Bau kereta yang busuk seperti hapak dan berkepam sememangnya boleh menimbulkan rasa kurang senang sewaktu memandu.
Lebih-lebih lagi kalau anda sering menggunakan kereta untuk membawa orang lain seperti teksi dan Grab termasuk kalau nak bawah kekasih atau bakal mak mertua.
Sehubungan itu, ini cara yang paling mudah yang boleh anda gunakan untuk menghilangkan bau hapak dan kepam tersebut :
1. Arang
Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah buang segala sampah yang ada dalam dalam kereta. Kemudian ambil arang, pecah-pecahkannya, masukkan ke dalam satu bekas yang tidak bertutup dan letakkannya di atas lantai.
Selain itu, anda juga boleh balutkan arang tersebut dengan tisu dan letak di tempat yang berbau hapak dan berkepam itu. Setelah beberapa hari, anda akan dapati bau kereta anda lebih neutral.
Ads
2. Baking soda
Sama seperti arang, buka penutup bekas baking soda dan letakkannya di atas lantai. Cara lainnya, tabur baking soda di tempat selama dua hingga tiga jam kemudian boleh cuci atau sedut baking soda tersebut dengan penyedut hampagas.
3. Serbuk kopi atau teh
Anda boleh guna serbuk kopi atau teh yang sedia ada dalam uncang. Jika tidak, balut serbuk kopi atau teh itu dengan kain dan letakkan dalam kereta. Pastikan guna serbuk yang original dan bukannya serbuk instant untuk membuat air.
Ads
4. Daun pandan
Kerat daun pandan dalam dua hingga tiga helai. Lalu ikat dan tinggalkannya di dalam kereta. Nak lagi cepat berkesan, hiris kecil-kecil dan masukkan dalam beg yang berlubang seperti yang diterima semasa kebanyakan kenduri kahwin. Digalakkan untuk anda ganti setiap dua hingga tiga minggu setiap kali daun pandan itu layu.
5. Lemon atau limau kasturi
Ads
Anda boleh perah lemon atau limau kasturi ini dekat tempat yang paling berbau. Nak nampak kemas, boleh buat bancuhan air leman atau limau kasturi ini dan masukkan dalam bekas penyembur. Kalau nak lagi berkesan, anda juga boleh campurkan lemon dengan cuka kerana kombinasi dua bahan ini boleh melawan kulat serta bau hapak.
6. Daun limau purut
Penggunaan daun limau purut ini anda boleh gunakan sama seperti daun pandan tadi. Boleh hiris kecil-kecil dan masukkan dalam beg yang berlubang kemudian gantung atau letak di lantai kenderaan anda.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seatbelt atau tali pinggang keledar merupakan ciri keselamatan penting dalam kereta sesebuah kenderaan. Namun, pernah tak anda terfikir yang seatbelt juga terdapat kegunaan lain selain daripada memakainya ketika memandu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mari kita ikuti perkongsian Alitmat Auto Garage menerusi video TikTok @altimatautogarage di bawah.
Dalam klip video yang dikongsi, seorang lelaki mendedahkan bahawa tali pinggang keselamatan tidak hanya berfungsi sebagai perlindungan keselamatan, tetapi juga mempunyai beberapa kegunaan lain yang mungkin tidak diketahui ramai.
Fungsi sebagai ‘Penarik’ Kereta:
Fungsi ini sangat berguna, terutamanya untuk pemandu wanita. Tali pinggang keselamatan boleh dijadikan alat untuk menolak kereta ke bahu jalan apabila mengalami kerosakan dan tiada siapa di sekitar untuk membantu. Caranya, tarik tali pinggang keselamatan sepenuhnya, keluarkan melalui pintu pemandu dan gunakan untuk menarik kereta. Pastikan brek tangan sudah dilepaskan dan gear kereta berada dalam keadaan neutral semasa melakukan tindakan ini.
Elak Beli Kereta Banjir:
Bagi mereka yang ingin membeli kereta terpakai, tip ini amat berharga. Cuma tarik tali pinggang keselamatan hingga habis dan perhatikan sama ada terdapat kesan lumpur pada tali tersebut. Kesan lumpur menunjukkan kemungkinan kereta itu pernah terlibat dalam banjir.
Memeriksa Tarikh Pengeluaran Kereta
Tahukah anda, tali pinggang keselamatan ini turut menyertakan tarikh pengeluaran? Anda boleh menyemak sama ada tarikh pengeluaran pada tali pinggang keselamatan adalah sama dengan yang terdapat pada bahagian bawah tempat duduk sebelah anda. Jika tidak sama, ini mungkin menandakan kereta itu pernah terlibat dalam kemalangan dan tali pinggangnya telah ditukar.
