Banyak Rupanya Khasiat Kacang Gajus, Salah Satunya Kurangkan Risiko Kencing Manis

Share

Bagi kita rakyat Malaysia, kacang gajus bukanlah satu perkara yang asing. Kacang yang sebenarnya datang dari biji gajus merupakan bahan yang cukup penting dalam budaya makanan pengguna tempatan sama ada dijadikan bahan masakan atau snek makanan ringan.

Tapi tahukah anda kacang gajus mempunyai banyak manfaat khususnya untuk kesihatan kita. Sebuah kajian percubaan intervensi manusia yang diterbitkan menerusi jurnal pemakanan Nutrients, pengkaji United States Department of Agriculture (USDA) mendapati kandungan kalori dalam kacang gajus adalah 16 peratus lebih rendah berbanding nilai biasa yang terdapat pada makanan.

Mereka juga mendapati kandungan tenaga mengalami proses metabolisme untuk 28 gram hidangan kacang gajus adalah 137 kilokalori.

BACA: Abaikan Soal Bau, Makan Petai Memang Buat Awet Muda Kerana 9 Khasiat Ini

KHASIAT KACANG GAJUS

Kacang gajus mengandungi protein dan mineral seperti tembaga, kalsium, magnesium, zat besi, fosforus, potasium dan zink.

MANFAAT KACANG GAJUS:

Kesihatan otot dan saraf

Mempunyai kandungan magnesium yang sangat penting untuk pembentukan tulang, otot, tisu dan organ tubuh lain. Kandungan magnesium juga mampu membantu mengekalkan tekanan darah, meningkatkan imuniti, mengekalkan fungsi saraf dan mengekalkan tulang yang kuat.

Rendahkan risiko diabetes

Tahukah anda bahawa kacang gajus mengandungi jumlah gula yang sangat rendah dan tiada kolesterol jahat. Ia sekali gus membolehkan kacang gajus selamat diambil pesakit diabetes, malah membantu mengurangkan risiko diabetes Jenis 2.

Tingkatkan kesihatan tulang & gigi

Selain itu, kacang gajus juga membekalkan fosforus yang penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Ia juga membantu dalam sistesis protein, menyerap lemak dan karbohidrat serta penyelenggaraan kesihatan sel.

Tingkatkan sistem imun

Kandungan zink dalam kacang gajus memainkan peranan sangat penting dalam menguatkan sistem imun menentang jangkitan mikrob dan menyembuhkan luka. Ia juga sangat penting dalam tempoh kehamilan untuk pembesaran bayi dan perkembangan kanak-kanak bagi mengekalkan tubuh yang sihat.

Published by
Farizul Izwany