Bawang Putih Jadikan Bau Peluh Lelaki Lebih Mengancam!

Share

Jangan ingat semua lelaki tak suka bawang putih. Ramai sebenarnya lelaki yang boleh telan bawang putih macam tu saja bila tahu khasiatnya walaupun bau bawang putih agak menjengkelkan.

Kalau korang jenis lelaki yang sukakan bawang putih, ini ada berita baik buat korang! Bau bawang putih yang kuat itu boleh membuatkan bau badan korang jadi lebih menarik dan seksi di mata pasangan.

Bau badan lebih menarik, lembut & maskulin

Dalam kajian yang dilakukan oleh Universitas Stirling dan Universitas Charles, seramai 42 responden lelaki telah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu yang makan bawang putih mentah, kapsul bawang putih dan tidak memakan bawang putih sama sekali.

Kesemua responden tidak dibenarkan untuk memakai deodoran dan juga merokok. Mereka juga telah diberi kapas untuk diletakkan di bawah ketiak selama 12 jam bagi tujuan mengumpul sampel bau badan. Selepas 12 jam, kapas tersebut diberi kepada 82 responden wanita untuk dihidu dan dinilai.

Keputusannya nyata menakjubkan kerana menurut responden wanita ini, lelaki yang mengambil bawang putih, sama ada yang mentah atau dalam bentuk kapsul memiliki bau badan yang lebih menarik, lembut dan maskulin.

Ini kerana bawang putih mengandungi antioksidan yang membuatkan bau badan lebih baik.

Meningkatkan kemampuan dalam hubungan intim

Menurut kajian, bau nafas memiliki peranan penting dalam interaksi sosial malah bau badan juga penting dalam hubungan intim.

Ini kerana hasil kajian mendapati orang yang makan bawang putih dapat memberikan kesan positif terhadap si pemakan. Selain baik untuk kesihatan, ia juga mempunyai sifat  antioksidan dan antimikroba.

Bawang putih juga dikatakan dapat membantu meningkatkan tahap libido dan daya tahan hubungan intim lelaki. Korang yang mengalami masalah ereksi (erectile dysfunction)

digalakkan untuk mengambil bawang putih secara konsisten dan teratur kerana bawang putih dapat merangsang pengeluaran enzim dan pengedaran darah ke alat kelamin.

Wow, hebat kan! Yang dah kahwin tu bolehlah buat eksperimen tentang manfaat bawang putih yang satu ini. Manalah tahu kebahagiaan di bilik tidur korang nanti akan bertambah intim!

Published by
Roselinda