Air cond rosak tatkala cuaca panas seperti sekarang sememangnya satu perkara yang menyakitkan hati. Itulah juga yang berlaku kepada penulis beberapa hari lalu.
Satu perkara kita perlu tahu adalah aircond berfungsi sebagai satu litar yang tertutup dan mempunyai bahagian yang bertekanan tinggi serta rendah.
Dalam bahagian bertekanan tinggi, coolant ataupun ejen penyejuk (dalam bentuk gas) disedut masuk ke bahagian kompresor yang dipacu oleh enjin. Itulah bunyi yang anda dengar di bahagian enjin bila kompresor mula berfungsi.
Seterusnya untuk bahagian bertekanan rendah, cecair penyejuk bertekanan tinggi tadi akan ditolak masuk menerusi expansion valve dan terus ke bahagian evaporator (juga dipanggil cooling coil) di dalam kabin kenderaan.
Berikut beberapa tip penjagaan agar air cond kereta anda lebih tahan lama.
1. Parking di bawah kawasan berbumbung
Cara paling berkesan agar penyaman udara cepat sejuk ialah memastikan kereta anda berada di bawah tempat teduh ataupun berbumbung. Kami tahu bukan senang untuk mencari tempat teduh terutamanya di tempat parkir terbuka tetapi jika ada ia satu bonus untuk anda dan kereta anda.
Satu kelebihan jika anda tahu di mana bayang bangunan akan berada pada waktu tertentu jika anda meletakkan kereta anda dicelah-celah bangunan sewaktu pergi ke tempat kerja. Biasanya jika satu-satu petak itu disinari cahaya matahari pada waktu pagi, menjelang tengah hari atau petang ia akan dibayangi bayang bangunan (pastikan ada bangunan la bukan guard house saiz kotak mancis).
Walaupun haba di dalam kereta anda tetap panas tetapi teduhan bayang-bayang akan mengurangkannya. Takdelah rasa macam memandu oven sewaktu balik dari pejabat.
Ads
Satu cara lagi ialah dengan menggunakan kepingan pelindung matahari yang boleh didapati di kedai-kedai aksesori kereta. Ini juga akan mengurangkan baha didalam kereta anda.
2. Guna teknik orang lama
Ini satu cara klasik yang biasa digunakan oleh orang dulu-dulu termasuklah bapa saya sendiri. Jika langkah di atas tidak dapat dilakukan dan keadaan dalaman kereta anda sama panas dengan Gurun Sahara, adalah lebih baik jika anda salurkan udara luar masuk dengan membuka tingkap kereta anda sebelum menghidupkan penyaman udara.
Langkah terbaik ialah dengan membuka semua tingkap dan pandu kereta anda seketika. Pemanduan yang baik ialah sekitar 10-15km/j dan mengambil selekoh 90 darjah jika ada. Inertia sewaktu membelok akan menolak udara panas keluar ke sisi dan menyedut udara segar masuk dari sisi yang satu lagi.
Teknik ini juga sesuai digunakan jika anda terlepas membuang angin akibat memakan telur rebus sewaktu dalam perjalanan mengambil pasangan anda dari tempat kerja ataupun nak pergi dating.
Ads
3. Mulakan dengan tetapan ‘low’
Anda mesti tidak gembira jika seseorang mengejutkan anda di tengah malam buta bukan? Silap-silap dapat tendangan sisi Haliborange Tae-Kwan-Do free. Begitu juga dengan penyaman udara, mulakan dengan hembusan yang perlahan sambil meningkatkan putaran kipas dan kurangkan suhu.
Jangan main terjah saja. Bahkan jika penyaman udara anda mempunyai mod ‘Auto’, perhatikan yang biasanya ia akan bermula dengan tetapan perlahan dan kemudian semakin kuat.
4. Sentiasa gunakan mod ‘recirculation’
Bila penyaman udara sudah sejuk, sentiasa pastikan ia berada dalam mod recirculation untuk mengelakkan udara panas dari luar masuk ke dalam. Ini akan menyebabkan penyaman udara anda bekerja dengan lebih relaks.
