Setiap lelaki pastinya mahu sentiasa tampil segak dalam apa jua keadaan. Namun ada yang tidak sedar gaya mereka tampilkan dengan penuh keyakinan itu kadangkala tidak sesuai, malah merencatkan lagi gaya sendiri.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 10 kesalahan biasa dalam berpakaian yang sering dilakukan oleh lelaki. Ikuti senarai di bawah agar dapat pastikan anda tidak menjadi mangsa fesyen sendiri.
1. Lengan baju menutup jam tangan
Jika anda suka memakai jam tangan, lebih baik untuk melipat lengan baju anda. Pertama sekali, lebih mudah bagi anda melihat waktu jam. Kedua, jam tangan di bawah kain lengan akan menyebabkan kelihatan hodoh atau tidak kemas.
2. Kemeja-T bercetak
Pilih kemeja-T yang biasa, terutamanya jika anda akan memakai jaket di luarnya. Kemeja-T bercetak hanya satu trend fesyen, yang sudah ketinggalan zaman. Fikirkan bagaimana James Dean berpakaian. Gaya Dean sentiasa kelihatan klasik dan ringkas.
Ads
Adalah lebih baik untuk membelanjakan wang dengan kemeja-T putih dan seluar jeans dengan potongan yang baik daripada membeli kemeja-T bercetak yang sudah ketinggalan zaman. Tidak hairanlah Lana Del Rey menyanyi, “Jeans biru, baju putih” dalam lagu hitnya.
3. Kemeja-T berlengan besar dan labuh
Memakai kemeja-T berlengan besar dan labuh adalah memburukkan penampilan anda. Pilih lengan kemeja-T yang sesuai dengan diri anda. Jangan merosakkan penampilan anda.
4. Pakai tali pinggang & suspender bersama
Tali pinggang dan pendakap dipakai secara berasingan dan tidak seharusnya dipakai bersama. Lagipun, kedua-dua aksesori direka untuk menjaga seluar anda daripada terlondeh.
5. Baju berkedut
Ads
Sesungguhnya menyeterika pakaian bukanlah pekerjaan yang menyenangkan, tetapi ia adalah keutamaan jika anda ingin kelihatan kemas.
Pakaian berkedut kelihatan tidak kemas dan boleh merosakkan keyakinan anda. Sama ada anda suka atau tidak, sesetengah pakaian memang wajib untuk diseterika.
6. Saiz yang salah
Jika anda hendak membeli sut adalah lebih baik anda pergi berjumpa tukang jahit. Ia adalah supaya sut tersebut betul-betul sepadan dengan saiz tubuh anda.
7. Butang jaket atau kot
Jangan butang semua jaket atau kot anda melainkan ia hanya mempunyai satu butang. Atau hanya biar butang bawah sekali dibuka dan jangan lupa buka kesemua butang apabila anda duduk.
Ads
8. Memasukkan baju ke dalam seluar
Sesetengah lelaki masih memakai baju kemeja tanpa memasukkannya ke dalam seluar. Tidak kira apa warna baju kemeja itu, coraknya, atau sama ada berlengan panjang atau pendek – jika anda bukan berusia 13 tahun ke bawah, anda harus memasukkan kemeja anda ke dalam seluar. Ia akan membuat anda kelihatan lebih kemas dan menarik.
9. Poket kembung
Tiada ada yang lebih buruk daripada melihat pakaian yang cantik dan elegan tetapi diburukkan dengan poket yang terbonjol. Sebagai peraturan, lelaki biasanya membawa kunci, telefon bimbit, dan dompet dalam poket mereka.
Sekiranya poket jaket atau kot anda tidak mempunyai tempat untuk barang-barang ini, letakkan barang-barang keperluan anda di dalam clutch bag.
