Usia bukanlah penentu untuk seorang lelaki untuk sentiasa tampil kemas, segak dan kacak. Malah usia juga tidak harus dijadikan sebagai salah satu faktor untuk seorang lelaki berputus asa dalam penjagaan diri untuk tampil lebih menarik.
Seorang lelaki boleh nampak kacak dengan seadanya tanpa perlu mencurahkan usaha yang banyak. Namun tidak semua lelaki begitu. Bagi mereka yang dikurniakan bentuk badan yang menarik dan wajah kacak, pasti ia bukan satu masalah besar.
Tapi jika melakukan grooming dengan teknik yang salah pastinya ia boleh membuatkan anda kelihatan berlawanan dengan apa yang dimahukan.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa kesilapan penjagaan diri atau grooming yang sering dilakukan oleh lelaki.
Sesetengah lelaki pasti berdepan dengan situasi kepala mula botak. Atau dalam erti kata lain rambut botak tengah. Terimalah hakikat itu seadanya dan usah cuba menyembunyikan kawasan botak dengan rambut lain. Mungkin tiba masanya untuk anda bergaya dengan fesyen kepala botak.
Wajah, checked. Body, checked! Tapi bagaimana pula dengan kaki? Inilah di antara kesilapan yang selalu lakukan kerana membiarkan kebersihan dan kecantikan kaki. Usah segan untuk pergi mencuci kaki dan kuku di salon.
Terdapat perbezaan di antara seorang lelaki yang pandai menjaga penampilan diri dengan lelaki yang obses dengan penampilan diri. Gunakah produk yang betul-betul diperlukan sahaja. Usah terlalu ghairah menggunakan pelbagai jenis produk hinggalan boleh menjejaskan penampilan sendiri.
Negara kita mempunyai cuaca yang sangat panas. Jadi mahu atau tidak kita memang perlu memakai dan menggunakan krim pelindung matahari. Ramai lelaki menganggap penggunaan produk seperti ini tidak penting sedangkan cahaya matahari terik boleh memberikan kesan negatif. Gunakan sekurang-kurangnya krim SPF 20 untuk perlindungan kulit.
Tidak semua potongan dan gaya rambut sesuai dengan semua orang. Malah ia haruslah sesuai dengan bentuk wajah anda. Keluarkanlah sedikit pelabura untuk mendapatkan khidmat tukang gunting berpegalaman yang boleh memberikan tip dan potongan rambut baik.
Ingat satu perkara, penjagaan diri adalah untuk anda bukanlah orang lain. Ada sesetengah lelaki sangat cerewet memilih produk atau cerewet dalam mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Bayangkan anda mempunyai wajah yang kacak, berbadan tegap tapi bahagian belakang menggerutu penuh dengan jerawat. Walaupun ia tidak boleh dilihat orang lain namun anda tidak seharusnya mengabaikan kondisi belakang.
Ini merupakan antara masalah besar yang dialami ramai lelaki terutamanya berambut lebat. Masalah kelumumur boleh menjejaskan bukan sahaja penampilan tetapi keyakinan diri seorang lelaki.
Sebagai solusi awal anda boleh menggunakan syampu yang khusus untuk rawatan kelumumur. Atau boleh juga dapatkan rawatan dengan cucian menyeluruh di salun.