Bateri dianggap sebagai alat penting dalam peraturan sistem elektrik kenderaan. Anggap saja seperti paru-paru yang menjadi organ penting dalam sistem pernafasan.
Selalunya bateri kereta yang dijaga dengan baik boleh bertahan sehingga 2 hingga 3 tahun malah ada batetri yang tahan lebih lama lagi. Menjaga bateri kereta anda tidaklah sesusah mana. namun jika anda mengabaikannya, tentulah bateri kereta anda akan cepat kong.
Hari ini akan kongsikan enam punca utama yang menyebabkan bateri kereta anda cepat habis, seperti yang dijelaskan oleh pengguna TikTok @altimatsaujana.
1. Penggunaan Aksesori Elektrik
Aksesori kereta seperti lampu, radio atau GPS yang berfungsi melalui bateri boleh menyebabkan bateri kereta cepat habis jika digunakan secara berlebihan atau tidak ditutup dengan betul.
Misalnya, jika lampu kereta dibiarkan menyala semasa enjin dimatikan, bateri akan habis dengan cepat. Oleh itu, pastikan aksesori ini dimatikan sepenuhnya apabila kereta tidak digunakan.
2. Bateri Sudah ‘Tua’
Bateri kereta biasanya perlu diganti setiap dua ke empat tahun, bergantung pada keadaan penggunaannya.
Jika bateri sering kehabisan tenaga tanpa sebab yang jelas, ini mungkin petanda ia sudah tiba masa untuk diganti.
Ads
Menggantikan bateri lama dengan yang baru dapat mengelakkan kerosakan yang lebih serius pada sistem elektrik kereta anda.
3. Pemanduan Jarak Pendek
Jika anda kerap memandu dalam jarak pendek (kurang daripada 20 minit), bateri mungkin tidak mempunyai masa yang cukup untuk dicas sepenuhnya oleh alternator.
Pemanduan jarak jauh membolehkan alternator mengecas bateri dengan lebih baik, menjadikannya tahan lebih lama. Jadi, usahakan untuk melakukan perjalanan lebih panjang secara berkala.
4. Alternator Bermasalah
Ads
Alternator yang tidak berfungsi dengan baik tidak dapat mengecas bateri dengan betul. Fungsi alternator adalah menukar tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik untuk mengecas bateri semasa enjin berjalan. Jika anda dapati bateri kerap habis walaupun telah diganti, periksa alternator anda dan baikinya jika perlu.
5. Kabel Bateri Longgar atau Rosak
Kabel sambungan yang longgar atau rosak boleh menghalang aliran tenaga ke dan dari bateri, menyebabkan ia cepat habis. Pastikan sambungan kabel bateri dipasang dengan ketat dan bebas dari kerosakan.
Jika terdapat sebarang masalah pada kabel, segera periksa dengan mekanik untuk memastikan semuanya dalam keadaan baik.
6. Penjagaan Bateri yang Tidak Teliti
Ads
Bateri yang terbiar dalam kereta untuk tempoh yang lama tanpa digunakan boleh menyebabkan kuasanya habis. Jika anda bercadang untuk meninggalkan kereta tanpa digunakan untuk beberapa minggu atau bulan, keluarkan bateri dan simpan di tempat yang selamat di dalam rumah.
Jangan letakkan bateri terus di atas lantai, gunakan lapik untuk melindunginya.
Malang tidak berbau, menghadapi situasi di mana brek kereta tidak berfungsi adalah mimpi ngeri bagi mana-mana pemandu.
Namun, dengan pengetahuan yang betul dan tindakan pantas, anda boleh mengurangkan risiko kemalangan dan menyelamatkan nyawa.
Berikut adalah enam langkah yang perlu dilakukan untuk selamatkan nyawa.
1) Guna handbrake
Apa yang paling penting, jangan panik. Biarpun brek kaki tidak berfungsi, kenderaan masih mempunyai handbrake. Turunkan gear satu demi satu dan tarik handbrake perlahan-lahan. Menarik dengan tergesa-gesa akan menyebabkan kenderaan hilang kawalan.
2) Pam brek kaki untuk menjana tekanan hidraulik
Cuba tekan brek kaki berkali-kali seperti mengepam. Proses ini bertujuan untuk melihat sekiranya masih ada ‘saki-baki’ tekanan dalam sistem hidraulik. Jika terasa seperti mempunyai tekanan, cuba tekan pedal brek sehingga maksimum mungkin, dan kekalkannya sehingga kenderaan anda akhirnya berhenti.
3) Angkat kaki dari pedal minyak
Kekal tenang, dan angkat kaki dari pedal minyak untuk mengelakkan menambahkan kelajuan kenderaan
4) Jangan matikan enjin
Tindakan ini boleh menjadi punca kenderaan terbabas secara mengejut. Lebih bahaya, ia juga boleh menyebabkan stereng terkunci sekali gus membuatkan pemandu hilang kawalan secara total
5) Kawal kenderaan
Apabila kelajuan kenderaan semakin perlahan, perlahan-lahan kawal stereng dan cari lokasi sesuai untuk memberhentikan kenderaan. Sebaiknya, di bahu jalan atau kawasan yang tidak menghalang kenderaan lain
6) Guna penghadang
Ini adalah pilihan terakhir sekiranya terdesak untuk memperlahankan kenderaan. Kekal tenang dan lihat apa saja halangan yang mungkin boleh menghentikan kenderaan, seperti penghadang, semak samun atau sebagainya
Apabila kereta sudah dapat diberhentikan dengan selamat, keluarlah dari kenderaan, pasang lampu kecemasan dan telefon pihak berkaitan untuk mendapatkan bantuan.
Memasang filem tingkap atau ‘tinted’ pada kereta bukan sahaja memberikan penampilan yang lebih elegan tetapi juga membantu mengurangkan panas dan meningkatkan privasi.
Namun, ramai pemilik kereta baru sering melakukan kesilapan yang boleh membawa masalah di kemudian hari.
Foto : Harian Metro
Tidak Mengikut Spesifikasi JPJ
Ramai pemilik kereta teruja untuk memasang cermin gelap tanpa menyemak peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Mengikut peraturan semasa, tahap ketelusan cahaya (VLT) minimum yang dibenarkan adalah 70% untuk cermin hadapan, 50% untuk cermin sisi hadapan dan tiada had untuk cermin sisi belakang serta belakang.
Jika anda memasang ‘tinted’ yang tidak mengikut spesifikasi ini, anda boleh dikenakan saman atau diarahkan untuk menanggalkannya semula.
Oleh itu, pastikan anda memilih filem tingkap yang mematuhi peraturan JPJ.
Foto : Paul Tan’s Automotive News
Memilih Filem Berkualiti Rendah
Memilih filem tingkap yang murah mungkin menjimatkan wang pada awalnya, tetapi ia boleh menjadi masalah dalam jangka panjang.
Filem berkualiti rendah biasanya mudah pudar dan mengelupas, tidak berkesan dalam mengurangkan haba, serta tidak menawarkan perlindungan UV yang baik.
Untuk mengelakkan masalah ini, pilih filem berkualiti tinggi yang mempunyai teknologi penapisan haba dan UV.
Produk dengan jaminan yang lama juga lebih berbaloi untuk pelaburan jangka panjang.
Sebagai pengguna kenderaan anda pastinya pernah dengar tentang hal tentang waktu terbaik untuk isi minyak agar lebih menguntungkan.
Katanya isi minyak pada dalam cuaca yang panas akan merugikan kerana kononnya ia lebih meruap lalu buat kita rugi. Adakah ia memberi kesan yang sangat signifikan dan membuatkan kita kerugian banyak?
Seorang lelaki telah berkongsi pendapatnya tentang beberapa tip serta mitos tentang perkara ini. Beliau yang menggunakan tweethandle @iDanialz menerusi bebenang yang dikongsi oleh beliau di Twitter ia telah menarik perhatian ramai dan mendapat jumlah retweet yang agak banyak.
Katanya kalau isi minyak masa tanker sedang loading nanti minyak bekeladak, betul ke?
Isi minyak dalam cuaca sejuk lebih untung?
Ini yang selalu kita dengar, isi minyak dalam cuaca panas jadi rugi. Penjelasannya…
RON 97 lebih power dari RON95?
Orang kata RON97 akan kurang berlaku knocking. Betul… tapi…
Isi angin pakai Nitrogen jadi lebih jimat minyak
Itu merupakan antara mitos-mitos tentang isi minyak yang cukup popular di kalangan pengguna kenderaan di negara kita. Tapi bagaimana pula dengan tip betul untuk jimat minyak.
Jangan risau saudara Danial turut kongsikan tip yang boleh anda amalkan!
TIP JIMAT MINYAK
Tukar minyak hitam ikut masa
Jangan blast full penghawa dingin
Pandu dan hentikan kereta secara beransur
Ketika memandu jauh jaga had RPM
Semoga perkongsian dari saudara Danial ini memberikan manfaat kepada anda di masa akan datang!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.