10. Hanya memakai sut hitam setiap hari
Sut berwarna hitam selalunya sesuai dipakai untuk majlis pengebumian. Anda boleh mencuba untuk memakai sut berwarna lain selain hitam, warna yang sesuai dengan penampilan anda. Walau bagaimanapun, jangan membeli sut yang diperbuat daripada kain berkilat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi seseorang yang memiliki ukuran tubuh agak rendah berbanding orang lain, pasti ada waktunya muncul mood rasa down sangat. Nak berfesyen pun takut sebab tubuh rendang.
Buat lelaki yang mempunyai bentuk tubuh yang tinggi dan kurus mungkin tiada masalah kerana boleh menggayakan pelbagai jenis pakaian tanpa sebarang masalah.
Namun, tidak bagi lelaki yang rendah yang lebih sukar untuk mencari pakaian sesuai dengan potongan badan mereka.
Sehubungan itu menerusi entri ini, Maskulin kongsikan 5 trik yang perlu anda expert terutamanya bagi lelaki bertubuh pendek untuk nampak lebih stailo.
Antara kesalahan besar dan pantang larang untuk lelaki adalah memakai baju dengan corak melintang kerana ia akan menjadikan anda kelihatan bertambah pendek. Pakaian kolar bulat juga tidak sesuai sebaliknya pilih rona gelap dan baju dengan kolar ‘V’ sebagai alternatif. Cuba masukkan baju ke dalam (tug in) seluar bagi menyerlahkan bentuk kaki yang lebih panjang.
2. Warna pakaian
Baik lelaki atau perempuan, kedua-duanya perlu mengelakkan memakai baju berwarna terang kerana akan menyerlahkan kekurangan diri anda yang bertubuh pendek. Sebaliknya, pilih pakaian rona gelap atau senada bagi memberi ilusi tubuh lebih tinggi dan besar. Jadi, jangan pandang remeh kerana pemilihan warna pakaian amat penting!
3. Jaket
Bukan satu kesalahan untuk mereka yang bertubuh pendek memakai jaket cuma pastikan potongan itu sesuai dengan anda. Untuk lelaki, tidak perlu rasanya untuk memakai jaket berlapis untuk menutup kekurangan diri anda sebaliknya memadai dengan sehelai saja. Cuba elak mengenakan jaket yang mempunyai terlalu banyak butang.
4. Kasut
Bagi lelaki, jangan sangka kasut bertapak tebal atau tinggi seperti but membantu anda kelihatan berbeza daripada ketinggian sebenar kerana tumpuan orang mungkin akan terarah kepada kasut anda saja. Jadi, kasut tapak biasa sudah memadai malah lebih selesa ketika dipakai.
5. Aksesori
Jangan ambil mudah dengan pemakaian aksesori kerana silap pemilihan, kekurangan diri anda akan terserlah. Bagi lelaki yang bekerja di pejabat, pilih tali leher yang kecil dan ringkas, contohnya ‘skinny tie’. Beg pula janganlah terlalu besar kerana dikhuatiri menenggelamkan badan anda yang kecil itu!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kepada penggemar setia Sushi, pasti anda tahu bagaimana untuk menikmati hidangan Sushi kan? Namun ada beberapa fakta menarik yang mungkin anda terlepas pandang akan makanan yang berasal dari Negara Jepun ini.
Sihat dah Berkhasiat
Tahukah anda bahawa Sushi mempunyai Kalori yang rendah? Ia bukan sahaja enak, dan berwarna-warni, malah boleh dikatakan sebagai makanan yang paling sihat dan berkhasiat. Sushi mengandungi pelbagai mineral dan serat; ikan mentah pula mengandungi DHA dan EPA yang tinggi dan baik untuk otak!
Aneka Pilihan
Sushi menawarkan rasa dan tekstur yang kaya kerana ia terdiri daripada pelbagai makanan laut. Kombinasi makanan laut tidak terhad dan boleh digandingkan mengikut imaginasi dan kreativiti chef sushi.
Kurangkan Kepedasan Wasabi
Kebanyakan orang suka menikmati sushi dengan sedikit wasabi. Apabila kepedasan wasabi melampau sehingga lidah terasa panas, tutup mulut dan bernafas melalui hidung untuk meredakan rasa pedas yang dialami. Sekiranya anda membuka mulut, kepedasan akan kekal dirasai dalam mulut sahaja. Cubalah!
