Masalah kaki berbau boleh membuatkan kita hilang keyakinan diri. Rasa malu untuk membuka kasut kerana bimbang kaki akan mengeluarkan bau yang busuk sehingga orang sekeliling menutup hidung.
Orang lelaki yang kebiasaannya memakai kasut bertutup sering mengalami masalah kaki berbau ini. Selain masalah peluh pada kaki, memakai stoking yang sama berulang kali juga boleh mengundang kaki berbau.
Bagi mengatasi masalah kaki berbau ini, anda boleh ikuti 10 tip mudah mengatasi masalah kaki berbau ini seperti yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman Facebooknya.
“Doktor, kaki dia busuk gila. Macam bau anjing laut mati!”
Nak tergelak aku dengar bapa budak ni punya ayat pasal masalah bau kaki anak dia. Tapi, lepas anak dia buka kasut, terus aku tak jadi gelak.
Memang bau macam a̶n̶j̶i̶n̶g̶ singa laut mati!
Kalau kau orang ada masalah kaki berbau macam ni, elok kau cuba 10 tips yang boleh kembalikan keyakinan diri kau orang!
⚠️Cuci Daki Kaki
Kaki berdaki adalah medium sesuai untuk bakteria dan kulat hidup. Semasa mandi, pastikan sental daki di kaki, terutamanya di celah jari.
Ads
⚠️Buang Cagu/Kematu
Cagu(cengkam), kematu(callosity) dan kulat air adalah antara sebab kaki berbau. Pastikan kaki anda bebas masalah ini. Kalau ada, jumpa doktor.
⚠️Potong Kuku Pendek
Kuku jari kaki yang panjang adalah tempat kotoran, daki dan bakteria berkampung (berkumpul). Jadi, pastikan kuku anda sentiasa pendek.
Ads
⚠️Pakai Stokin sesuai
Disarankan guna stokin kapas(cotton) atau bulu bebiri(wool) kerana ia beri pengudaraan dan menyerap peluh lebih baik berbanding nilon.
⚠️Tukar Stokin Setiap Hari
Stokin menyerap peluh dan menjadi lembap. Peluh itu busuk, dan medium sesuai untuk kulat dan bakteria tumbuh. Euwww!
⚠️Pakai Kasut Sesuai
Pakai kasut yang tidak ketat dan diperbuat daripada kulit atau kanvas, kerana ia beri pengudaraan yang baik berbanding material lain.
⚠️Elak Pakai Kasut Sama Setiap Hari
Beli 2 pasang kasut kerja/sekolah. Satu pakai, satu jemur. Selang seli. Kasut lembap galakkan pembiakan bakteria dan kulat. Cuci kasut setiap minggu.
Ads
⚠️Pakai Ubat Anti-Perspiran
Di farmasi, boleh beli sabun, spray, talkum atau rendaman untuk kurangkan perpeluhan di kaki. Spray kasut dengan ubat anti-bakteria dan kulat.
⚠️Elak Kongsi Stokin atau Kasut
Pelajar di asrama selalu kongsi(baca: rembat) stokin dan kasut kawan. Kalau kawan tu kakinya ada kulat atau bakteria, berkongsi sekalilah. Pakej.
⚠️Petua Orang Lama
Boleh cuba rendam kaki dalam air garam, air lemon, kopi atau teh, KECUALI jika ada kencing manis atau masalah saraf (kebas/lumpuh) kaki.
Apa lagi? Pergi tag kawan-kawan kau orang yang kaki dia bau semerbak.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Unit Edukasi Medtweetmy
Nota Kesihatan Dr Kamarul di t.me/NotaDrKamarul
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Atasi kulit wajah berminyak dengan beberapa pengenalpastian punca dan faktor yang menjadi penyumbang utama kepada masalah kulit berjerawat ini.
Memicit jerawat
Lahiriahnya ramai daripada kita sememangnya gemar memicit jerawat kala ia tumbuh pada wajah. Tabiat memicit jerawat dengan menggunakan jari mahu pun kuku adalah tidak digalakkan kerana kondisi jari dan kuku yang sering kali terdedah kepada bakteria. Lebih teruk lagi apabila ia mampu meninggalkan kesan dan parut pada wajah apabila ia pulih. Oleh yang demikian, saranan untuk menggunakan krim jerawat adalah lebih baik kerana dapat kan secara perlahan dan selamat.