Kegunaan Kecemasan:
Dalam situasi kecemasan, seperti terperangkap dalam kenderaan atau kereta terjunam ke dalam air, tali pinggang keselamatan juga boleh berfungsi sebagai alat penyelamat. Hujung tali pinggang keselamatan yang dilengkapi dengan besi (bunker seatbelt) boleh digunakan untuk memecahkan cermin kereta bagi membolehkan penumpang keluar dengan segera.
Pengimport dan pengedar utama motosikal, Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. baru sahaja melancarkan dua model terbaharu iaitu Kawasaki Z250 ABS dan Z400 SE ABS.
Motosikal segmen ‘super naked’ ringan dengan casis inspirasi rekaan Sugomi model segmen Z ini bukan sahaja diadun daripada model Z650.
Malah rekaan yang ditampilkan begitu agresif dan maskulin serta tampak hebat jika meluncur menyusuri jalan raya di negara ini.
Kekuatan enjin
Model Z250 dikuasakan dengan enjin 249cc DOHC sejukan cecair silinder berkembar selari dengan kuasa 37 PS pada 12,500rpm dan 23Nm pada 10,000 rpm.
Manakala Z400 pula dilengkapi enjin 399cc DOHC sejukan cecair silinder berkembar selari menjana kuasa 45 PS pada 10,000 rpm dan tork 38Nm pada 8,000 rpm.
Persamaan rekaan
Dari segi persamaan rekaan pula, kedua-dua model dibina di atas kerangka trelis berketahanan tinggi dengan suspensi hadapan fork teleskopik.
Selain itu, kedua-dua model ini juga memiliki penyerap hentakan belakang jenis ‘gas-charged’ dengan ‘Bottom-Link Uni-Track’ serta larasan pra-beban.
Spesifikasi pelengkap
Lampu hadapan dan belakang LED, panel meter pelbagai fungsi dan rekaan tangki bahan api lebih tirus untuk keselesaan kepada penunggang antara pembaharuan bagi model ini.
Harga bawah RM30k
Bagi pasaran Malaysia, Kawasaki Z250 ABS dijual dengan harga RM21,988 dan Z400 SE ABS pada harga RM28,755 (atas jalan tanpa insurans).
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat peminat Kombi…ini berita baik buat anda. Model yang cukup sinonim dengan jenama Jerman dan zaman gypsie itu akan melakukan kemunculan semula pada 2022. Berita ini disahkan sendiri oleh Volkswagen (VW).
Model berkenaan yang dikenali dengan pelbagai nama di beberapa negara itu bakal menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. Model konsep minibas itu yang dikenali dengan nama I.D. Buzz didedahkan pada Concours d’Elegance di Pebble Beach, California.
I.D. Buzz berwarna kuning lemon dan kelabu itu masih mengaplikasi garisan badan dari Kombi. Pihak VW menjadikan ruang kabin lebih lapang berbanding sebelumnya dengan bumbung panorama besar untuk pencahayaan tambahan.
Walaupun masih di peringkat model konsep, model yang dipertontonkan berkenaan berfungsi sepenuhnya. Ia didatangkan dengan stereng berbentuk segi empat tepat yang boleh ditarik secara elektrik. Pengguna tekan sahaja logo VW di tengahnya untuk mengalihkan kedudukan. Selain itu, pada bahagian depan ia dipadankan dengan lampu LED seiring abad ke-21.
Ciri tersebut menjadikan I.D. Buzz bersedia untuk masa depan seiring dengan konsep zaman itu yang mana kereta akan memandu sendiri. Bahagian kerusi depan juga boleh berpusing 360 darjah bagi memudahkan penumpang berborak secara bersemuka ketika kenderaan bergerak.
Minibas empat pintu itu boleh dipandu sejauh 430 kilometer dengan kuasa bateri 369hp. Kapasiti bateri 111kwh itu boleh di cas 80 peratus hanya dalam tempoh 30 minit. Walaupun tiada spesifikasi penuh dikeluarkan, model itu akan menggunakan platform kenderaan elektrik MEB.
Model produksi yang bakal dikeluarkan pada 2022 itu menyasarkan pasaran Eropah, China dan Amerika Utara. Pihak VW menyasarkan untuk memiliki sekurang-kurangnya 30 unit kenderaan elektrik untuk dijual.
VIDEO
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tular baru-baru ini drama dari negara jiran bertajuk "Ipar Adalah Maut" yang membawa elemen drama, dan ketegangan dalam cerita yang penuh konflik kekeluargaan dan...