5. Jangan buat begini
Bila berhenti nak keluar dari kereta, jangan terus mematikan enjin anda tanpa mematikan suis penyaman udara terlebih dahulu, ini akan membuatkan sistem penyaman udara mengalami kejutan.
Ads
Langkah sebaiknya ialah matikan suis penyaman udara sebelum anda sampai ke destinasi. Pada masa ini biasanya kabin dalaman sudahpun cukup sejuk, memadai dengan hembusan udara daripada kipas elektrik dalaman sahaja.
Bila anda sudah mematikan suis penyaman udara, pastikan kelajuan blower ataupun kipas berada pada tetapi ‘Med’ ataupun ‘High’.
Kenapa? Pernahkah anda perhatikan takungan air di bawah kereta anda bila anda berhenti? Itu ialah air daripada evaporator kereta anda. Ianya dalam keadaan hampir mencecah takat beku bila udara panas bergerak menghampirinya, jadi proses kondensasi berlaku lalu menghasilkan titisan air tersebut.
Menghidupkan kipas sewaktu penyaman udara dimatikan akan mengeringkan bahagian evaporator. Ia juga berfungsi memastikan kulapuk dan juga kulat tidak akan terhasil di dalam ruang evaporatoranda. Inilah punca bau hapak yang selalu anda hidup di dalam kabin kereta anda.
6. Servis berkala
Sama seperti kereta, sistem penyaman udara juga perlu diservis. Cecair penyejuk perlu ditukar, kompresor juga perlukan minyak khusus untuk kelancaran operasi. Komponen-komponen seperti expansion valve dan penapis juga perlu ditukar untuk memastikan penyaman udara anda beroperasi secara optima.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk saksikan pelbagai seleksi video menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=27A5WaTPLOc&t=8s
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Gambar sebuah kenderaan baharu Proton X70 yang terlibat kemalangan menjunam ke dalam sebuah parit tular dalam media sosial hari ini.
Oleh kerana Proton X70 memiliki sistem fungsi arahan suara, ramai yang membuat jenaka mengenainya :
Proton : Kita ke mana encik? Pemandu : Saya ingin melihat ikan.
Maka terjadilah :
Gambar undang dialog nakal
Itulah dialog nakal yang bertebaran di grup Whatsapp dan timeline media sosial masing-masing.
Namun apa yang sebenarnya berlaku terhadap Proton X70 dari Jalan Keretapi Lama Kapar menghala ke Jalan Tok Muda ini sangat mengejutkan.
Dipandu oleh isteri pemilik SUV bersama anaknya
SUV berkenaan sebenarnya dipandu isteri pemilik bersama anaknya. Oleh kerana ada kereta lain yang keluar dari simpang secara tiba-tiba, pemandunya telah hilang kawalan.
Proton X70 terbabit terjunam ke dalam parit dan menurut sumber, pemilik memberitahu isterinya kini belum sedarkan diri manakala anaknya pula mengalami patah kaki
Laporan telah dibuat di Balai Polis Kapar Indah dan Proton X70 yang malang tersebut telah ditunda ke Pusat Kecermalangan Proton.
Akibat daripada kemalangan itu juga, ramai yang mempersoalkan tentang keselamatan SUV tersebut namun jika dilihat pada spesifikasi sedia ada, kenderaan tersebut memiliki ciri-ciri yang terbaik.
Berikut adalah fungsi asas yang ada dalam Proton X70 untuk rujukan pembaca :
Proton X70 ditawarkan dalam empat pilihan varian– Standard 2WD, Executive 2WD, Executive AWD dan Premium 2WD.
Dikuasakan oleh enjin empat silinder TGDI yang mampu menghasilkan 181 hp dan 285 Nm tork. Penjana kuasa ini digabungkan bersama transmisi automatik enam kelajuan.
Kemasan dalaman mewah dengan balutan kulit Nappa berwarna perang selain kemasan aluminium dan penggunaan plastik sentuhan lembut pada papan pemuka.
