Salah satu petanda biasa yang boleh kita perhatikan ialah apabila berlakunya perubahan ada ada keluarnya bunyi tidak sepatutnya. Ini terutamanya apabila kereta sedang dibawa. Jika bunyi yang tidak patut dan pelik keluar makin kerap itu bermakna anda perlu sediakan poket yang lebih tebal.
Untuk mengelak kereta berdepan kerosakan lebih serius anda perlu kenal pasti beberapa jenis bunyi yang keluar. Kalau ada bunyi pelik dan lain dari kebiasaan periksalah dengan segera ya.
Berikut MASKULIN kongsi beberapa jenis bunyi perlu anda risaukan.
Jika ketika memandu anda mendengar ada bunyi seakan ketukan pada bahagian tayar itu mungkin berpunca dari kerosakan atau masalah spring penyerap hentakan atau absorber. Ketahuilah bahawa absorber yang tidak berfungsi dengan baik boleh menjejaskan kawalan kereta setika pemanduan.
Ini antara jenis bunyi perlu diberikan perhatian khusus. Kebiasaannya bunyi geseran yang berlaku ketika brek ditekan membawa maksud brake pad sudah semakin menipis. Ia juga menandakan brek anda mungkin berdepan masalah kegagalan berfungsi kerana cengkamannya sudah menyusut dan boleh membawa bahaya.
Apabila membelok di jalan selekoh ia mengeluarkan bunyi nyaring geseran seakan siulan. Ini mungkin berpunca dari masalah bearing tayar atau mungkin juga pada timing belt. Apa-apa pun kedua-duanya pun boleh membahayakan pemanduan anda. Pergilah ke bengkel dengan segera untuk lakukan diagnosis lebih terperinci.
Tidak lain tidak bukan besar kemungkinan ia berpunca dari masalah timing belt. Jika putus ia boleh menyebabkan kerosakan yang mampu buat anda sakit jiwa! Ia perlu dibaiki segera kerana timing belt merupakan komponen kawalan sistem asas kenderaan. Rosak timing belt bermakna tersadailah kereta.
Ketika melakukan pecutan lebih laju ada bunyi kuat dari bawah ekzos. Usah diabaikan kerana mungkin ia berpunca daripada masalah kebocoran pada ekzos. Kebocoran seperti ini cukup bahaya kerana boleh menjadi punca kepada pencemaran karbon monoksida kepada penumpang di dalam kereta. Pergilah baiki dengan segera sebelum bocor itu makin teruk.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN ya!