Menjadi seorang Bapa, Ayah, Papa dan sebagainya adalah kenangan terindah seorang lelaki. Walaupun sebelum mempunyai anak bentuk badannya sasa dan berketak, selepas menimang cahaya mata perut sudah mula kedepan itu perkara biasa.
Ini disebabkan tidak mempunyai banyak waktu untuk mengekalkan bentuk badan sebelum mempunyai anak kerana segala masa sudah difokuskan kepada menjaga anak tersayang.
Namun, itu tidak bermakna bila keluar berjalan bersama anak, anda tidak boleh tampil stailo di khalayak ramai. Orang kata masa inilah kita jadi ‘Cool Dad’.
MASKULIN tampilkan bagaimana mahu menjadi Cool Dad sepertimana selebriti lain.
Bila jadi ayah, peningkatan berat badan pasti ketara dan kadangkala ia tidak terkawal. Tahu-tahu sahaja seluar dari saiz 34, sekarang sudah naik ke 38 sebab perut ‘membuyung’. Walaupun begitu, anda masih boleh tampil bergaya bersama anak asalkan pemilihan baju kena dengan saiz badan terkini anda. Pilih pakaian yang selesa, tidak terlalu ketat dan longgar. Just nice orang kata.
Ads
2. Bersederhana ketika berfesyen
Elakkan daripada over-dressed, bukannya anda mahu bertanding gelaran ‘Bapa paling stailo’. Penampilan biasa seperti seluar jeans, kemeja cotton sudah mencukupi. Rambut juga memainkan peranan, pastikan gayakan dengan betul mengikut kesesuaian.
3. Pemilihan aksesori
Perasan tak, aset utama dalam bergaya bersama anak adalah anak anda sendiri. Pastikan aksesori anda tidak melebihi gaya anak anda. Contoh paling mudah adalah David Beckham, hanya pakai jam tangan, topi baseball dan hoodie yang diikat elok pada pinggang.
Ads
4. Gaya sama dengan anak
Ini tip paling agung untuk tampil bergaya bersama anak. Apa yang anda pakai, pastikan ia sama dengan anak. Barulah nampak comel bapa dan anak. Kami yakin, pemakaian anda pasti mencuri mata ramai orang. Tip ini anda boleh buat ketika menghadiri majlis perkahwinan rakan-rakan atau majlis lain yang tertentu.
5. Tidak perlu fikir jenama
Usah sakitkan kepala hari ini nak sarung jenama apa badan anda dan anak. Tampil sederhana sudah mencukupi. Kalau anda terlalu memikirkan pakaian anda, pasti keperluan anak akan terabai. Silap-silap orang gelar anda ‘Bapa yang terlalu mencuba’. Jadi, kekalkan apa yang ada.
Ads
6. Sentiasa bersedia
Perangai anak memang kita tidak boleh jangka. Waktu makan atau anda tengah menyuap makanan, dia boleh muntah ke baju anda atau susu tertumpah terkena seluar dan sebagainya. Sebagai bapa yang cool, selain sediakan pakaian ganti untuk anak, anda juga perlu sediakan baju dan seluar kecemasan. Bapa yang hebat sentiasa bersedia.
7. Ikut stail yang ditampilkan selebriti lelaki yang anda kenali
Masih lagi tidak pasti bagaimana nak bergaya bersama anak, Usha sahaja ikon stail seperti Ryan Gosling, Ryan Reynolds, Shuib, Aeril Zafril dan sebagainya. Mereka ini sentiasa nampak bersedia serta kekal segak walaupun tengah serabut uruskan anak-anak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lagi dua hari nak raya, mungkin ada antara anda yang dah tak sabar nak pulang ke kampung halaman. Mungkin ada juga antara anda yang dalam perjalanan pulang ke kampung. Apa pun situasi anda, persiapan untuk raya dah ready ke belum? Barang-barang ini dah masukkan dalam bagasi dah?
Charger Phone
Ini khas untuk lelaki. Jangan harapkan pasangan anda untuk bungkuskan charger anda masuk ke dalam bag. Apabila di kampung, tentu ramai yang nak berswaphoto dan melayari laman sosial. Anda bayangkan, anda terpaksa berkongsi charger ketika di kampung, entah bila giliran anda untuk penuhkan balik bateri phone anda. Jadi jika anda bawa sendiri, tak perlu anda berebut dengan orang lain.
Aksesori Fesyen
Butang baju melayu! Sentiasa ingatkan isteri atau anak perempuan ada yang terlibat dalam mengemas baju. Jika nada bujang, anda harus lebih beringat! Tak kan nak OOTD tanpa butang baju melayu kan? Selain daripada itu, jangan lupa untuk bawa stokin dan kasut yang sudah dikilatkan. Senanglah nanti bila dah sampai kampung, tak ada tergesa-gesa nak kilatkan kasut. Nak pergi solat hari raya pun jangan dilupakan songkok. Saiz berbeza-beza kan? Jadi letak terus dalam kereta atau masukkan dalam bagasi. Tak kan semua isteri dan anak-anak kena ingatkan?
Buah Tangan
Biarpun pulang ke rumah sendiri jangan lokek atau buat-buat tak faham. Sediakan buah tangan, cukup dengan dua atau tiga balang kuih raya. Kuih raya tak buat sendiri pun tidak apa, janji ikhlas. Jika susah sangat nak bawa balik kuih, apa kata anda beli kerepek pisang, boleh buat makan kudap-kudap ketika tonton cerita hindustan sabtu ni!
Duit Raya!