Enam pot USB yang boleh digunakan sebagai pengecas peranti mudah alih.
Corong pendingin hawa belakang dilengkapi dengan pembersih udara bagi memastikan udara lebih segar dalam ruang kabin.
Fungsi arahan suara (voice command).
Lampu hadapan projektor yang disertakan dengan lampu nylaan siang LED.
Bumbung panoramik (untuk varian Premium).
Sistem bunyi yang berkualiti tinggi.
Panel meter digital sepenuhnya.
Skrin sentuh pemain multimedia bersaiz 8-inci.
Stereng rata di bahagian bawah yang sangat cantik dan sporty.
Kemasan penutup enjin seperti kereta mewah jenama Eropah.
Sistem suspensi bebas.
Penggunaan elemen rekaan Malaysia yang dihasilkan dari olahan motif seni tradisonal tempatan yang dikenali Infinite Weaveuntuk perincian di ruang kabin seperti pada seperti penutup pembesar suara dan pemegang pintu bahagian dalam.
Corak Infinite Weaveturut digunakan pada jeriji hadapan yang diilhamkan dari busur.
Rim aloi bersaiz 18-inci dengan tayar berjenama Hankook Dynapro HP2 bersaiz 225/60R18.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ketika Sir Henry Royce memperkenalkan model Rolls Royce Phantom pada 1925, kereta golongan atasan itu diiktiraf sebagai Kereta Terbaik Dunia. Sejak 92 tahun lalu model Phantom menjadi pilihan pengangkutan golongan berpengaruh dan berkuasa di dunia.
Kini model tersebut sudah tiba generasi kelapan. Model baharu berkenaan menetapkan tanda aras baharu. Tidak hanya menterjemahkan bahasa rekaan kontemporari, Phantom mengalami revolusinya tersendiri. Model berkenaan kini rasmi tiba ke pasaran tempatan dibawakan oleh Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur sebagai pengedar kenderaan Rolls-Royce di Malaysia.
Berikut lima perkara perlu anda ketahui tentang Rolls-Royce Phantom:
1) DUA PILIHAN VARIAN -Standard Wheelbase: Harga bermula RM2.2 juta. -Extended Wheelbase: Harga bermula RM2.5 juta.
2) KERANGKA ALUMINIUM (ARCHITECTURE OF LUXURY) –Phantom generasi kelapan merupakan model pertama Rolls-Royce yang menggunakan seni bina Architecture of Luxury. -Kerangka Phantom menggunakan aluminium sepenuhnya yang mana 30 peratus lebih kukuh berbanding generasi terdahulu. Malah, ia juga lebih ringan dan menawarkan pengendalian yang mantap. -Kerangka itu akan digunakan pada semua model baharu Rolls-Royce di masa depan.
3) ENJIN V12 –Phantom dikuasakan oleh enjin pengecas berkembar V12 bersesaran 6.75 liter serba baharu. Enjin itu mampu menghasilkan kuasa 563hp pada 5,000rpm dan tork 900Nm yang boleh dicapai seawal 1,700rpm. -Penghantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi transmisi 8-kelajuan automatik dengan bantuan satelit. -Prestasi itu membolehkan Phantom memecut dari sifar hingga 100km/j dalam masa cuma 5.4 saat.
4) NVH LEBIH BAIK -Rolls-Royce mendakwa Phantom merupakan kereta paling senyap di dunia. -Kedapan kabin lebih baik dicapai menerusi dua lapisan kaca setebal 6mm yang mengelilingi seluruh kereta dengan penebat bunyi lebih daripada 130kg. -Manakala bunyi bising jalan ditapis menerusi dua lapisan aloi di kawasan antara lantai dan dinding sekatan (bulkhead) pada ruang kerangka. -Rolls-royce juga bekerjasama dengan pembekal tayar untuk menghasilkan tayar ‘Silent-Seal’– ia dibina dengan lapisan busa spesifik yang melapisi bahagian dalam tayar bagi menghilangkan bunyi bising tayar dengan pengurangan sebanyak 9db.
