Mesti ramai yang menyembur minyak wangi di waktu pagi tetapi apabila menjelangnya tengah hari, kadang-kala tidak tidak sempat tengahari pun bauan itu mesti hilang.
Hampir setiap wanita mahupun lelaki sangat suka memakai minyak wangi. Pemakaian minyak wangi sedikit sebanyak boleh meningkatkan keyakinan diri serta menyerlahkan penampilan. Tapi, bagaimanakah caranya untuk membuat bau minyak wangi bertahan lebih lama? Terdapat beberapacara yang boleh mengekalkan aroma indah tersebut.
1. Semburan di Dada
Ini akan membuatkan minyak wangi kekal kerana tidak banyak gerakan dalam badan yang berlaku di kawasan ini. Perpeluhan di kawasan ini sepatutnya meningkatkan lagi bau minyak wangi tersebut.
Ads
2. Semburan di baju untuk kekal lama
Selalunya kita dapati baju kekal wangi apabila pulang ke rumah. Ini kerana fabrik adalah perangkap terbaik untuk minyak wangi. Tip ini boleh dilakukan dengan syarat anda menggunakan minyak wangi dari jenis EDP. Bauan akan kekal melekat sepanjang hari. Jenis ini lebih pekat dan akan tahan dalam tempoh 4 – 6 jam.
Ads
3. Lembapkan kulit sebelum menggunakan minyak wangi
Kajian saintifik menunjukkan bau minyak wangi kekal lebih lama pada kulit berminyak, berbanding kulit kering. Oleh itu, jika anda mempunyai kulit kering, lembapkan dahulu dengan menggunakan pelembap yang tidak mempunyai bau sebelum menyembur minyak wangi, ia akan membantu bau wangian tahan lama.
Ads
4. Sembur, bukannya menggosok
Sangat tak digalakkan untuk menggosok minyak wangi kerana perbuatan mengosok boleh menghancurkan molekul wangian tersebut, lantas menyebabkan bau menjadi berbeza. Sebaliknya, hanya semburkan minyak wangi, kira-kira 15-25 cm daripada kulit kita. Semburan ringan akan menyebarkan bau yang sama rata pada badan.
Cubalah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Impian menjadi kenyataan apabila Menteri Pertahanan Malaysia iaitu Mohamad Sabu telah mengaktifkan akaun Twitternya kira-kira 11 malam tadi. Belum cukup tempoh 24 jam lagi hampir 30k follower telah mengikuti Twitter beliau. Beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat yang sentiasa menyokongnya dalam apa jua keadaan. Memudahkan komunikasi dan mendekati rakyat merupakan tujuan utama beliau mencipta akaun Twitter ini.
Rata-rata rakyat menunjukkan rasa gembira dan tidak sabar untuk melihat tweet-tweet yang bakal diberikan oleh Menteri ini yang lebih dekat dengan panggilan Mat Sabu. Dalam pada masa yang sama, Faizal Tahir juga turut mengucapkan tahniah kepada Mat Sabu kerana merealisasikan impiannya untuk melihat Menteri itu punya akaun Twitter.
Sebagai lelaki, tidak kisahlah usia berapa sekali pun penampilan diri harus dijaga. Namun, terdapat beberapa kesalahan fesyen yang ramai lelaki lakukan sehingga membuatkan diri nampak ketinggalan zaman dan lebih tua dari usia sebenar.
Dalam dunia fesyen yang sentiasa berubah, penting bagi setiap lelaki untuk kekal relevan dan bergaya tanpa mengira usia.
Penampilan kita bukan sahaja mencerminkan personaliti tetapi juga memberi impak terhadap persepsi orang lain terhadap kita.
Ada beberapa kesalahan fesyen yang mungkin tidak disedari, tetapi jika dilakukan, ia boleh membuatkan anda kelihatan lebih tua dan ketinggalan zaman. Berikut adalah beberapa kesalahan utama yang perlu dielakkan:
Pakaian Tidak Sesuai Saiz Badan
Oversized atau Terlalu Ketat: Ramai lelaki cenderung memilih pakaian yang terlalu besar atau terlalu ketat, menganggap ia selesa atau mengikut trend.
Walau bagaimanapun, pakaian yang tidak sesuai dengan saiz badan anda boleh membuatkan anda kelihatan tidak kemas dan lebih tua. Pastikan setiap pakaian yang dipilih sesuai dengan bentuk badan anda untuk penampilan yang lebih rapi dan muda.
Gaya Rambut Lapuk
Gaya Rambut Ketinggalan Zaman: Gaya rambut yang tidak berubah sejak dekad lalu boleh memberikan impresi yang anda tidak peka terhadap trend semasa.
Rambut yang tidak dijaga juga boleh membuatkan anda kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Cuba gayakan rambut mengikut trend terkini atau pilih potongan yang sesuai dengan bentuk wajah untuk penampilan lebih segar.
Aksesori Berlebihan atau Ketinggalan Zaman
Terlalu Banyak Aksesori: Walaupun aksesori boleh menambah nilai pada penampilan, namun jika digunakan secara berlebihan, ia boleh memberikan kesan yang bertentangan.
