Bau kereta yang busuk seperti hapak dan berkepam sememangnya boleh menimbulkan rasa kurang senang sewaktu memandu.
Lebih-lebih lagi kalau anda sering menggunakan kereta untuk membawa orang lain seperti teksi dan Grab termasuk kalau nak bawah kekasih atau bakal mak mertua.
Sehubungan itu, ini cara yang paling mudah yang boleh anda gunakan untuk menghilangkan bau hapak dan kepam tersebut :
1. Arang
Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah buang segala sampah yang ada dalam dalam kereta. Kemudian ambil arang, pecah-pecahkannya, masukkan ke dalam satu bekas yang tidak bertutup dan letakkannya di atas lantai.
Selain itu, anda juga boleh balutkan arang tersebut dengan tisu dan letak di tempat yang berbau hapak dan berkepam itu. Setelah beberapa hari, anda akan dapati bau kereta anda lebih neutral.
2. Baking soda
Sama seperti arang, buka penutup bekas baking soda dan letakkannya di atas lantai. Cara lainnya, tabur baking soda di tempat selama dua hingga tiga jam kemudian boleh cuci atau sedut baking soda tersebut dengan penyedut hampagas.
3. Serbuk kopi atau teh
Anda boleh guna serbuk kopi atau teh yang sedia ada dalam uncang. Jika tidak, balut serbuk kopi atau teh itu dengan kain dan letakkan dalam kereta. Pastikan guna serbuk yang original dan bukannya serbuk instant untuk membuat air.
4. Daun pandan
Kerat daun pandan dalam dua hingga tiga helai. Lalu ikat dan tinggalkannya di dalam kereta. Nak lagi cepat berkesan, hiris kecil-kecil dan masukkan dalam beg yang berlubang seperti yang diterima semasa kebanyakan kenduri kahwin. Digalakkan untuk anda ganti setiap dua hingga tiga minggu setiap kali daun pandan itu layu.
5. Lemon atau limau kasturi
Anda boleh perah lemon atau limau kasturi ini dekat tempat yang paling berbau. Nak nampak kemas, boleh buat bancuhan air leman atau limau kasturi ini dan masukkan dalam bekas penyembur. Kalau nak lagi berkesan, anda juga boleh campurkan lemon dengan cuka kerana kombinasi dua bahan ini boleh melawan kulat serta bau hapak.
6. Daun limau purut
Penggunaan daun limau purut ini anda boleh gunakan sama seperti daun pandan tadi. Boleh hiris kecil-kecil dan masukkan dalam beg yang berlubang kemudian gantung atau letak di lantai kenderaan anda.
Semoga bermanfaat!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI