Bau ‘Perfume’ Tahan Hingga Ke Malam, Ini 4 Tempat Wajib DiSembur!

Share

Mesti ramai yang menyembur minyak wangi di waktu pagi tetapi apabila menjelangnya tengah hari, kadang-kala tidak tidak sempat tengahari pun bauan itu mesti hilang.

Hampir setiap wanita mahupun lelaki sangat suka memakai minyak wangi. Pemakaian minyak wangi sedikit sebanyak boleh meningkatkan keyakinan diri serta menyerlahkan penampilan. Tapi, bagaimanakah caranya untuk membuat bau minyak wangi bertahan lebih lama? Terdapat beberapa 

cara yang boleh mengekalkan aroma indah tersebut.

1. Semburan di Dada

Ini akan membuatkan minyak wangi kekal kerana tidak banyak gerakan dalam badan yang berlaku di kawasan ini. Perpeluhan di kawasan ini sepatutnya meningkatkan lagi bau minyak wangi tersebut.

2. Semburan di baju untuk kekal lama

Selalunya kita dapati baju kekal wangi apabila pulang ke rumah. Ini kerana fabrik adalah perangkap terbaik untuk minyak wangi. Tip ini boleh dilakukan dengan syarat anda menggunakan minyak wangi dari jenis EDP. Bauan akan kekal melekat sepanjang hari. Jenis ini lebih pekat dan akan tahan dalam tempoh 4 – 6 jam.

3. Lembapkan kulit sebelum menggunakan minyak wangi

Kajian saintifik menunjukkan bau minyak wangi kekal lebih lama pada kulit berminyak, berbanding kulit kering. Oleh itu, jika anda mempunyai kulit kering, lembapkan dahulu dengan menggunakan pelembap yang tidak mempunyai bau sebelum menyembur minyak wangi, ia akan membantu bau wangian tahan lama.

4. Sembur, bukannya menggosok

Sangat tak digalakkan untuk menggosok minyak wangi kerana perbuatan mengosok boleh menghancurkan molekul wangian tersebut, lantas menyebabkan bau menjadi berbeza. Sebaliknya, hanya semburkan minyak wangi, kira-kira 15-25 cm daripada kulit kita. Semburan ringan akan menyebarkan bau yang sama rata pada badan.

Cubalah!

Published by
Ruziana Zainal