AIMAN DATO’ BASUNI
Menggalas tugas sebagai CEO syarikat bukanlah tugas yang mudah. Kejayaan sebuah organisasi ataupun syarikat terletak kepada kebijaksanaannya untuk mengendalikan syarikat dengan bijak dan terpimpin. Bagi anak kelahiran Keningau, Sabah, Haji Aiman Dato’ Basuni menjadi CEO bagi Seri Keningau Sdn Bhd bukanlah berada di kerusi yang selesa malah empayar perniagaan yang diterajui oleh bapanya terdahulu perlulah dilebarkan dan dikukuhkan sebagai jenama yang menjadi leader market dan menjadi pilihan masyarakat dan rantau Asia. Pastinya untuk capai ke tahap sedemikian, pelbagai perancangan dan strategi diatur kemas oleh Aiman sebagai individu yang bertanggungjawab dalam membawa perubahan dalam perniagaan F&B yang dijalankan selama 26 tahun lalu.
“Perniagaan bermula di Sabah 26 tahun yang lalu di mana Seri Keningau terkenal sebagai restoran masakan Melayu pertama di Keningau. Ia berkembang dari Keningau hingga ke Kota Kinabalu. Kejayaan di Sabah menjadi platform untuk terus melebarkan empayar perniagaan ke Semenanjung Malaysia pada tahun1999. Selepas beberapa tahun di Semenanjung, perniagaan yang dijalankan tidak terlalu menyerlah dengan persaingan dan sebagainya,” cerita Aiman
TITLE CEO DI USIA MUDA
Dengan latar belakang bersekolah pondok, Aiman diberi kepercayaan untuk mengurus restoran Seri Keningau. “ Ia bermula tahun 2015 dan ketika itu saya baru habis SPM, masih muda dan tanpa ilmu perniagaan. Saya nampak perniagaan yang dijalankan oleh keluarga saya cuma biasa-biasa. Walaupun memang pendapatan lumayan di Sabah, namun menguruskan Bason saya hadapi kesukaran hingga banyak kali saya putus asa.
Dengan kuasa Allah , Alhamdulillah Allah tunjukkan jalan pada saya untuk pergi berguru dengan mentor saya , Dr. Azizan Osman dan sifu Fb Ads. Saya mula celik, dan apabila ada ilmu di mana saya tahu bagaimana nak bulit up brand, apa yang perlu dalam perniagaan dan akhirnya perniagaan di Restoran Bason meletop.
Lebih kurang sembilan bulan kemudian, apabila result sales meningkat, saya ambil alih satu persatu perniagaan di mana restoran Seri Keningau di Meru saya berjaya hit target jualan tiga kali ganda dari kebiasaan. Kemudian saya ambil alih perniagaan Seri Keningau di Sek 18, Shah Alam. Apabila semua rangkaian perniagaan di Semenanjung berjalan sempurna, bapa meminta saya untuk built up perniagaan yang telah dijalankan bertahun secara serius dan mungkin menjadi senarai public listing suatu hari nanti. Tidak hanya perniagaan restoran di Semenanjung saya ambil alih malahan di Sabah jua yang terdiri dari lima rangkaian Seri Keningau.
Mengenali dunia F&B
Aiman lahir dalam keluarga yang telah bergelumang dengan perniagaan F &B untuk sekian lama. Bapanya seorang usahawan dalam bidang makanan dan berjaya meluaskan empayar perniagaan dari Sabah hingga mempunyai rangkaian restoran di Semenanjung Malaysia.
Anak ketiga daripada empat orang adik beradik ini diberi mandat dan kepercayaan oleh bapanya yang juga pengasas Seri Keningau Restoran & Katering untuk mengendalikan syarikat biarpun dalam usia muda. “Walaupun usia muda, ia tidak menghalang diri saya untuk berurusan dengan mereka yang telah berpengalaman lama dalam perniagaan. Apa yang penting ialah daripada segi idea dan pengalaman seseorang itu. Jika ada idea namun tanpa tindakan, it just an idea
tidak akan mendatangkan result. Maka idea kena selari dengan implementasi.Untuk berjaya perlu ada empat perkara, iaitu doa, ilmu – yang membezakan anda dengan orang lain, mentor- dalam perniagaan perlukan guru yang pernah lalui lorong-lorong hitam untuk elak diri dari melaluinya. Kunci untuk berjaya ialah tiru apa orang berjaya buat dan terakhir ialah the power of movement. – jika ada ilmu tapi tiada pelaksanaan, akan terbantut begitu sahaja. Hingga kini saya masih berguru dengan mentor Dr Azizan memandangkan saya telah melihat result dan mendapat manfaat daripada perkongsian ilmu darinya.
Bapa ada mengatakan untuk memahami perniagaan, seseorang perlukan masa sekurang-kurang tiga tahun. Namun alhamdulillah apabila saya ada ilmu, saya tidak perlu tiga tahun , sebalik nya tiga bulan sudah cukup untuk saya built brand dan beritahu masyarakat akan kewujudan perniagaan yang dijalankan. Dalam perniagaan, jenama dan pemasaran amat penting. Masyarakat mahukan brand yang menjadi leader marker contoh nya tudung Neelofa. Jenama ialah nyawa sesuatu perniagaan.
Bapa merupakan idola saya. Dulu orang cakap budak sekolah pondok tiada masa depan namun saya telah bukti kan yang saya berjaya dengan cemerlang sebagai pelajar dan juga perniagaan. Kini mempunyai staf seliaan seramai 200 orang termasuk di Sabah dan Semenanjung. Kami bercadang untuk menambah empat cawangan lain . Staf menjadi aset dan tulang belakang syarikat. Saya galakkan staf untuk kerja secara berpasukan kerana memberi kekuatan kepada syarikat dan ini akan membawa syarikat ke peringkat yang lebih tinggi dan berjaya,” akuinya
Projek
Sebagai seorang yang berjiwa business minded, pastinya perniagaan yang ada ingin dikembangkan lagi. Bercakap soal perancangan masa depannya dalam perniagaan, di bawah Seri Keningau Holding terdapat dua jenama iaitu Seri Keningau dan Bason. Aiman mengharapkan wujudnya Seri Keningau Property dan produk makanan Seri Keningau dengan kolaborasi bersama syarikat makanan dalam tempoh 10 tahun akan datang. “Misi kami untuk membantu masyarakat mencari makanan yang halal dan sedap, ada kelainan serta istimewa. Visi kami ialah menjadi pengeluar makanan di Malaysia dan rantau Asia,” ceritanya.
Prinsip dalam bekerja
Aiman memegang prinsip tidak mudah berpuas hati dengan kejayaan yang dikecapi dan tidak mahu berada dalam zon selesa. Malah dia sentiasa menganggap diri bukan yang terbaik walaupun sudah dapat result yang terbaik.
Kekuatan
Dalam perniagaan ada kalanya menghadapi situasi turun dan naik. Setiap kali emosi down kita kena tahu kenapa kita bermula , kenapa kita buat apa yang kita buat sekarang. Selain itu sentiasa percaya dengan rezeki Allah selagi kita kuat berusaha dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. “Kena ada kekuatan dalaman . Jangan mengharapkan staf untuk ceriakan restoran jika anda sendiri lesu , sebagai pemilik kita perlu lebih agresif daripada orang lain. Saya impikan untuk adakan Yayasan Bason suatu hari nanti dan menjadi penyumbang terbesar kepada maahad tahfiz di seluruh Malaysia untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan,” akuinya.