Ramai antara kita sering mengaitkan bau badan dengan kebersihan diri yang tidak dijaga rapi.
Tapi kalau dah mandi 3 kali satu hari pun badan tetap berbau kenapa ya? Perkara pertama yang kamu perlu ketahui ialah setiap orang mempunyai bau badan yang khas masing-masing. Tapi kenapa badan boleh berbau
Yang nyata jika tidak mandi, bersihkan badan dan menggunakan produk seperti sabun, deodoran atau pewangi masalah itu pasti akan muncul. Tapi ada juga orang yang lakukan semua itu tetap berdepan masalah ini. Bagaimana ia boleh berlaku?
Jom ikuti 7 fakta tentang bau badan yang harus kamu tahu.
1. Badan ada dua kelenjar berbeza
Setiap orang pasti akan berpeluh. Dan kelenjar peluh mempunyai dua jenis berbeza iaitu ekrin dan apokrin. Kelenjar ekrin terdapat di seluruh tubuh badan dan ia bertanggungjawab mengeluarkan peluh untuk menyejukkan badan. Manakala kelenjar apokrin pula berada di kawasan yang memiliki folikel rambut yang banyak seperti kulit kepala, ketiak dan errrr… sebagainya. Cairan yang dihasilkan kelenjar ini lebih bersifat lemak dan disebabkan itu ia cenderung untuk berbau.
2. Rambut boleh mengeluarkan bau
Sebenarnya bukan peluh yang keluar daripada kelenjar apokrin yang menyebabkan rambut berbau. Tetapi bakteria yang tertarik kepada bau dan peluh tersebut. Bakteria ini bertindak memecah lemak di kelenjar apokrin lalu menyebabkan keluarlah bau yang busuk. Semakin lebat rambut di kawasan itu semakin banyak bakteria dan semakin busuklah rambutnya.
Ads
3. Deodoran penyelamat ketiak
Remaja ingin tegaskan di sini; kepada remaja di luar sana terutama yang berada di sekolah menengah, sila gunakan deodoran. Kamu bukan lagi kanak-kanak dan seiring dengan perkembangan tubuh kamu yang mengalami perubahan akil baligh. Deodoran ialah ‘pertahanan utama’ untuk melawan bau ketiak yang busuk. Kandungan bahan yang terdapat di dalam deodoran mampu menghentikan peluh keluar akibat aktiviti berlebihan.
4. Jalani terapi medik
Untuk kes yang lebih ekstrim di mana bila menggunakan deodoran pun tidak berkesan rujuklah dengan doktor di hospital. Buangkan rasa malu. Terdapat prosedur injeksi botox yang mampu membantu terutamanya kepada orang yang berpeluh dengan banyak.
5. Pengaruh makanan
Tahukah kamu bahawa badan kita akan mengeluarkan bau jika memakan makanan tertentu. Contohnya bawang putih dan makanan berbau tajam. Ia merupakan pemacu klasik yang boleh membuatkan bau badan semakin teruk.
Ads
6. Jangan lakukan secara berlebihan
Menggunakan sabun akti bakteria untuk membersihkan ketiak adalah perkara yang dibolehkan. Namun jangan buat secara berlebihan kerana ia mampu membuatkan kulit menjadi kering. Penggunaan produk mengandungi alkohol juga akan menyebabkan kulit menjadi kering lalu membuatkan badan semakin berpeluh.
7. Akibat stres
Faktor stres juga boleh membuatkan badan kita berpeluh dengan banyak. Jika kamu seorang yang selalu stres dapatkanlah bantuan bagaimana untuk meringankannya. Nanti bukan sahaja jiwa kacau tapi badan pun bau boleh buat orang lain lagi jiwa kacau.
Cuba lakukan 8 perkara ini!
Ads
1. Mandi sekurang-kurangnya sekali sehari – Lebih kerap jika anda berpeluh banyak.
2. Gunakan sabun anti-bakteria – Ini akan membantu menjaga bakteria yang akan mengawal bau.
3. Kering sendiri dengan teliti – Beri perhatian khusus kepada kulit antara jari kaki dan kawasan-kawasan di mana anda berpeluh banyak. Apabila kulit kering, ia lebih sukar untuk bakteria membiak.
4. Mencukur ketiak anda secara berkala – Ini akan membantu menghalang bakteria daripada membina di atas sana.
5. Gunakan deodoran atau antiperspirant– Deodoran adalah berasaskan alkohol dan menutup bau yang disebabkan oleh bakteria. Antiperspirants mengandungi bahan kimia berasaskan aluminium yang boleh mengurangkan peluh.
6. Pakai pakaian yang dibuat dengan gentian asli – Seperti kapas, bulu, sutera, pastikan kulit anda bernafas. Cuba pakai pakaian daripada kain yang berkualiti.