Mesti ramai yang nak elak kalau bercakap bab ini. Duit raya sudah menjadi kemestian dan amalan untuk diberi kepada kanak-kanak mahupun kepada ibubapa. Pastikan anda sudah sedia bajet untuk duit raya dan sudah menukar di bank yang terdekat. Terus sisip masuk duit kedalam sampul yang telah tersedia dan asingkan mengikut kepada siapa yang anda hendak memberi. Barulah well prepared!
Extension Wire
Kami sarankan anda bawak beberapa extension ketika pulang ke kampung, ingat tak tadi kami pesan agar anda tidak lupa bawa charger pulang? Kalau ada charger, tapi tak boleh nak cucuk plug pun tak boleh juga kan? Jadi kami cadang agar anda bawa balik terus extension supaya anda tidak berebut plug.
Sumber: wanista.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Populariti serta pengaruh yang dibawa oleh selebriti muda kini tidak lagi dipandang sepi terutamanya oleh jenama-jenama antarabangsa.
Ternyata selain populariti dimiliki di media tradisional, pengaruh dibawa menerusi laman media sosial menjadikan mereka sebagai pilihan tepat sebagai duta jenama.
Mungkin bagi PUMA Malaysia itulah antara ciri-ciri yang membuatkan mereka memilih penyanyi muda popular dan berbakat bersar, Ismail Izzani sebagai duta jenamanya.
Lebih hebat lagi, Ismail Izzani bukan sahaja bertindak sebagai wajah jenama PUMA untuk pasaran tempatan malah untuk Asia Tenggara.
Hari ini, PUMA Malaysia mengesahkan pelantikan Ismail Izzani sebagai duta terbarunya dan bakal menyaksikan wajah penyanyi popular menerusi lagu ‘Sabar’tersebut mewakili jenama mereka.
DNA SAMA
Dengan jumlah tontonan video YouTube melebihi 25 juta view, Ismail Izzani dilihat sebagai pilihan tepat dan berpengaruh di kalangan generasi muda. Namun dalam meniti kejayaan dalam karier Ismail juga berdepan dengan pelbagai cabaran.
Semangat itulah yang terkait dengan DNA jenama PUMA yang dianggap cukup signifikan dan penting.
Selain Ismail Izzani terdapat dua selebriti dari Singapura dan Indonesia turut diumumkan sebagai duta PUMA. Mereka ialah Tosh (Singapura) dan Adipati (Indonesia). Mereka bertiga dijangka bakal melakukan pelbagai kolaborasis erta kempen merentasi sempadan di wilayah Asia Tenggara.
Kempen pertama mereka dijangka akan diperkenalkan pada 22 Februari 2020. All the bst MASKULIN ucapkan terutamanya kepada Ismail Izzani!
Foto: PUMA Malaysia
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ini merupakan cara untuk anda menjimatkan minyak kereta anda selain daripada memanaskan enjin selama 30 saat. Anda praktikkan langkah ini dan tahap kenderaan kerata anda akan tahan dengan lebih lama.
Pandu perlahan
Pandu secara berhemah bukan saja dapat menjimatkan minyak, malah boleh menyelamatkan nyawa anda. Jika jalan raya lengang, tiada kenderaan, dinasihatkan supaya anda mengelakkan penekanan minyak supaya petrol anda tidak akan habis dengan cepat. Percayalah cakap kami.
Tekan minyak pada kelajuan yang sama
Jika anda memandu di atas lebuh raya, apa kata kalau anda mengikuti had kelajuan yang diperuntukkan untuk anda. Kekalkan momentum kelajuan kereta anda. Jangan sekejap laju sekejap perlahan. Ini akan membakar bahan api dalam kereta ada secara tidak sekata, dan ia akan menjerumus kepada penggunaan minyak patrol dengan banyak.
Tayar kereta anda
Tahukah anda, bahawa tayar kereta juga memberi impak pada minyak kereta anda? Tayar kehilangan udara dalam masa sebulan kira-kira 1psi dan suhu 1psi untuk setiap penurunan 10 darjah. Tayar yang tidak mempunyai angin secukupnya akan menyebabkan tekanan pada enjin kereta anda menjadikan minyak anda akan bekerja dengan lebih kerap.
Panaskan enjin
Rutin setiap pagi sebelum anda memulakan perjalanan ke tempat kerja adalah memanaskan enjin. Kebanyakkan daripada kita, memanaskan enjin sekurang-kurangnya 5 minit maksimum. Atau mungkin lebih. Namun sebenarnya untuk menjimatkan minyak kereta, anda hanya perlu memanaskan enjin selama 30 saat sahaja. Jika anda risau, ia tidak cukup panas, jangan buka penghawa dingin dalam 10 minit perjalanan. Ini dalam pada masa yang sama, dapat memanjangkan hayat kenderaan anda dari sebarang kerosakkan.
Periksa penapis udara anda
Penapis udara kotor mengehadkan aliran udara ke dalam enjin, yang merosakkan prestasi penjimatan minyak kereta anda. Mudah saja untuk memeriksa penapis udara, wanita pun boleh lakukan. Anda hanya perlu melihat manual kereta anda untuk arahan. Cabut penapis dan halakan di bawah matahari. Jika anda tidak dapat melihat sinaran pada penapis udara tersebut, anda sudah boleh tukar kepada yang baru.
Bersihakn kereta anda
Ini lebih kepada wanita. Wanita kebanyakannya menjadikan kereta mereka seperti rumah kedua. Jika lihat pada bonet kereta, pasti akan kelihatan barang-barang berat. Kereta anda bukan saja akan rosak kerana but terlalu mampat, namun ia boleh menyebabkan pengunaan minyak yang banyak kerana tekanan pada kenderaan tersebut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.