Bayangkan anda sedang memandu menggunakan Waze ke destinasi hendak dituju. Tiba-tiba telefon anda mati disebabkan bateri smartphone telah habis dan perlu dicas. Masalahnya anda tidak bawa charger!
MASKULIN yakin anda pernah berdepan situasi hampir sama seperti di atas. Masalah bateri telefon kering ini bukan sahaja melecehkan tapi boleh membuatkan aktviti dan kerja harian tergendala.
Kita cukup bertuah kerana pada masa kini pengeluar telefon pintar menghasilkan peranti yang mampu bertahan lama. Namun satu perkara yang pasti, prestasi bateri akan merosot dari semasa ke semasa.
Walaupun begitu terdapat juga beberapa faktor mengapa bateri telefon boleh kering dengan lebih cepat dari biasa. Dajn inilah yang mungkin memeningkan anda. Menukar bateri itu jalan paling pantas dan juga menelan belanja.
Sebelum menukar bateri, sekurang-kurangnya anda juga ingin tahu mengapa bateri telefon pintar boleh ‘kering’ dengan cepat.
Namun terlebih dahulu anda harus tahu bagaimana untuk memeriksa penggunaan semasa bateri anda.
Jika anda sudah periksa dan perasan bahawa bateri cepat sangat habis ketahuilah terdapat beberapa sebab utama menyebabkan ia berlaku.
Ini dianggap sebagai penyumbang utama bateri jadi habis dengan cepat. Penggunaan skrin paparan bercahaya dalam tempoh masa panjang boleh menyebabkan bateri lebih cepat habis. Terdapart beberapa penyelesaian untuk masalah ini:
Semakin hari semakin banyak aplikasi atau apps yang kita gunakan dalam kehidupan seharian. Namun terdapat beberapa jenis apps yang sifatnya ‘memakan’ bateri lebih tinggi berbanding yang lain. Antaranya aplikasi penstiman video atau permainan video yang tampil dengan kualiti grafik tinggi.
Telefon pintar anda sifatnya akan sentiasa mencari sambungan Internet sepanjang masa. Apabila anda berada di kawasan dengan liputan kurang memuaskan, telefon akan bekerja dengan lebih keras untuk mencari sambungan Internet. Jadi bateri akan kering dengan lebih cepat.
Sambungan telefon anda ke pelbagai rangkaian seperti GPS, Bluetooth dan juga Wi-Fi juga boleh memberi kesan terhadap bateri kering dengan lebih cepat. Mungkin anda boleh letakkan pada tetapan ‘off’ buat sementara jika tidak menggunakannya.
Jika anda ingin mencari telefon pintar pada harga istimewa, boleh dapatkannya di sini!