7. Kerap basuh pakaian setiap kali menggunakannya – Terutamanya pakaian senaman anda ataupun ketika cuaca panas, anda cenderung untuk berpeluh, jadi tukar pakaian lebih kerap.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, budaya vape semakin meningkat naik sehinggakan golongan muda termasuk wanita tanpa segan silu vape di hadapan khalayak ramai kerana menyangka menghisap rokok elektronik itu tidaklah bahaya.
Malah, industri vape terus berkembang saban tahun dengan menjana berbilion ringgit.
Namun, penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan masyarakat terutama kanak-kanak dan remaja kain membimbangkan.
Terbaru, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kini menyarankan supaya penggunaan rokok elektronik atau turut dikenali ramai sebagai vape untuk diharamkan sepenuhnya. Ia turut ditekankan yang mana rokok elektronik merosakkan kesihatan, selain menjadi antara punca utama golongan muda terjebak dalam ketagihan dadah.
Untuk makluman, mengikut agama Islam, JAKIM sedia berkongsi mengatakan hukum penggunaan rokok elektronik adalah haram. Disamping itu, sejumlah lokasi juga mengharamkan penggunaan rokok elektronik di Malaysia.
Sultan Pahang bertitah akan menyuarakan berkenaan pengharaman penggunaan rokok elektronik atau vape secara sepenuhnya ini kepada kerajaan.
Gastrik antara masalah sangat lazim ketika bulan puasa ini.
Secara umumnya penyakit ini boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).
Biasanya apabila ada individu berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama, iaitu gastritis. Jika ada yang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut.
Namun, jangan jadikan alasan untuk tidak berpuasa disebabkan gastrik kerana ada cara yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan serangan ketika berpuasa.
Menurut Public Health Malaysia, dalam Islam memang Rasulullah SAW sudah mengajar cara untuk mengelakkannya dan Sains telah membuktikan beberapa teknik ini boleh membantu menghadapi gastrik sewaktu Ramadan.
Berikut antara tip yang boleh diikuti:
• Jangan terlebih makan ketika berbuka
• Jangan makan 3-4 jam sebelum tidur. Kurangkan moreh
• Jangan terus tidur selepas bersahur
• Lewatkan sahur, segerakan berbuka
• Minum air putih, air buah yang kurang berasid antara berbuka dan sahur
• Minum susu satu gelas sewaktu sahur
• Buang tabiat merokok
• Makan sedikit + kurma waktu berbuka
Elak makan makanan berikut:
• Berminyak: Gorengan
• Berasid: Limau dan lain-lain
• Makanan terlalu pedas
• Makan proses/tin
• Tinggi gula
• Kafein – kopi/teh
Makan makanan berikut:
• Kurma
• Kacang badam
• Pisang
• Makanan yang dipanggang
Ingat tu, jangan jadikan gastrik sebagai alasan tak mahu puasa tau. Apa yang penting, anda cuba amalkan tip yang dikongsikan ini dan jaga pemakanan sewaktu berpuasa okay?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kepala botak tengah menjadi masalah yang sering berlaku apabila berusia. Ramai golongan lelaki sebolehnya cuba elak untuk botak tengah, namun ia tetap terjadi dan masih ramai tidak tahu apa punca sebenarnya.
Namun anda boleh elak perkara ini berlaku jika sentiasa menjaga rambut dan amalkan gaya hidup, pemakanan dan tidak berdepan stres melampau.
Ini 5 sebab utama mengapa fenomena ‘botak tengah’ ini boleh berlaku kepada seorang lelaki.
Bahan Kimia Berlebihan
Menggunakan bahan kimia pada rambut juga merupakan salah satu faktor yang melambatkan pertumbuhan rambut. Melakukan bleaching, rebonding, mengerintingkan rambut atau kerap menggayakan rambut boleh menyebabkan rambut rosak dan ‘mati’.
Tekanan
Gangguan emosi merupakan salah faktor terbesar untuk memiliki rambut yang tidak berkualiti. Menderita akibat stress boleh menyebabkan rambut anda gugur dengan sangat cepat.
Antara faktor lain yang menyumbang kepada permasalahan ini adalah kekurangan nutrisi. Mengamalkan diet yang tidak seimbang akan menghancurkan folikel (akar) rambut sehingga menyebabkan rambut sukar untuk tumbuh.
Pengambilan Ubat
Pengambilan ubat-ubatan secara tak langsung akan memberikan kesan kepada kulit kepala dan juga rambut.
Tak Cukup Tidur
Kurang tidur juga boleh menjadi punca rambut lambat panjang. Sebaiknya anda perlu tidur antara 7 ke 8 jam setap hari bagi menjana sel-sel rambut ketika anda tidur ini kerana ketika itu tubuh dan otak anda seTidur yang mencukupi, antara 7 ke 8 jam dalam sehari mampu menjana sel-sel rambut ketika anda tidur kerana ketika itu tubuh dan otak anda sedang berehat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.