Hello Kitty dan rakan-rakan akan datang ke Malaysia untuk Pameran Our Sanrio Times – Kuala Lumpur di Dewan 5, Tingkat 5, Quill City Mall Kuala Lumpur dari 24 November 2018 hingga 6 Januari 2019, 11 pagi hingga 9 malam setiap hari! Pameran sebesar 1,500 meter persegi menampilkan 13 zon bertemakan Sanrio ini membolehkan pengunjung melihat secara dekat dan merakam foto 100 daripada 400 watak comel berwarna-warni yang menawarkan pengalaman visual menakjubkan.
Pameran terbesar seumpamanya di Malaysia dan Asia Tenggara ini dianjurkan selama tujuh minggu merentasi cuti sekolah, Krismas serta Tahun Baru. Ia bukan saja menjadi tarikan untuk keluarga dan kanak-kanak, malah buat mereka yang berjiwa muda untuk mengimbau kenangan lalu pada masa sama mencipta pengalaman baru.
Selain itu, barisan pereka Sanrio Japan akan berada di pameran ini untuk mencipta lakaran eksklusif 9 watak Sanrio terkenal. Peminat Sanrio juga berpeluang belajar untuk melukis watak kegemaran melalui tutorial satu persatu ditunjukkan oleh pereka. Ini akan menjadi medan pengunjung mencipta semula watak kegemaran masing-masing. The Plushy World – Ruangan paling sesuai untuk anda upload OOTD anda di laman Instagram
Tiket Our Sanrio Times Kuala Lumpur berharga:
- Pembelian awal (dari 30 Oktober hingga 20 November 2018): RM25
- Warganegara Malaysia: RM33
- Tiket istimewa untuk OKU dan warga emas: RM20
- Tiket bukan warganegara Malaysia: RM60.
* Kanak-kanak yang ketinggiannya 90cm atau ke atas dikenakan bayaran untuk kemasukan.
** Semua harga tiket adalah tidak termasuk RM2 yuran pemprosesan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI