PE bermaksud seseorang lelaki mengalami ejakulasi dengan rangsangan seksual minimum dan lebih awal daripada diingini. Bagi pasangan yang kehidupan seksual mereka aktif, masalah ini boleh menjejaskan hubungan intim. Ia juga memberi impak negatif kepada kualiti hidup dan kepuasan seksual pasangan secara keseluruhan. Ia boleh menyebabkan kekecewaan dan mengganggu keintiman yang juga komponen penting dalam kepuasan hubungan orang dewasa.
Ini sekali gus menyebabkan berlaku tekanan dan kekecewaan ketika melakukan aktiviti itu yang akhirnya memberi kesan kepada kualiti hidup. Ia boleh berlaku pada semua tanpa mengira usia. Kekurangan pendidikan dan kesedaran menyebabkan ramai lelaki menganggap ia perkara biasa sedangkan sebenarnya boleh mengganggu kualiti kehidupan mereka bersama pasangan.
Masyarakat juga sering menganggap perkara ini sebagai tabu (pantang-larang) yang seolah-olah menjadi‚ kesalahan ‘jika dibincangkan secara umum. Sebenarnya, PE boleh dirawat bagi membantu meningkatkan kualiti hidup setiap pasangan.
PE masih dianggap ‘pantang ‘di Asia disebabkan pesakit malu berkongsi masalahnya dengan orang lain. Secara umumnya, lelaki mempunyai jangkaan tidak realistik mengenai prestasi seksual mereka. Dalam kes tertentu, ia menimbulkan kebimbangan secara berlebihan. Wanita pula kebanyakannya sukar meluahkan keperluan seksual mereka yang mengakibatkan kedua-dua pihak tertekan dan bimbang secara bersendirian.
Golongan lelaki boleh mengalami PE walaupun pada kali pertama melakukan hubungan intim atau ia boleh terjadi dalam kehidupan mereka selepas beberapa tahun tidak pernah berdepan masalah itu. Perasaan dialami pesakit PE boleh disamakan dengan bersin, iaitu mereka menyatakan tahu ia akan berlaku tetapi tidak dapat melakukan apa-apa untuk menahannya.
Sehingga kini, pesakit PE sukar dirawat secara terus, malah ramai menderita dalam diam dengan mengelak melakukan hubungan intim dan bergantung pada rawatan kurang berkesan atau membeli produk tidak terkawal secara online.
Ads
Dalam satu kajian diterbitkan oleh Journal of Sexual Medicine, hampir 5,000 lelaki berusia 18 hingga 65 tahun di rantau Asia Pasifik menyatakan, masalah PE lebih ketara berbanding mati pucuk (ED). ED memberi kesan kepada 20 peratus lelaki, berbanding PE sehingga 31 peratus.
Kaji selidik mendedahkan, PE ialah kondisi perubatan yang biasa berlaku di rantau Asia Pasifik dengan satu daripada tiga lelaki mengalami beberapa bentuk PE sebagaimana didiagnosis oleh Alat Diagnostik Ejakulasi Pramatang (PEDT). Sebanyak 38 peratus responden lelaki Malaysia yang mengalami PE cenderung mengelak melakukan hubungan intim manakala 20 peratus lagi rasa terpinggir daripada pasangan. Kira-kira 14 peratus wanita menyatakan PE boleh menyebabkan hubungan terputus atau berlaku perceraian.
Perbezaan PE dan ED
Menegangkan alat kelamin
Ads
PE: Tiada masalah untuk tegang dan sesuai untuk hubungan intim.
ED: Sukar tegang atau mengekalkan ketegangan yang sesuai bagi tujuan hubungan intim.
Mengekalkan ketegangan
PE: Kekal tegang sehingga berlaku ejakulasi.
ED: Lembik sebelum ejakulasi atau sebelum hubungan intim berakhir.
Ads
Ejakulasi
PE: Ejakulasi berlaku sebelum lelaki mahukannya dengan rasa kawalan yang lemah menyebabkan perasaan tertekan.
ED: Lelaki mungkin cuba melakukan ejakulasi dengan cepat sebelum alat kelamin hilang ketegangan atau mungkin ejakulasi ketika lembik.
Siapa yang terkesan
PE: Biasa berlaku kepada lelaki tiada had umur.
ED: Lebih biasa berlaku pada lelaki berusia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa kata bau kaki itu perkara kecil? Kamu banyangkan jika orang lain buka kasut dihadapan kamu dan nah! Meloyakan! Tak lalu nak bernafas. Bau kaki juga melambangkan kesihatan tubuh seseorang itu. Jadi jika kaki kamu berbau busuk yang teramat, ini langkah untuk mencegahnya.