5) CIRI-CIRI LAIN -Jentera ultra mewah ini dilengkapi sistem stereo kamera ‘Flagbearer’ yang dipasang pada cermin depan. Ia berfungsi memantau laluan di depan dan mengubah suai suspensi secara proaktif. -Lampu utamanya menggunakan teknologi lazer termaju yang berupaya memberi suluhan cahaya sehingga 600 meter pada waktu malam. Menurut Rolls Royce lampu LED dan mentol sudah menjadi sejarah. -Penumpang diberi beberapa pilihan format tempat duduk belakang, sama ada berbentuk lounge atau individual. -Kemewahan Phantom terserlah apabila masuk ke kabin. Seperti yang boleh dijangka, Rolls-Royce menggunakan material kulit dan kayu paling premium. Keempat-empat buah pintu boleh ditutup secara elektrik menerusi satu sentuhan lembut pada hendal pintunya.
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sesebuah negara itu tidak akan mempunyai masa yang cerah tanpa generasi belia yang berkualiti. Disebabkan itulah usaha membantu golongan ini amat signifikan dalam melahirkan tenaga kerja serta generasi yang kaya dengan modal insan.
Sebagai pengedar utama Mercedes-Benz di Malaysia, Cycle & Carriage telah mengumumkan sebuah program geran untuk anak muda dan belia yang mempunyai keinginan dan cita-cita tinggi dalam dunia automotif. Ini bukanlah kali pertama program geran ini diperkenalkan oleh mereka.
Malah, program ini telah measuki tahun ketiga. Melihatkan kerjayaan menerusi dua sebelunya, Cycle & Carriage berasa cukup teruja untuk meneruskan program ini bagi tahun ketiga.
Objektif utama Cycle & Carriage dalam pemberian geran seumpamanya ialah membantu golongan belia dan anak muda di Malaysia untuk memberi akses kepada kualiti skil teknikal dan pendidikan vokasional. Cycle & Carriage bakal memberikan geran yang ditawarkan kepada calon-calon yang layak untuk tahun 2021.
“Individu yang mempunyai bakat merupakan sasaran utama kami untuk membantu perjalanan mereka. Oleh sebab itu, Cycle & Carriage percaya usaha membantu anak muda ini mampu manfaat kepada industri profesional seperti automotif.
“Setiap penerima geran akan mendapat sokongan untuk menyemarakkan lagi semangat mereka dalam bidang akademik dan karier profesional. Kami bersedia untuk menyambut dan menerima mana-mana nak muda berbakat ke dalam rangkaian kami termasuklah penempatan kerja tetap di Cycle & Carriage,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage, Wilfrid Foo.
Geran pendidikan ini membuktikan komitmen Cycle & Carriage sebagai salah satu usaha pembangunan sosial terhadap komuniti setempat dan menyokong pendidikan teknikal dan vokasional kebangsaan. Sejak diperkenalkan pada tahun 201, Cycle & Carriage telah membantu melancarkan kerjaya untuk 10 orang anak muda.
Jadi buat anda yang mungkin berminat untuk mendapatkan geran ini boleh ikuti syarat-syarat di bawah:
1. Belia warganegara Malaysia berusia 16 tahun ke atas
2. Sedang mengikuti program atau telah menerima tawaran melanjutkan pendidikan dalam kursus automotif yang mendapat akreditasi dari Jabatan Pembangunan Kemahiran dari Kementerian Sumber Manusia atau Kementerian Pendidikan Tinggi.
3. Pemohon mesti memiliki sekurang-kurangnya kredit dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik di peringkat PT3, SPM atau SVM.
4. Datang dari keluarga yang memiliki pendapatan isi rumah RM4,850 ke bawah
Pemohon yang berjaya akan menerima bantuan sehingga RM5,000 untuk pembelajaran maksimum selama tiga tahun. Penerima geran juga akan mendapat peluang intership ketika cuti semester di Cycle & Carriage.