlu rasa rendah diri dan malu. Tengok ni orang menjadikan perut kamu inspirasi untuk membuat beg tau…
Kalau sebelum ni ada beg dengan rekaan yang menyerupai seakan binatang peliharaan seperti muka kucing, anjing atau tikus. Ada rekaan yang berbentuk comel, lucu dan tidak kurang yang pelik! Namun, selalu yang pelik itulah menjadi pilihan ramai.
Sebab apa? Yelah… mestilah sebab nak dapatkan perhatian orang lain kan…Tak macam tu? Terkini pereka beg nampaknya semakin eksterm apabila tular baru-baru ini rekaan beg yang dilihat menyerupai bentuk perut manusia. Wahhh! dahsyat sungguh ya nampaknya orang kita sekarang ni. Bukan main lagi idea masing-masing…
Apa yang lagi melucukan, ‘perut’ tersebut kelihatan sedikit boroi. Sekali lihat memang sama sangat dengan perut yang buncit. Tapi korang jangan tertipu pula kerana ini merupakan design terkini beg di pasaran, kita dapat melihat pelbagai jenis corak dan rekaan beg yang berbentuk unik menjadi pilihan serta trend orang ramai.
Bukan itu sahaja, ia juga dilihat terdiri daripada pelbagai jenis permukaan kulit ‘perut’ dan warna. Ada yang berkerut, berlapik dan tidak kurang juga berbulu! Luculah!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Topi Keledar Stailo Untuk Lelaki

Terdapat segelintir penunggang motosikal yang kurang peka dengan kepentingan helmet. Jika dipakai pun kerana takut akan disaman pihak berkuasa. Jangan begini kerana semua kebaikan apabila memakai helmet adalah untuk anda.
Keselamatan diri faktor utama kenapa anda patut ubah tabiat pemakaian helmet ini mulai sekarang. Ikuti panduan mendapatkan helmet yang sesuai di bawah.
Ikut Kesesuaian kepala
- Mekanisma kepala setiap manusia tidak sama. Ada bersaiz bulat, bujur, kecil, dan juga sederhana. Helmet juga didatangkan dengan pelbagai saiz. Apabila ingin membeli helmet haruslah dicuba dahulu di kepala. Helmet yang terbaik adalah helmet yang selesa, tidak ketat atau longgar apabila dipakai.
- Keselesaan sewaktu memakai adalah perlu untuk mengelakkan pening kepala ataupun gejala pengsan akibat helmet yang terlalu ketat. Harus diingat, helmet yang cantik dan bergaya tidak menjamin keselamatan kepala sebaliknya pilihlah yang selesa mengikut bentuk kepala anda.
Jangan Kedekut Labur Duit
- Hampir 6/10 pengguna motosikal akan memakai topi keledar yang diberikan percuma sewaktu membeli motor. Kebiasaannya helmet tersebut menggunakan material yang kurang kukuh dan tidak selamat. Apa kata anda laburkan sedikit duit untuk membeli helmet yang lebih selamat dan kukuh buatannya.
Cakna Material Helmet
- Apabila membeli helmet, anda harus tahu ia diperbuat dari apa. Bukan sekadar plastik semata-mata. Usah tertipu tatkala membeli helmet dan pastikan adanya cop SIRIM.
- Helmet terdiri dari dua lapisan iaitu luar dan dalam.
Bahagian luar: Dibuat dari kombinasi kaca, karbon dan fiber yang akan melindungi kepala dari impak hantukan.
Bahagian dalam: Dibuat dari sejenis foam khas untuk menyerap hentakan sekiranya kepala anda terhentak pada permukaan keras.
Kenali Jenis Helmet:
Helmet ‘Full Face’
Melindungi keseluruhan kepala juga muka sehingga ke dagu. Helmet ini paling selamat digunakan kerana memberi perlindungan kepala secara menyeluruh. Malangnya, kebiasaan helmet ini hanya digunakan oleh penunggang motosikal berkuasa tinggi. Seharusnya anda tidak perlu malu untuk memakainya kerana ini helmet yang terbaik untuk kepala anda.
- Helmet ‘Half Face’
Ramai yang tidak sedar bahawa helmet sebegini sudah tidak diluluskan oleh Jabatan Keselamatan Jalanraya. Ini kerana ia kurang menyerap hentakan juga memberi perlindungan kepada kepala apabila berlaku kemalangan. Akan tetapi, penjualannya masih lagi berleluasa kerana permintaan yang tinggi dikalangan penunggang motosikal.
- Helmet ‘Open Face’
Helmet ini seperti ‘full face’ Cuma di bahagian muka ia sekadar ditutupi dengan visor(cermin plastic lutsinar). Harus peka bahawa warna visor memainkan peranan kepada penglihatan sewaktu menunggang. Visor warna jernih digalakkan siang dan malam manakala visor hitam (tinted), kuning dan biru hanya untuk siang sahaja.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
CEO Sony Interactive Entertainment Sahkan Semua PlayStation 5 Habis Dijual

Dalam tempoh seminggu yang lalu dunia hobi lelaki begitu gempar dan hebih memperkatakan tentang konsol permainan video terbaru keluaran Sony Interactive Entertainment, PlayStation 5 (PS5). Terbaru, CEO-nya, Jim Ryan mengesahkan kesemua PS5 yang dihasilkan telah habis dijual. ‘
Selepas menyaksikan pra-pesanan sebelum ini telah habis ditempah dalam sekelip mata di seluruh dunia maka tidak hairanlah mengapa konsol ini telah habis. Apatah lagi dunia kini sedang berdepan dengan pandemik COVID-19 di mana lebih ramai orang menghabiskan masa di rumah bermain permainan video.
Menjelaskan perkara tersebut kepada agensi berita Rusia TASS, Jim Ryan berkata kesemua konsol PS5 yang dihasilkan telah dijual kesemuanya.

