Setiap daripada kita mempunyai impian yang ingin dicapai. Tidak kiralah ia impian hidup atau impian dalam kerjaya. Bila sudah berjaya dicapai, ia memang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan pasti akan dikenang sampai bila-bila.
Namun, sesuatu kejayaan itu lebih manis rasanya apabila dapat dikongsi bersama keluarga tersayang. Buktinya adalah dua adik-beradik ini iaitu Safia Anisa dan kakaknya Safia Amira.
Mereka berdua sejak dari kecil menyimpan hasrat untuk menjadi seorang juruterbang mengikut jejak langkah ayahnya terbang menjelajah seluruh pelusuk dunia.
Baru-baru ini dia telah berkongsi melalui ciapan di twitter tentang kesanggupan bapanya menukar syarikat penerbangan yang sudah bapanya curahkan selama 40 tahun. Ini kerana ia adalah hasrat bapanya yang ingin terbang bersama dua orang anak gadisnya.
Selain itu, dia turut menceritakan serba sedikit perjalanan karier bapanya sebagai seorang juruterbang. Ia bermula sebaik sahaja bapanya tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan menjadi ‘Kadet’ untuk sebuah syarikat penerbangan Malaysia dan berkhidmat di situ selama 40 tahun.
BACA: Selain Peguam, Ini 9 Kerjaya Yang Sukar Lepas Daripada Berlakunya Curang
Ia lebih manis apabila bapanya membuat keputusan untuk bertukar tempat kerja dan rela menjadi juruterbang ‘Junior’ untuk bersama dua orang anaknya sebelum bersara.
Safia juga tidak ketinggalan meluahkan rasa syukur dan gembiranya kerana berpeluang untuk terbang bersama bapanya yang digelar ‘Abah’.
Ciapan penghargaan terhadap bapanya mendapat 51.6 Ribu ulang ciap serta 71 ribu tanda suka.