Bila kita terlibat dengan kemalangan, kita perlu bijak menguruskannya. Tetapi bagaimana caranya? Jangan risau di Facebook milik Jesselton Sabah ada mengajar cara-caranya.
Menurutnya ramai yang belum tahu cara yang betul untuk uruskan urusan insurans , hingga mengakibat pihak insurans dan penarik kereta yang mendapat untung atas angin.
“Pertama sekali jika kemalangan, anda akan memanggil tow truck (penarik kereta). Bila longkai sampai, dia akan suruh tandatangan satu dokumen.
“Jangan tandatangan! Sebab kalau anda tandatangan, longkai akan dapat komisen 10% dari insurans anda.
Baca: Nampak Macam Sama Tapi Sebenarnya Berbeza, Ini Panduan Beli Bateri Kereta Berkualiti
“Jangan sesekali tandatangan dokumen itu dan tow truck akan gertak dan momokkan dengan cerita sedih itu dan ini!
“Jadi apa tindakan anda? Cakap je kat dia, Saya nak towing sahaja Biasanya kena caj dalam RM200-300. Towing kereta anda ke balai dulu untuk buat report dan urusan sepatutnya di sana!
“Lepas buat report, mintak longkai hantarkan kereta ke bengkel panel yang buat repair. Kalau tak tau panel bengkel, call pihak insurans dan minta alamat panel yang buat repair eksiden.” tulisnya di status Facebook.
“Contoh kos lost of use insurans anda (ikut jenis insurans) RM30 satu hari.
“Lepas tu bengkel bagi anggaran siap dalam 1 bulan. Jadi anda boleh dapat RM30 setiap hari selama sebulan.
RM30 x 30 hari (sebulan) = RM900
“Anda layak dapat RM900 dari pihak insurans atas dasar nama claim lost of use.
“Tapi kalau bengkel tak dapat siapkan kereta dalam masa sebulan seperti yang dijanjikan, anda tak boleh claim lagi dengan pihak insurans. Dan tempoh claim lost of use ini maximum 3 bulan sahaja.” Tulisnya lagi.
Namun harus berhati-hati, pastikan bengkel itu tukar part atau barang kat kereta yang rosak itu. Kalau kurang 1 barang, anda claim duit balik di tokey kedai itu. Kalau mereka tidak mahu bertanggungjawab, gertak sahaja mahu report polis atau tribunal pengguna.
Kemudian hati-hati dengan ‘kata manis’ Tow Truck jika mereka kata hantar ke bengkel mereka. Itu hanya tipu helah sahaja kerana Tow Truck tiada bengkel!
Sumber: Jesselton Sabah