Halia Merah
Tahukah anda halia merah boleh membangkitkan deria rasa kita apabila menikmati sushi?
Halia merah boleh membersihkan tunas rasa untuk mencegah rasa ikan yang berlainan daripada mengganggu sensitiviti lidah agar kita betul-betul dapat menikmati kepelbagaian dan keenakan sushi!
Mencelup Sushi Dalam Kicap?
a. Kepit sushi dan hanya celup nasi dalam kicap agar tidak menutup rasa ikan yang segar.
b. Kepit sushi, terbalikkannya untuk mencelup bahagian ikan dengan sedikit kicap bagi menyerlahkan rasanya.
Menarik tak Fakta ni? lepas ni kalau Girlfriend ajak dating makan Sushi, anda dah ada knowledge pasal SUSHI!
*Sumber dari Empire Sushi
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memadankan kaca mata dengan pakaian adalah cara yang paling pantas, berkesan, mudah serta lebih menjimatkan untuk menyerlahkan lagi penampilan gaya maskulin anda agar lebih hebat, terutama untuk anda yang ingin nampak berbeza di hari raya.
Kini terdapat kaca mata yang bingkainya diperbuat daripada bahan yang paling eksklusif dan unik seperti tanduk asli dan pelbagai bahan lagi. Rekaan ini bukan dijual dengan harga ratusan ringgit, tetapi sebaliknya ribuan malahan hingga mencecah puluhan ribu ringgit.
Di sini saya sertakan panduan asas bagi pemilihan sepasang cermin mata yang dapat memberi keseimbangan serta dapat menyerlahkan keistimewaan raut wajah anda.
Man photo created by karlyukav – www.freepik.com
Tip memilih sepasang cermin mata
SAIZ SESUAI
Bagi memiliki cermin mata yg tampak seimbang dengan bentuk muka, pastikan bahagian atas bingkai sama ada selari dengan kening atau berada sedikit di bawah kening. Bingkai cermin mata yang berada di atas kening akan tampak seolah-olah kening anda berganda dan keadaan ini membuatkan anda tampak macam orang terkejut.
Bahagian tepi bingkai, iaitu tangkai atau batang bingkai tidak sepatutnya nampak terlalu terkeluar daripada wajah sisi anda.
Bahagian bawah bingkai tidak sepatutnya mencecah pipi. Kesilapan inilah yang sering berlaku. Cermin mata yang terletak terlalu rendah pada pipi membuatkan mata seperti terapung pada bahagian atas cermin. Mata anda sepatutnya berada ditengah-tengah cermin.
FAKTOR BENTUK HIDUNG
Hidung panjang yang kecil boleh diberikan ilusi sedikit pendek jika kita memilih cermin mata yang sesuai. Pilih reka bentuk perangkai (bridge) yang rendah.
Bagi hidung yang pesek dan penyek, pilih bentuk perangkai yang tinggi untuk membentuk ilusi hidung yang panjang dan kecil.
JARAK MATA
Jarak sepasang mata yang jauh boleh didekatkan dengan memakai cermin mata berwarna gelap dan berbingkai berat. Untuk memberi ilusi sepasang mata yang jauh bagi mereka yang punyai sepasang mata yang dekat, pilihlah perangkai yang cerah dan lut sinar.
BERAT CERMIN MATA
Jika anda berbadan rendah dan mempunyai raut wajah yang lembut, wajah anda mungkin akan tenggelam pada cermin mata yang berat. Pilihan yang tepat adalah cermin mata berbingkai kecil dengan buatan metal yang ringan atau cermin mata tanpa bingkai adalah lebih menarik.
Tetapi jika anda berbadan besar dan mempunyai rangka yang besar, memakai cermin mata kecil tampak seperti tidak kena. Oleh itu, pilih cermin mata yang besar dengan bingkai yang berat untuk memberi keseimbangan secara keseluruhan.
Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.