Bateri dianggap sebagai alat penting dalam peraturan sistem elektrik kenderaan. Anggap saja seperti paru-paru yang menjadi organ penting dalam sistem pernafasan.
Selalunya bateri kereta yang dijaga dengan baik boleh bertahan sehingga 2 hingga 3 tahun malah ada batetri yang tahan lebih lama lagi. Menjaga bateri kereta anda tidaklah sesusah mana. namun jika anda mengabaikannya, tentulah bateri kereta anda akan cepat kong.
Hari ini akan kongsikan enam punca utama yang menyebabkan bateri kereta anda cepat habis, seperti yang dijelaskan oleh pengguna TikTok @altimatsaujana.
Aksesori kereta seperti lampu, radio atau GPS yang berfungsi melalui bateri boleh menyebabkan bateri kereta cepat habis jika digunakan secara berlebihan atau tidak ditutup dengan betul.
Misalnya, jika lampu kereta dibiarkan menyala semasa enjin dimatikan, bateri akan habis dengan cepat. Oleh itu, pastikan aksesori ini dimatikan sepenuhnya apabila kereta tidak digunakan.
2. Bateri Sudah ‘Tua’
Bateri kereta biasanya perlu diganti setiap dua ke empat tahun, bergantung pada keadaan penggunaannya.
Jika bateri sering kehabisan tenaga tanpa sebab yang jelas, ini mungkin petanda ia sudah tiba masa untuk diganti.
Menggantikan bateri lama dengan yang baru dapat mengelakkan kerosakan yang lebih serius pada sistem elektrik kereta anda.
3. Pemanduan Jarak Pendek
Jika anda kerap memandu dalam jarak pendek (kurang daripada 20 minit), bateri mungkin tidak mempunyai masa yang cukup untuk dicas sepenuhnya oleh alternator.
Pemanduan jarak jauh membolehkan alternator mengecas bateri dengan lebih baik, menjadikannya tahan lebih lama. Jadi, usahakan untuk melakukan perjalanan lebih panjang secara berkala.
4. Alternator Bermasalah
Alternator yang tidak berfungsi dengan baik tidak dapat mengecas bateri dengan betul. Fungsi alternator adalah menukar tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik untuk mengecas bateri semasa enjin berjalan. Jika anda dapati bateri kerap habis walaupun telah diganti, periksa alternator anda dan baikinya jika perlu.
5. Kabel Bateri Longgar atau Rosak
Kabel sambungan yang longgar atau rosak boleh menghalang aliran tenaga ke dan dari bateri, menyebabkan ia cepat habis. Pastikan sambungan kabel bateri dipasang dengan ketat dan bebas dari kerosakan.
Jika terdapat sebarang masalah pada kabel, segera periksa dengan mekanik untuk memastikan semuanya dalam keadaan baik.
6. Penjagaan Bateri yang Tidak Teliti
Bateri yang terbiar dalam kereta untuk tempoh yang lama tanpa digunakan boleh menyebabkan kuasanya habis. Jika anda bercadang untuk meninggalkan kereta tanpa digunakan untuk beberapa minggu atau bulan, keluarkan bateri dan simpan di tempat yang selamat di dalam rumah.
Jangan letakkan bateri terus di atas lantai, gunakan lapik untuk melindunginya.
@altimatsaujana Ini rupanya punca bateri kereta korang cepat habis !! #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelserviskereta #bengkelrepair #bengkelservis #bengkelaircond #bengkelaircondkereta #bengkelkeretasungaibuloh #bengkelkeretakuang #aircondkereta #aircondkeretabocor #aircondkeretataksejuk #automotive #aircondkeretabaubusuk #automotif #automotivemalaysia #automotifmalaysia #petronasautoexpert #aircondkeretapanas ♬ original sound – Altimat Saujana Utama
BACA LAGI : Awas, Petanda Drive Shaft Kereta Dah Rosak – Jangan Sampai Tercabut Di Tengah Jalan!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.