Kerap kali membersihkan wajah
Tidak salah sekiranya menjadikan tabiat kerap mencuci wajah sebagai amalan. Namun, cuci muka dengan air adalah lebih baik berbanding dengan menggunakan pembersih muka atau ‘cleanser’ secara kerap. Hal ini kerana akan menjadikan kulit wajah semakin berminyak dan berjerawat. Bersihkan wajah dengan menggunakan ‘cleanser’ hanya dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan sebelum waktu tidur.
Produk base minyak
Pemilihan produk yang berasaskan minyak juga menjadi penyumbang kepada masalah kulit wajah berminyak. Tambahan lagi, produk yang berminyak akan menyebabkan jerawat di wajah akan sukar untuk sembuh. Oleh yang demikian pilih produk yang mengandungi rumusan berasaskan air dan mineral supaya kulit akan kelihatan lebih segar dan terhindar daripada kilauan minyak.
Bakteria akibat berpeluh
Lelaki sering kali tidak terlepas daripada berpeluh kerana tahap keaktifan yang lebih tinggi dalam menjalani rutin seharian. Oleh itu, penyerapan peluh yang mungkin mengandungi bakteria ke dalam kulit mampu memberi kesan kepada kulit anda. Maka, jangan berlengah untuk membersihkan peluh sebelum ia kering seperti mencuci wajah atau terus mandi agar kulit anda tampak sentiasa segar.
Kesan syampu
Ramai di antara lelaki mengalami masalah kulit berminyak di bahagian dahi. Tahukah anda bahawa krim syampu yang terkena di bahagian kulit wajah tatkala merapikan syampu di kepala boleh menyebabkan kulit berminyak dan berjerawat. Hal ini adalah kerana, kebanyakan syampu di pasaran mengandungi bahan pelembap dan berminyak untuk melembutkan rambut. Oleh yang demikian, pastikan buih syampu tidak melepasi kanvas wajah tatkala menggunakannya.
Faktor pemakanan
Pengambilan makanan berminyak secara kerap sebenarnya menjadi penyumbang utama kepada masalah kulit berminyak. Amalkan diet dan pemakanan yang lebih neutral dan terhindar daripada minyak seperti makanan yang direbus, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mesti stres kalau setiap kali sikat rambut, tengok rambut gugur. Rasa jeles tengok orang lain ada rambut yang sihat dan lebat. Kalau dibiarkan rambut gugur ni, silap-silap rambut boleh jadi makin nipis dan botak.
Jika sebelum ini anda telah mencuba pelbagai cara untuk mengurangkan rambut gugur tapi masih tidak berjaya, apa kata cuba petua yang dikongsikan Aisyah Badar Bajrai ini.
Tidak salah kita nak berikhtiar, mana tahu bahan ini dapat mengatasi masalah rambut gugur anda. Paling penting, hanya guna satu bahan sahaja!
Hari ni Aisyah nak share tips paling best untuk rambut gugur. Masa memula nak try tips ni, Aisyah macam tak bape nak yakin. Ye laa, simple naa tips ni. Tambah satu bahan jek kat shampoo rambut boleh kurang gugur.
Sekali bila try, ehhh serious laa rambut memang kurang gugur. Dah la kurang gugur, pastu Aisyah perasan rambut lagi lembut plus bersinar gituu.
Ehh, Aisyah tak de guna bahan pepelik pun tau. Cuma tambah aloe vera gel jek kat shampoo rambut. Korang picit jek sikit aloe vera gel pastu gaul rata rata dengan shampoo rambut korang masa nak mandi tu.
Nanti lepas korang basuh rambut, korang perasan rambut rasa ringan dengan lembut. Perghh, masa tu memang korang fefeling rambut macam model iklan pantene kat tv tu haa.
Kalau korang nak tau, aloe vera ni ada vitamin C dan E, sebab tu bila pakai kat rambut, rambut kita lembut jek. Kalau ada masalah kelemumur pun bagus guna tips ni tau. Sebab aloe vera ni akan merawat kulit kepala kita supaya bersih dan sihat.
Jadi pasni siapa yang ada masalah rambut gugur ke kelemumur, boleh la try campurkan aloe vera gel dengan shampoo korang.
Alaa, beli jek brand apa apa. Aisyah memang suka brand guardian sebab harga dia murah pastu kesan dia memang best. Kalau korang kaki jimat cam Aisyah, beli brand guardian jek okey.?
Jangan lupa #share tips ni supaya dapat tolong kengkawan kita yang rambut selalu gugur. Pastu jangan lupe follow Aisyah Badar Bajrai untuk tips jimat yang lain tau.☺️
Tidak dinafikan selepas bersenam kita akan mengeluarkan peluh dengan cukup banyak. Apatah lagi jika rutin senaman yang dilakukan merupakan jenis senaman yang berintensiti tinggi.
Selepas habis bersenam apakah perkara yang anda lakukan? Mungkin majoriti di antara anda lebih suka untuk berehat dulu sambil membiarkan diri berpeluh sampai habis. Ada juga yang terus pergi manda dan tidak kurang juga sambung lakukan aktiviti lain.
Tahukah anda bahawa bakteria dan fungus boleh datang bila-bila masa sahaja dan kedua-dua musuh kulit ini sangatlah gemar kepada kawasan lembab. Begitu juga dengan bahagian pada badan anda! Salah satu ancaman buat kulit lelaki di kawasan badan dan juga wajah ialah masalah panau.
Dari segi definisi perubatan panau merupakan jangkitan berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh kulat jenis dikenali sebagai ‘Malassezia’. Ia biasanya ditemui pada bahagian kulit di mana terdapat banyak penghasilan sebum (minyak) seperti bahagian dada, belakang badan, muka dan kulit kepala.
Kulat jenis Malassezia furfur ini adalah sebahagian daripada flora kulit yang normal dan hanya menyebabkan jangkitan dalam keadaan-keadaan yang tertentu.
Jadi amat penting apabila berpelubh sakan selepas bersenam untuk anda jaga kebersihan diri sebaiknya. Ikuti tip bagaimana nak jaga kebersihan kulit selepas melakukan senaman di gimnasium.
PRODUK KULIT SESUAI
Tahukah anda bahawa produk kulit yang anda guna setiap hari mempunyai dua fungsi utama? Pertama membantu untuk membersihkan kotoran dan kedua memberikan perlindungan. Begitu juga produk yang anda gunakan untuk bersihkan diri selepas bersenam di gym. Gunakan produk yang sesuai dengan jenis kulit anda. Kalau tersilap produk ia boleh menyebabkan berlakunya alahan dan juga masalah jerawat lebih teruk.
MANDI SELEPAS BERSENAM
Ada sebab mengapa kebanyakan gym menyediakan ruang mandi di dalam bilik air. Mandi selepas bersenam bukan sahaja boleh mengembalikan kesegaran badan malah boleh membuang segala kotoran, minyak, kulit mati dan menyingkirkan pelbagai bakteria dari badan.
GUNA BODY WIPES
Jika anda tak selesa untuk mandi di gym, anda boleh membersihkan wajah dan badan dengan menggunakan body wipes. Jika anda biarkan peluh kering sendiri ia boleh menyebabkan bakteria masuk kepada pori-pori lantas menyebabkan masalah kulit seperti jerawat badan, panau dan sebagainya.
SENTIASA GUNA TUALA BERSIH
Anda sendiri sudah tahu bahawa bakteria dan fungus amat suka kawasan lembap. Jadi bayangkan tuala anda yang basah dan dibiar begitu sahaja. Disebabkan itulah anda harus pastikan tuala yang digunakan di gym juga sentiasa bersih. Menggunakan tuala yang kerap digunakan hanya memburukkan kesihatan kulit anda.
TUALA BERBEZA UNTUK FUNGSI BERBEZA
Lain tuala lain fungsinya Sebolehnya asingkan jenis tuala turutamanya untuk wajah dan badan. Menggunakan tuala berbeza boleh membantu kulit anda bebas dari sebarang penyebaran bakteria ke bahagian kukit sensitif.
BERSIHKAN PERALATAN GYM
Sebelum menggunakan mana-mana perlatan gym sebaiknya anda bersihkannya terlebih dahalu. Pihak gym kebiasaannya akan sentiasa memastikan kebersihan perlatan senaman namun sebagai langkah lebih selamat anda boleh bersihkan sendiri. Sebagai contoh jika anda nak guna dumbbell lebih elok bersihkan dahulu pemegangnya dengan kain atau tisu basah.
JANGAN BERKAKI AYAM
Kadangkala bila berada di bilik persalinan dan juga bilik air ramai yang kononnya lebih selesa berkaki ayam. Cara terbaik mengelakkan fungus melekat pada kaki daripada lantai kotor ialah dengan memakai selipar. Menyentuh kulit kepada lantai secara terus boleh meningkatkan risiko jangkitan penyakit kulit berjangkit.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat untuk anda. Jangan lupa untuk subsribe channel Telegram MASKULIN untuk update paling terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.