Buahnya kecil namun khasiatnya cukup hebat. Itulah buah kiwi yang namanya sangat sinonim dengan New Zealand.

Namun tahukah anda bahawa buah kiwi bukan berasal dari New Zealand tetapi dari negara China. Menurut sejarah, buah kiwi telah dibawa ke New Zealand pada awal abada ke-20 di mana ia kemudian ditanam secara komersial dan besar-besaran.

Jangan tertipu dengan isinya yang berwarna hijau. Buah yang mempunyak rasa manis dan sedikit tangy ini sangat kaya dengan vitamin C, vityamin K, vitamin E, folate dan potassium.

Malah menerusi satu ciapan di Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia turut mempromosikan buah kiwi.

Buah kiwi mempunyai kandungan vitamin C dua kali lebih tinggi berbanding oren. Selain itu ia juga mempunyai kandungan potassium yang tinggi serta rendah garam – sesuai dijadikan alternatif kepada pisang.

Ads

Jadi apakah kelebihan buah kiwi kepada kita selain kaya dengan pelbagai khasiat? Ikuti perkongsian MASKULIN di bawah.

MEMBANTU MERAWAT ASMA

Kandungan vitamin C dan antioksidan yang tinggi dikatakan mampu membantu merawat pentyakit asma. Satu kajian dilakukan pada tahun 2000 mendapati terdapat kesan baik terhadap paru-paru pesakit yang sering memakan buah segar seperti kiwi.

BANTU PENCERNAAN

Kiwi juga mempunyai kandungan fiber yang tinggi. Di mana ia bertinak menjadi ejen pencernaan dengan lebih baik. Ia juga kaya dengan enzim proteolytic dikenali sebagai actinidin yang menguraikan protein.

Ads

MENINGKATKAN SISTEM IMUNISASI

Kaya dengan pelbagai jenis vitamin seperti vitamin C menjadi kiwi sebagai buah yang mampu membantu sistem imunisasi. Malah ada kajian mendapati buah kiwi mampu membantu sistem imunisasi dengan mengurangkan risiko demam selesema. Ini terutamanya di kalangan warga emas dan juga kanak-kanak.

Banyak Rupanya Kelebihan Buah Kiwi, Antaranya Membantu Mengawal Tekanan Darah Tinggi

RENDAHKAN RISIKO PENYAKIT

Stres oxidative boleh menyebabkan kerosakan terhadap DNA kita lalu boleh menyumbang kepada masalah kesihatan. Namun dengan pengambilan makanan mempunyai antioksidan seperti kiwi ia mampu merendahkan risiko tersebut.

Ads

MEMBANTU MENGAWAL TEKANAN DARAH

Bukan sahaja mampu memberikan manffat terhadap sistem imunisasi malah buah kiwi juga membantu badan kita mendapat tekanan darah yang baik. Pada tahun 2014, satu kajian mendapati pengambilan tiga biji buah kiwi setiap hari mampu merendahkan tekanan darah yang tinggi.

MENGURANGKAN MASALAH DARAH TERSUMBAT

Dengan membantu kelancaran tekanan darah buah kiwi secara tidak langsung menrendahkan risiko berlakukan masalah darah tersumbat. University of Oslo telah menjalankan kajian dan mendapati buah kiwi mampu mengurangkan kondisi tersebut.

PENGLIHATAN LEBIH BAIK

Kemerosotan macular dikenal pasti sebagai penyumbang utama masalah penglihatan. Pengambilan buah kiwi mampu mengurangkan kemerostan macular sehingga 36 peratus.

Buat anda kaki shopping online dapatkan baucar penghantaran percuma di sini!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI