Bau badan adalah elemen yang sangat penting apabila berada dekat dengan orang ramai terutamanya perempuan.
Ini kerana bau badan lelaki boleh menimbulkan aura yang mampu membuatkan perempuan jadi ghairah dan ‘turn on’.
Tetapi jika lelaki gagal menjaga perkara asas itu, tidak pasal-pasal perempuan boleh ‘turn off’ kerana anda mungkin tidak begitu cakna tentang :
Ads
Penyebab bau badan
1. Masalah pencernaan
Bahan buangan yang terkumpul menghasilkan toksin. Sekiranya sistem pencernaan tidak berfungsi dengan baik, peluh akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Ads
2. Corak pemakanan
Terlalu banyak minum minuman berkafeina dan makan makanan berempah berpotensi menghasilkan bau badan terutama di bahagian ketiak, celah kangkang, lipatan lutut dan jari kaki.
Ads
3. Tidak jaga kebersihan
Mandi tidak bersabun malah kadang-kala hanya mandi sekali dalam sehari, tidak menggunakan produk anti perspiran, memakai pakaian yang sama untuk dua hingga tiga hari antara punya bau badan.
Cara atasi masalah badan berbau
Ketika mandi, pastikan anda membersihkan bahagian yang senang berlaku pembiakan bakteria seperti di celah kelangkang, ketiak dan celah jari kaki. Gunakan sabun atau gel mandi antibakteria. Selepas mandi, sapu pelembap untuk kekalkan bau badan yang wangi.
Sebelum melangkah keluar dari rumah, tentukan anda sudah pun menyembur atau menyapu deodoran yang mengandungi antiperspiran agar mengurangkan penghasilan peluh sekali gus menghalang bau badan yang dihasilkan bakteria.
Bersama-sama dengan deodoran, anda semburkan juga pewangi kegemaran mengikut aktiviti yang dilakukan pada hari tertentu. Jika anda bersukan, pilih pewangi yang menyegarkan. Sekiranya anda hadiri majlis tertentu pada waktu malam, pilih pewangi yang lebih keras serta pekat baunya.
Kawal pemakanan anda sehari-hari. Elak makanan yang berempah, mengandungi banyak bawang putih dan kurangkan minum minuman berkafeina. Seelok-eloknya minum lebih banyak air masak. Bukan sahaja mengekalkan lembapan tetapi turut menjaga kulit anda.
Setampan mana pun seseorang lelaki tetapi dia tidak menjaga penampilan diri, ketampanan itu pasti tidak dipandang wanita. Sama seperti lelaki, seseorang wanita akan tertarik dengan lelaki yang pembersih dan tahu menjaga penampilan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
9 Mei 2018. Ia merupakan tarikh bersejarah setelah pemerintahan selama 60 tahun Barisan Nasional sebagai parti pemerintah negara.
Bagi rakyat Malaysia yang telah mengikuti Pilihan Raya ke-14 dari awal hingga akhir, mereka semua boleh bersetuju bahawa permainan media bermain dengan emosi ibarat menaiki rollercoaster. Terdapat banyak drama dan momen di sosial media rakyat Malaysia ketika sedang menunggu dengan cemas di hadapan skrin TV untuk keputusan kebarangkalian pilihan raya umum yang paling besar dalam sejarah negara. Walau bagaimanapun, perjalanan emosi rollercoaster tidak berakhir pada 9 Mei kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menaikkan kemarahan rakyat kerana kelewatan mereka mengumumkan keputusannya.
Tidak sampai pukul 5 pagi Khamis bahawa SPR akhirnya mengumumkan bahawa Pakatan Harapan telah memenangi kerusi yang cukup untuk diisytiharkan sebagai parti yang menang dan membentuk kerajaan persekutuan yang akan datang. Jadi, bagaimanakah Netizens kreatif negara ini mengisi masa lapang mereka sementara meninggu keputusan? Mestilah troll sesame sendiri kan? Ini antaranya:
Untuk peminat muzik Korea anda pasti kenali jejaka yang bernama Lee Changmin. Lelaki ini debut di bawah label JYP yang juga merupakan Syarikat kumpulan wanita Wonder Girls. Dalam sebuah rancangan televisyen di Korea Selatan, Changmin telah memberitahu pengacara dan artis jemputan yang lain berkenaan berat badannya sebelum beliau menjadi seorang artis. Pada ketika itu berat beliau hampir mencecah 120kg. Bila bertanya berapa lama beliau mengambil masa untuk turunkan berat badan, jawapannya adalah 30kg dalam masa 6 minggu! Menarik kan?
“ketika itu JYP(Syarikat muzik) tidak mahu ambil saya kerana fizikal saya yang kurang menarik. Mereka berkata jika saya mahu menyertai Syarikat tersebut, saya harus menurunkan berat badan, walaupun saya ada bakat dalam nyanyian.”
Walaupun kecewa selepas di tolak sebegitu, namun ia tidak mematahkan semangat Changmin dalam menurunkan berat badan. Kerana kekangan masa, beliau hanya mempunyai 3 minggu untuk kuruskan badan.
Pada awalnya beliau akui yang beliau mahu melupakan niat untuk menjadi penyanyi dan berpindah pada bidang lain, namun dia berasa bakal yang beliau miliki akan menjadi sia-sia hanya kerana beliau gemuk.
Dan hasilnya tentulah hari ini seperti yang anda lihat di dada-dada akhbar betapa sado dan berketaknya tubuh badan dari penyanyi bersuara lunak ini.Semangat dan sifat Changmin yang kita mahukan. Berputus asa merupakan jalan terakhir untuknya. Kerana itu hari ini beliau berjaya dalam bidang yang beliau ceburi.
Pemakanan yang seimbang saja bukan jalan untuk anda menurunkan berat badan, namun semangat dan disiplin juga merupakan perkara utama untuk anda capai bentuk badan yang cantik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bukan senang ingin berjaya di dalam dunia perniagaan tambahan lagi di usia muda!
Namun, pengasas jenama Bulan Bintang ini membuktikan usia bukan penghalang untuk kita berjaya dalam perniagaan dan apa yang kita ceburi. Tujuh tahun mengusahakan perniagaan berasaskan Kurta baju Melayu, jenama Bulan Bintang kini boleh dianggap sebagai antara jenama pilihan pembeli setiap kali tibanya musim perayaan Aidilfitri dan Aidiladha.
Individu yang bertanggungjawab membina jenama tersebut sehingga ke tahap ini tidak lain tidak bukan ialah Azzim Zahid Azmi. Pada usia 25 tahun, ‘otak bisnes’ yang dimiliki olehnya telah memberikan pelbagai bentuk motivasi kepada remaja sebaya mahupun yang lebih muda untuk memulakan langkah pertama dalam dunia perniagaan.
Menjengah dengan lebih dekat kisah kejayaan pengasas tersebut, REMAJA senaraikan lima fakta menarik yang boleh sama-sama kita jadikan sebagai inspirasi untuk mengejar impian. Tiada apa yang mustahil guys.
01
Perniagaan Bulan Bintang bermula sewaktu Azzim ingin mengerjakan ibadah Umrah bersama ibunya dan dia mencari baju ‘paling Islamik’ yang selesa dipakai di tanah suci. Azzim menyasarkan untuk mencari Kurta, namun sukar untuknya mendapatkan Kurta dengan rekaan minimal dan ‘kosong’. Azzim akhirnya berjaya mendapatkan apa yang dihendaki dan bernasib baik kerana Kurta tersebut dikhabarkan sudah habis terjual.
Sekembali daripada ibadah Umrah dan menamatkan persekolahan, Azzim terfikir ada pasaran luas untuknya memperkenalkan rekaan Kurta minimal sebegini.
Azzim membeli beberapa gulung kain dan dia menaip, “Kilang Jahit Pukal” atau tanda pagar “#JahitPukalMurah” di kotak carian Instagram untuk mencari siapakah yang boleh merealisasikan rekaan Kurtanya itu. Selepas menemui pekerja warga Bangladesh yang boleh menjahit, dia menyiapkan 200 ke 300 helai Kurta. Bermula dengan jumlah sedikit, ia mula melipat kali ganda memasuki angka ribuan helai.
Pempengaruh, Luqman Podolski merupakan model pertama untuk kempen Bulan Bintang pada tahun 2016.
03
Ternyata pengalaman mengajar seseorang individu. Pada tahun pertama memulakan perniagaan Bulan Bintang, Azzim yang dahulunya hanya berpengalaman menjual baju T nyata belum lagi memahami selok-belok perniagaan musim perayaan. Sewaktu Ramadan, memang ramai yang menyerbu gerainya dan Azzim gigih menambah stok. Namun sesudah tamat Raya, dengan permintaan yang telah berkurangan; Azzim tersedar koleksinya itu ‘bermusim’. Dengan sejumlah stok tidak terjual, dia mengambil keputusan menghabiskan dua tahun berikutnya untuk fokus kepada pengajian di peringkat degree dahulu.
04
Hanya pada tiga tahun pengajian, Azzim menemui motivasi untuk menghidupkan semula Bulan Bintang. Kali ini, dia mencuba pasaran baju Melayu pula. Kali ini kehendak rekaannya juga berbeza dengan apa yang ditawarkan oleh pasaran. Di kala ramai peniaga memperkenalkan Baju Melayu ‘slim fit’ yang melekap pada badan, Azzim inginkan baju Melayu yang sedikit longgar, tanpa logo terpampang pada baju dan paling utama, cantik. ‘Tailored-fit’ gelarnya. Sebelum Ramadan berakhir, stoknya itu habis terjual. Sekali lagi, firasat perniagaan Azzim mengena.
Pelakon, Syukri Yahya setia bersama bulan Bintang setiap kali tibanya musim Aidilfitri. Foto : Facebook Azzim Zahid
Daripada 3000 helai yang disediakan pada 2019, ia meningkat kepada 10,000 stok pada tahun 2020. Azzim memperkenalkan konsep ‘Next Day Delivery’ oleh Bulan Bintang di Lembah Klang untuk menyelesaikan isu penghantaran pada musim pandemik. Janji Bulan Bintang, “Order Hari Ini, Esok Sampai,” dan ia merupakan strategi yang membantu meletakkan jenama tersebut di hadapan jenama-jenama lain.
Nadhir Nasar menjadi model terbaru yang menyertai ‘keluarga’ Bulan Bintang untuk kempen Raya 2022.
05
Azzim tidak lagi menoleh ke belakang. Pada tahun lalu, jenama itu telah menyediakan puluhan ribu stok baju Melayu di samping memperkenalkan semula koleksi Kurta asalnya dengan rekaan serta kualiti yang lebih baik.
Sambil menyifatkan orang muda di luar sana harus memulakan langkah perniagaan pada usia muda, Azzim merasakan ramai yang stuck pada ‘fasa angan-angan’ kerana gerun melihat usahawan senior yang sudah jauh ke hadapan. Baginya, seseorang harus melihat pada keupayaan masing-masing dan ingat, mana-mana usahawan perlu bermula dari bawah.
Azzim baru-baru ini bertemu Menteri Kewangan, Tengku Zafrul untuk menyerahkan Baju Melayu keluaran Bulan Bintang di Putrajaya. Foto : Facebook Azzim Zahid
Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.