Buat permilik kereta pastinya tahu bahawa bateri kereta merupakan komponen yang sangat penting untuk kita menghidupkan enjin.
Walaupun ia nampak seakan perkakasan kereta yang asas namun kalau ia rosak maka tergendalah segala perjalanan.
Dan bila perkara ini berlaku ia boleh membuatkan kita rasa sakit hati dan cukup jengkel sekali. Selain melakukan servis kereta anda juga seharusnya memeriksa kondisi bateri kereta dari semasa ke semasa.
Di pasaran pula terdapat pelbagai jenis bateri yang ditawarkan. Kadangkala agak memeningkan untuk memilah yang manakah benar-benar berkualiti dan tahan lama.
Pertama sekali anda perlu faham bahawa bateri kereta ada dua jenis iaitu bateri basah dan bateri kering yang sifatnya bebas selenggara.
Buat pengetahuan anda sebenarnya kedua-dua jenis bateri ini adalah jenis bateri basah. Cuma apa yang membezakannya ialah satu memerlukan penjagaan ringkas atau low maintenance manakala satu lagi perlu kerap diperiksa paras air baterinya.
Di pasaran terdapat pelbagai tawaran jenama bateri yang boleh dibuka untuk isian semula air bateri. Kebiasannya, bateri low maintenance memiliki harga lebih murah. Tetapi yang lebih utama perlu diambil kira di sini adalah spesifikasi bateri yang ingin anda ingin guna.
INGAT!
Anda perlu memastikan bahawa pemilihan bateri baru tidak kurang dari spesifikasi asal dan kena pada bajet harga bateri kereta anda.
Untuk anda yang memiliki kereta tetapi jarang digunakan atau bergerak pada jarak dekat sahaja, pilihlah bateri nilai AH/RC yang besar. Ini kerana ia tidak cukup masa untuk bateri dicas penuh. Jadi demi memastikan belian berbaloi dengan kadar harga bateri kereta.
Manakala jika kereta anda mempunyai sistem audio yang canggih pilihlah bateri yang amps besar. Tidak lupa bateri yang memiliki karakteristik penebat haba tinggi kerana cuaca negara kita yang panas.
BACA: Kereta Jadi ‘Kuat Makan’ Minyak, Itu Antara Petanda Minyak Enjin Perlu Ditukar Segera
Salah satu lagi faktor penting anda perlu ambil berat ialah memastikan anda beli dari stok yang tidak terlalu lama ditinggalkan di garaj dan stor kedai bateri kereta.
SIMPAN KAD WARANTI
Pada kebiasaannya setiap bateri akan datang bersama kad waranti selama setahun. Dan ada juga yang menawarkan gingga dua tahun. Jadipilihlah sebaiknya untuk kegunaan anda jika berlaku kerosakan dalam tempoh waranti.
Semoga perkongsian ini mampu membantu anda menjadi pengguna yang lebih bijak dan menjimatkan perbelanjaan untuk masa hadapan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.