Bergaduh kerana perkara kecil merupakan asam garam dan perkara biasa bagi setiap pasangan yang bercinta mahu pun yang telah mendirikan rumah tangga.
Namun demikian bagi pasangan yang sudah berkahwin, tidak elok jika bergaduh lama-lama terutamanya di hadapan anak-anak.
Fikirkan balik apa tujuan anda berkahwin? Bukankah menerima kekurangan dia untuk anda lengkapkan dengan kasih sayang?
Jika tak tahu bagaimana hendak bermula, ini 6 cara yang mungkin anda boleh lakukan ikut keselesaan anda :
Apabila bergaduh, kita kerap terlupa segala kebaikan yang dimiliki oleh pasangan kita. Disebabkan oleh satu perkara kecil yang menyebabkan kita marah, segala keburukan pasangan kita akan diungkit.
Elakkan melakukan perkara tersebut. Puji pasangan anda tentang apa jua yang anda sukakan padanya. Cantik, bergaya, pandai masak, comel, manja atau kuat, bergaya, rajin menolong di dapur, pandai melayan anak, kacak atau apa-apa sahaja.
Hadiah adalah antara cara yang sangat berkesan untuk memujuk pasangan anda terutamanya untuk kaum wanita. Tidak perlu dengan hadiah yang mahal. Hadiah yang kecil pun sudah memadai sekadar untuk memberitahunya anda sangat menyayangi dia.
Ajak pasangan lakukan apa aktiviti yang dia suka. Tidak kiralah sama ada berbasikal, bermain ping pong atau memasak bersama-sama. Apa sahaja yang pasangan anda sukai.
Pasangan anda pasti akan menolak buat seketika, kononnya masih ego. Tetapi teruskan memujuk, pasti dia akan mula berseronok dan perasaan marah tersebut dapat berkurang sedikit demi sedikit.
Bawa pasangan anda keluar makan malam, membawanya ke pusat peranginan, hantar sejambak bunga di pejabat beliau atau apa sahaja bentuk kejutan yang boleh menggembirakan pasangan anda.
Kaum lelaki tentunya terkenal dengan pandai mengucapkan kata-kata indah. Sekiranya anda pandai berkata manis sewaktu pada awal cuba memperisterikan isteri anda, sudah pasti tidak mustahil untuk anda mengaplikasikan skil yang sama untuk memujuk beliau.
Cuba buatkan pasangan anda ketawa. Anda pasti mengetahui apa yang mampu membuatkan si dia ketawa. Buat lawak, geletek manja ataupun buat gaya yang kelakar.
Berdoa adalah cara yang paling penting dalam meredakan suasana rumahtangga yang ribut. Namun, ini tak bermakna anda hanya berdoa tatkala ditimpa masalah sahaja. Sentiasalah berdoa demi kebahagiaan rumahtangga. Lazimi menyebut zikir :
Ya Aziz..
Ya Jabbar..
Ya Mutakabbir..
Semoga bermanfaat.