Begitu juga dengan aksesori yang ketinggalan zaman, ia boleh membuatkan anda kelihatan tidak relevan dan lebih tua. Pilih aksesori yang sederhana dan moden untuk mengekalkan penampilan yang segar dan kemas.
Tak Jaga Kasut
Kasut Sudah Lusuh atau Tidak Mengikut Trend: Kasut adalah salah satu elemen penting dalam penampilan lelaki.
Memakai kasut yang lusuh atau gaya kasut yang ketinggalan zaman boleh merosakkan keseluruhan penampilan anda. Pastikan anda melabur dalam kasut yang berkualiti dan sesuai dengan gaya semasa.
Memakai Jean Yang Salah
Potongan Jean yang Salah: Seluar jean adalah item asas dalam almari pakaian lelaki, namun memilih potongan yang salah boleh menyebabkan penampilan yang kurang menarik.
Jeans dengan potongan lurus atau bootcut mungkin pernah popular, tetapi kini skinny atau slim fit lebih sesuai untuk penampilan yang moden dan muda.
Warna Tidak Sesuai
Warna Pudar atau Terlalu Cerah: Warna yang anda pilih untuk pakaian boleh memberi impak besar terhadap penampilan.
Warna pudar atau terlalu cerah boleh membuatkan anda kelihatan lebih tua atau tidak selari dengan trend semasa. Pilih warna yang lebih neutral dan gelap untuk mencipta ilusi penampilan yang lebih kemas dan elegan.
Corak Terlalu Berat atau Ketinggalan Zaman: Pakaian dengan corak yang terlalu berat atau ketinggalan zaman boleh menarik perhatian ke arah yang salah.
Untuk penampilan yang lebih segar dan moden, pilih corak yang minimalis dan tidak terlalu mencolok.
Tak Mengambil Kira Perincian Kecil
Butiran yang Terlepas Pandang: Perincian seperti memilih tali pinggang yang betul, padanan warna stokin dengan kasut, dan memastikan pakaian diseterika dengan kemas, boleh membuat perbezaan besar dalam penampilan anda.
Jangan abaikan perincian kecil ini kerana ia mencerminkan sejauh mana anda mengambil berat tentang penampilan diri.
Pada penghujung bulan hadapan temasya sukan terbesar di dunia, Sukan Olimpik bakal berlangsung di kota romantis, Paris. Kebanyakan negara yang mengambil bahagian telah giat mengetengahkan baju rasmi kontinjen masing-masing yang akan digayakan sepanjang temasaya tersebut.
Tidak ketinggalan kontinjem negara yang telah melancarkan baju rasmi Olimpik Paris 2024 semalam. Namun, hasil rekaan yang ditampilkan teruk dikecam oleh orang ramai di laman media sosial.
Menjenguk ke laman media sosial rasmi @olympicmas, rata-rata komen dari warganet melahirkan rasa kecewa mereka terhadap mutu rekaan yang dianggap seakan-akan memperlekehkan imej negara di persada antarabangsa.
LUAR BIDANG KUASA
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut tidak terlepas mendapat teguran daripada warganet. Namun jelasnya, pakaian rasmi kontinjen Malaysia adalah di bawah tanggungjawab Majlis Olimpik Malaysa (MOM).
“Ini merupakan hasil kerjasama antara Yonex dan Majlis Olimpik Malaysia dan ia di luar bidang kuasa KBS dan Majlis Sukan Negara (MNS),” jelasnya dalam satu kenyataan di laman media sosial.
Di antara teguran yang paling banyak MASKULIN perhatikan ialah rasa tidak puas hati terhadap warna Jalur Gemilang yang kelihatan tidak ditonjolkan dalam warna yang betul.
Bukan itu sahaja, malah ramai yang menyuarakan kenapa baju rasmi ini diperkenalkan pada patung atau mannequin. Sedangkan kita ada ramai atlet yang telah layak ke Olimpik boleh menjadi inspirasi menggayakan baju tersebut.
Malah warganet turut membandingkan bagaimana negara jiran terdekat, Thailand yang melancarkan baju rasmi mereka dengan cukup gah bersama atlet-atlet mereka.
Di ruangan komen hantaran Instagram Olympicmas, selebriti terkenal seperti Awal Ashaari turut memberikan teguran yang sini.
Jelasnya di ruangan komen, “We dress them in these and expect gold medals in return?”.
Selain Awal, pempengaruh dan pembikin kandungan digital populat, Azfarheri turut menyuarakan rasa tidak puas hati.
“Nak mengamuk ye!” jelasnya.
Pereka fesyen berpengaruh, Emran Rijal juga turut berkongsi luahan dan memberi sedikit teguran.
Jelasnya, “Please hire someone qualified for our national athletes. They’re our NATION’S IMAGE.”.
Melihatkan perkembangan sehingga hari ini masih ada belum ura-ura bahawa baju rasmi ini akan ditukar kepada rekaan yang lain. Bagaimana dengan pendapat anda?
Adakah teruk benar rekaan baju rasmi kontinjen Olimpik negara kita pada tahun ini atau ia boleh diterima?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.