“Ya, kesemuanya telah dijual,” jelas CEO Sony Interactive Entertainment ini apabila ditanya tentang jumlah unit dan angka yang terjual.
“Semuaya telah habis dijual. Tahun lalu saya telah berusaha memastikan kami akan mengeluarkan jumlah yang mencukupi untuk permintaan. Dan selepas ini kami akan berusaha memastikan ia akan dihasilkan dengan lebih banyak agar dapat memenuhi permintaan,” tambahnya lagi.
CABARAN BAHARU
Selain itu, dia turut berkongsi kesukaran yang dihadapi Sony untuk melancarkan konsol terbaru mereka di tengah-tengah penularan pandemik yang melanda dunia. Ia merupakan satu cabaran yang belum pernah dilalui oleh syarikat gergasi tersebut.

Antara cabaran yang dihadapi ialah tidak dapat melakukan pelancaran menerusi acara besar-besaran. Sebelum ia dilancarkan juga mereka tidak dapat melawat kilang secara terus dan terpaksa menggunakan paltform digital untuk berhubung.
Namun di sebalik segala cabaran tersebut, PS5 terus mendapat sambutan yang sangat luar biasa di kalangan peminat permainan video.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN utuk video gaya hidup lelaki terkini.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Masuk Usia 30-an, Lelaki Semakin Mudah Sakit

Oleh kerana itu demi masa tua yang lebih baik, kami senaraikan beberapa perkara yang menjadi kebimbangan ramai lelaki ketika mereka mula mendekati usia 30 dan seterusnya.
Jika penyakit dalam senarai ini belum masuk dalam ‘radar’ anda, jangan bimbang cepat atau lambat kelak anda akan merasakannya.
1. Keguguran Rambut
Mungkin beberapa dari anda berpendapat keguguran merupakan masalah kosmetik dan tidak ada hubungannya dengan kesihatan.
Tetapi, tahukah anda bahawa kebanyakan lelaki di akhir usia 20-an mengalami masalah emosi kerana masalah ini, mereka tidak bersedia dengan keguguran dan mengalami krisis percaya diri kerananya.
Malahan masalah ini akan mengganggu gaya keterampilan seseorang dan membuatkan diri lebih mudah hilang rasa keyakinan terhadap banyak perkara.
2. Kanser Prostat
Kanser prostat adalah kanser yang paling umum berlaku pada lelaki, tetapi khabar baiknya kanser ini mudah diatasi.
Kira-kira satu daripada enam lelaki pernah mengalami kanser prostat dalam hidupnya, dan mereka yang mempunyai ayah atau saudara pesakit kanser prostat biasanya mempunyai risiko dua kali lebih tinggi.
3. Bertambahnya Berat Badan
Ketika memasuki fasa ini, lelaki mengalami kesukaran untuk mengurangkan berat badan. Melambatnya metabolisme tubuh dan tingginya tahap stres merupakan beberapa faktor penyebabnya.
4. Tekanan
Anda pasti tahu hidup tidak lah mudah untuk lelaki dewasa, mereka sibuk menata kerjaya, membahagikan masa dengan keluarga, membesarkan anak.
Tetapi, tidak ramai yang menyedari bagaimana tanggungjawab tersebut memberikan tekanan dan boleh membawa kesan buruk terhadap kesihatan mental (kemurungan) dan kesihatan anda secara keseluruhan lebih-lebih lagi sudah tentu ia juga sedikit sebanyak menjejaskan kualiti seks sehingga membawa kepada masalah mati pucuk.
5. Tekanan Darah Tinggi
Tekanan darah tinggi atau hipertensi dikenali dengan istilah ” silent killer ” kerana penderitanya sering kali tidak menyedari kehadiran penyakit ini.
Darah tinggi tidak mempunyai tanda atau gejala yang jelas, walaupun begitu hipertensi menjadi punca kematian berjuta-juta lelaki dewasa di atas usia 20 tahun.
6. Sakit Belakang
Back pain merupakan penyakit yang biasa dialami oleh lelaki dan banyak faktor yang menjadi penyebabnya, duduk di belakang kemudi atau meja dalam jangka waktu yang lama, kesalahan dalam mengangkat beban dan postur tubuh yang tidak sesuai (perut yang terlalu besar) merupakan beberapa faktor penyebabnya.
Justeru itu, apa yang anda perlu hadapi sekarang, jalani gaya hidup yang lebih baik dengan aktiviti kecergasan dan jaga diet pemakanan anda.
Kualiti hidup yang baik akan menghasilkan sebuah kehidupan yang harmoni dan bahagia apatah lagi dapat dikongsikan bersama-sama keluarga dan orang tersayang.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI