Foto : Media Permata Online

Memasang filem tingkap atau ‘tinted’ pada kereta bukan sahaja memberikan penampilan yang lebih elegan tetapi juga membantu mengurangkan panas dan meningkatkan privasi.

Namun, ramai pemilik kereta baru sering melakukan kesilapan yang boleh membawa masalah di kemudian hari.

Baru Beli Kereta? Elak Buat 3 Kesilapan Ini Ketika Pasang ‘Tinted’ Cermin
Foto : Harian Metro

Tidak Mengikut Spesifikasi JPJ

Ramai pemilik kereta teruja untuk memasang cermin gelap tanpa menyemak peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Mengikut peraturan semasa, tahap ketelusan cahaya (VLT) minimum yang dibenarkan adalah 70% untuk cermin hadapan, 50% untuk cermin sisi hadapan dan tiada had untuk cermin sisi belakang serta belakang.

Jika anda memasang ‘tinted’ yang tidak mengikut spesifikasi ini, anda boleh dikenakan saman atau diarahkan untuk menanggalkannya semula.

Oleh itu, pastikan anda memilih filem tingkap yang mematuhi peraturan JPJ.

Ads
Baru Beli Kereta? Elak Buat 3 Kesilapan Ini Ketika Pasang ‘Tinted’ Cermin
Foto : Paul Tan’s Automotive News

Memilih Filem Berkualiti Rendah

Memilih filem tingkap yang murah mungkin menjimatkan wang pada awalnya, tetapi ia boleh menjadi masalah dalam jangka panjang.

Filem berkualiti rendah biasanya mudah pudar dan mengelupas, tidak berkesan dalam mengurangkan haba, serta tidak menawarkan perlindungan UV yang baik.

Untuk mengelakkan masalah ini, pilih filem berkualiti tinggi yang mempunyai teknologi penapisan haba dan UV.

Produk dengan jaminan yang lama juga lebih berbaloi untuk pelaburan jangka panjang.

Ads

BACA LAGI : Cara Mudah Tukar Minyak Hitam Motosikal Sendiri

Baru Beli Kereta? Elak Buat 3 Kesilapan Ini Ketika Pasang ‘Tinted’ Cermin
Foto : Carlistmata

Pemasangan Tinted Tidak Profesional

Walaupun nampak mudah, pemasangan ‘tinted’ sebenarnya memerlukan kepakaran.

Jika tidak dilakukan dengan betul, anda mungkin menghadapi masalah seperti gelembung udara, kedutan atau ketidaksempurnaan pada cermin.

Ads

Oleh itu, elakkan pemasang amatur dan pilih pusat pemasangan profesional yang berpengalaman.

Pemasangan ‘tinted’ pada kereta perlu dilakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan masalah di masa hadapan.

Dengan langkah yang betul, anda bukan sahaja dapat menikmati keselesaan tetapi juga mengelakkan sebarang kesulitan di kemudian hari.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI