Gaya Hidup

Rugi Kalau Tak Jual, Tukar & Kitar Semula 16 Jenis ‘Sampah’ Ini Sebagai Duit Poket!

Share

Apabila bercakap tentang barangan kitar semula, masih ramai yang beranggapan ia sekadar sampah yang boleh dibuang dan digunakan semula.

Selain itu, penghayatan betapa pentingnya menjalankan kitar semula ini masih dipandang enteng melainkan masyarakat hanya kenal dengan tiga tong yang berbeza warnanya.

Meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran, Alam Flora memberikan khabar gembira apabila syarikat pengurusan alam sekitar Malaysia itu sudi membeli sisa domestik.

Dengan cara ini, diharap kempen membudayakan pembuangan sampah secara sistematik dalam kalangan masyarakat dapat dipupuk.

Dalam masa sama, syarikat tersebut bukan sahaja memberi galakan malah telah berkongsi inisiatif kitar semula bagi buangan domestik di laman Facebook mereka.

Ujar Alam Flora, mereka menerima barang-barang kitar semula yang boleh ditukar dengan wang tunai melalui 3R On Wheels and Buy Back Centers yang berdekatan dengan anda.

Terdapat 16 jenis barangan kitar semula yang boleh ditukar berharga seperti berikut:

– Surat khabar (0.25 / kg)
– Majalah (RM0.25 / kg)
– Kertas hitam dan putih (RM0.33 / kg)
– Kotak (RM0.27 / kg)
– Kertas bercampur (RM0.18 / kg)
– Aluminium (RM2.50 / kg)
– Tin (RM0.25 / kg)
– Plastik (RM0.40 / kg)
– Tetrapak (RM0.20 / kg)
– Minyak masak yang digunakan (RM1.10 / kg)
– CPU (RM5.50 / kg)
– Monitor (RM4.50 / kg)
– Notebook / laptop (RM3.50 / kg)
– Server (RM15 / kg)
– Pencetak (RM3 / kg)
– Televisyen (RM4 / kg)

Lokasi pusat kitar semula

Lihat senarai penuh Pusat pembelian barangan kitar semula di bawah:

Jalan Lorong Bunus 6, Kuala Lumpur

Lokasi rujukan: Berhadapan Plaza City One
Waktu operasi:
Isnin, Rabu dan Sabtu (11.00am – 4.00pm)

BBC Presint 9, Putrajaya
Lokasi rujukan: Berdekatan stesen minyak Petronas Presint 9
Waktu operasi:
8.30am – 5.30pm (setiap hari)

BBC Presint 8, Putrajaya
Lokasi rujukan: Dewan Serbaguna Presint 8
Waktu operasi:
8.30am – 5.30pm (Sabtu dan Ahad)

BBC Presint 11, Putrajaya
Lokasi rujukan: Dewan Serbaguna Presint 11
Waktu operasi:
8.30am – 5.30pm (Sabtu)

BBC Presint 14, Putrajaya
Lokasi rujukan: Depot bas Presint 14, berhadapan pusat komersial Presint 15
Waktu operasi:
8.30am – 5.30pm (Ahad)

BBC Presint 16, Putrajaya
Lokasi rujukan: Kawasan pasar Presint 16
Waktu operasi:
8.30am – 5.30pm (Sabtu)

BBC Presint 18, Putrajaya
Lokasi rujukan: 1 Malaysia Futsal
Waktu operasi:
8.30am – 5.30pm (Ahad)

Cyberjaya Recycling Centre
Lokasi rujukan: Park & Ride Cyberjaya
Waktu operasi:
9.30am – 4.30pm (Isnin, Rabu dan Jumaat)
Tutup pada cuti umum.

Mobile Recycling Centres
Presint 16
Lokasi rujukan: Apartment Presint 16
Waktu operasi:
9am – 12pm (Sabtu)

Presint 11A1/1
Lokasi rujukan: Kawasan perumahan
Waktu operasi:
2pm – 5pm (Sabtu)

Walaupun harga tidak kekal dan boleh berubah mengikut kadar pasaran namun inisiatif yang diperkenalkan Alam Flora memang wajar dipuji.

Selain Pusat Buy Back boleh ditemui di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur, orang ramai yang ingin buat side income bolehlah ikuti Facebook Alam Flora untuk info lanjut.

Published by
Akyem Samad