Kasihnya bapa, sanggup berhenti merokok walaupun bukan perkara yang mudah. Tambahan lagi apabila mengamalkan tabiat tidak sihat itu untuk tempoh yang lama.
Hal ini demi menderma buah pinggangnya buat anak tersayang yang mempunyai masalah buah pinggang.
“Ayah saya merupakan hero saya,” kata Mohammad Zulkifli, 27, yang kini bertugas sebagai doktor di sebuah hospital kerajaan di Kelantan.
Bagaimanapun Zulkifli mengakui perkara itu tidak mudah buat ayahnya.
“Struggle (bergelut) juga. Ambil masa juga untuk berhenti sepenuhnya,” katanya.
Katanya, ayahnya terpaksa berhenti rokok kerana penderma organ harus sihat tubuh badan.
Bekas buruh binaan itu merokok kira-kira sekotak atau berbelas-belas batang sehari.
Ads
Zulkifli yang kini berkhidmat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, Kelantan menghadapi kegagalan buah pinggang tahap akhir atau tahap lima pada tahun 2020.
Anak keenam daripada tujuh adik beradik itu disahkan menghadapi kegagalan buah pinggang semasa belajar bidang perubatan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak.
Bagaimanapun dia meneruskan kuliah walaupun dengan wayar Internal Jugular Catheter (IJC) di leher.
“Ke sana dan ke sini dengan wayar IJC di leher semasa belajar,” katanya menerusi TikTok videonya.
Ads
“Habis belajar terus pergi hemodialisis,” katanya.
“Waktu ini saya rasa putus asa, cita-cita terkubur,” kata lagi.
Dia juga mendedahkan berkhidmat sebagai doktor walaupun statusnya sebagai pesakit buah pinggang, selepas tamat belajar. Zulkifli menerima buah pinggang ayahnya kelmarin melalui pemindahan di Hospital Kuala Lumpur.
Ads
Menurut laporan Malaysiakini, Zulkifli memberitahu bahawa pembedahannya berjalan dengan lancar dan dia mula mengeluarkan air kencing dan sekarang menunggu dalam proses pemulihan.
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penularan wabak COVID-19 di peringkat global telah mengubah ‘wajah’ dunia dengan begitu drastik sekali.
Sejak beberapa bulan lalu banyak negara telah mengambil langkah melakukan kawalan pergerakan dan juga lockdown untuk mengurangkan kadar jangkitan.
Secara tidak langsung ekonomi dunia juga terjejas dengan teruk. Masyarakat dunia juga tidak lagi boleh mengamalkan norma harian seperti biasa. Setiap hari kita harus berwaspada dengan melakukan penjarakan sosial dan mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi.
Sepanjang tempoh ini banyak juga syarikat yang mengambil pendekatan membenarkan kakitangan mereka bekerja dari rumah sebagai langkah untuk mengurangkan jangkitan. Gergasi media sosial dunia, Twitter turut mengambil langkah yang sama.
Menerusi kenyataan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Jack Dorsey yang memeberitahu stafnya bahawa mereka boleh bekerja dari rumah secara tetap walaupun selepas pandemik COVID-19 ini berlalu.
Staf Twitter telah mula bekerja dari rumah sejak dua bulan yang lalu dilihat mampu melakukan tugas dengan baik walaupun dari rumah. Jelas Jack lagi hanya pekerja yang memerlukan kehadiran fizikal seperti bahagian penyelengaraan sahaja yang perlu datang ke pejabat.
Sejak awal Mac lalu, Twitter telah menggalakkan staf mereka untuk bekerja dari rumah selepas koronavirus mula menular di Amerika Syarikat. Selain mereka beberapa syarikat gergasi teknologi lain turut mengikuti jejak langkah yang sama. Antaranya Microsoft, Google dan Amazon.
Menerusi kenyataan media dari Timbalan Presiden Sumber Manusia Twitter, Jennifer Christie berkata syarikat mereka tidak akan menjadi sama seperti dahulu lagi. Struktur serta operasi syarikat akan berubah.
Malah difahamkan idea bekerja dari rumah ini telahpun dilontarkan oleh Jack Dorsey sebelum merebaknya wabak COVID-19 lagi.
Twitter menjangkakan pejabatnya tidak akan dibuka sekurang-kurangnya sehingga bulan September dengan beberapa pengecualian untuk staf yang benar-benar perlu datang sahaja.
Kesemua acara melibatkan perjumpaan telah dibatalkan untuk sepanjang tahun ini dan perancangan bagi tahun 2021 akan dinilai semula.
Twitter juga telah menambah jumlah elaun kerja dari rumah sebanyak USD1,000 kepada kesemua pekerjanya.
Lionel Messi Berjaya Pintas Ronaldo Sebagai Penjaring Gol Terbanyak Di Eropah
Dua nama ini tidak perlu lagi kita sebut. Sebagai pencinta bolasepak, kita semua sebenarnya cukup bertuah kerana dilahirkan sezaman dengan dua pemain terhebat pernah muncul dalam arena sukan ini.
Perseteruan mereka suatu ketika dahulu yang masing-masing mewakili Barcelona dan Real Madrid telah menjadi saru medan pertarungan epik dinantikan berbilion umat manusia.
Tapi kini Ronaldo sudah berhijrah dan memulakan fasa baru kariernya dengan bermain untuk pasukan Juventus.
Sejak kebelakangan ini prestasi mereka berdua banyak diperkatakan dan dilihat sedikit menurun berbanding musim-musim terdahulu. Sebenarnya prestasi mereka bukanlah merudum namun disebabkan aras prestasi diletakkan Messi dan Ronaldo sangat tinggi, mereka dilihat sebaliknya.
Kedua-dua pemain legenda ini juga memiliki rekod jaringan yang sangat luar biasa. Gol sepakan percuma Messi ketika berdepan Sevilla pada Ahad lalu telah berjaya mencipta satu rekod baru dan memotong jumlah gol jaringan Ronaldo.
Sepanjang karieirnya di La Liga, Messi telah menjaringkan sebanyak 420 gol. Ia sekaligus menjadikan Messi sebagai penjaring terbanyak sepanjang masa meilbatkan 5 liga utama di Eropah (La Liga, Premier League, Bundesliga, Serie A dan Ligue 1).
Jumlah gol tersebut berjaya dicatatkan Messi dengan hanya 455 perlawanan. Manakala Ronaldo pula kini menghimpun 419 gol dengan 525 perlawanan sepanjang kariernya di England, Sepanyol dan terbaru di Itali.
Adakah Ronaldo akan memotong semula jumlah gol liga oleh Messi? Perseteruan ini kini menjadi semakin epik apatah lagi Messi dan Ronaldo kini berdepan di penghujung karier masing-masing.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.