1, PILIHAN STOKIN YANG TEPAT
Seperti yang kita tahu, kaki berbau disebabkan peluh yang berlebihan di kaki. Jadi kami sarankan untuk sentiasa sarungkan stokin dan pastikan stokin itu dari nilon dan kapas. Nilon dan kapas membantu untuk memberi ruang dan menyerap peluh. Jika kamu benar-benar adal masalah kronik tentang peluh di kaki, lebih bagus jika kamu bawa stokin extra jadi boleh bertukar ganti jika kamu tidak rasa selesa.
2. RENDAMAN CUKA
Cuka bukan sahaja mampu membuang kulit mati di tapak kaki, malah ia juga membantu untuk menghilangkna bau kaki. Cara terbaik adalah dengan merendam kaki anda selama seminggu hingga ke dua minggu. Rendamkan kaki anda selama 30 minit. Pasti berkesan.
3. RENDAMAN AIR GARAM
Selain cuka, garam antara pilihan lain untuk menggantikan cuka. Tetapi, jika anda menggunakan garam, anda harus merendam kaki anda selama 20 minit. Seperti mana cuka, garam juga oleh menghilangkan kelembapan pada kaki khusunya tapak kaki.
4. SEMBURAN TEPUNG JAGUNG
Mungkin anda semua mengetahui tentang semburan disinfectant yang mampu membunuh bakteria. Namun, ada lagi cara lain untuk anda membunuh bakteria dengan menggunakan semburan tepung jagung. Selain menjimatkan kos, ia juga mampu untuk mengawal bau kaki dan meresap kelembapan kaki anda. Lebih berbaloi! Cara lain anda boleh taburkan tepung jagung pada bahagian dalam kasut.
5. AIR REBUSAN TEH
Asid dalam teh mengecilkan liang roma pada kaki dan sekali gus membantu untuk mengurangkan peluh. Selain itu ia juga membantu untuk bertindak sebagai antibiotik untuk membunuh bakteria.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kita selalu dengar perkara ini diperkatakan oleh golongan lelaki single. Tapi apakah sebabnya mereka seakan syok sangat menjadi lelaki single.
Ada banyak kelebihan ke hidup single tanpa pasangan?
Sebenarnya ia terpulang kepada individu. Mungkin ramai yang single kerana ada alasan masing-masing. Namun satu perkara yang perlu anda akui, lelaki single memang boleh nikmati sesetengah perkara dengan lebih bebas. terbuka dan seronok.
Cuba lihat di sekeliling anda. Pasti anda ada kenalan yang mungkin sudah berusia lebih 35 tahun tapi masih belum kahwin. Kemudian cuba lihat adakah dia happy atau macam mana? Nak tahu kenapa dia memilih untuk single?
Well, mungkin sebab di bawah inilah jawapannya!
Senang melakukan aktiviti sendiri
Jika diberi pilihan antara melawat rumah ibu mertua dari memancing, 80 peratus lelaki akan memilih untuk memancing! Hidup sendiri lebih mudah untuk melakukan aktiviti terutamanya melancong.
Philanthropist
iaitu perasaan belas kasihan(love of humanity). Lelaki solo lebih mudah menderma berbanding lelaki yang hidup secara berpasangan. (besarkan font ) Begitu juga wanita. Ini terjadi kerana individu solo tiada ikatan dengan dunia individu lain yakni pasangannya berbanding individu berpasangan yang perlu memikirkan ekonominya saat itu, kebenaran pasangan dan sebagainya. Kesimpulannya jika anda solo anda akan menjadi individu Philanthropist yang bagus.
Perasan atau tidak, dari kajian yang dijalankan lelaki yang berpasangan kurang nikmat tidur 49 minit setiap hari. Ini termasuklah gangguan berdengkur, berborak, terjaga di tengah malam kerana pasangan yang mengigau dan sebagainya. Rasanya setiap minit waktu tidur amat berharga terutamanya sewaktu snooze jam loceng pada waktu pagi. Untung la sesiapa yang masih single.
Tidak Kisah Kehilangan Kerja
Dalam banyak-banyak sebab, ini paling berkesan di hati individu solo. Lelaki solo tidak gusar sekiranya dia kehilangan pekerjaan. Tidak perlu risau tentang tanggungan yang lain kecuali dirinya sendiri. Fakta juga mengatakan bahawa lelaki atau wanita yang solo lebih mudah mendapat pekerjaan berbanding yang sudah berkahwin.
Waktu Menabung
Single adalah waktu terbaik untuk menabung. Percaya atau tidak, lelaki jika ada matlamat dia lebih mudah menabung berbanding wanita manakala individu yang berkahwin atau berpasangan pula mempunyai hanya 20 persen untuk menabung. Jangan ditanya kenapa lelaki yang anda temui masih lagi single. Mungkin beliau sedang menabung untuk sesuatu urusan.
Bentuk Badan Masih Ok!
Bukan menafikan kebaikan berpasangan atau berkahwin tetapi hakikat sebenar dunia membujang didapati lebih mudah mengekalkan bentuk badan ideal. Nafsu makan pula tidak didorong oleh mana-mana individu. Bagi lelaki, waktu bujang matlamatnya tidak bercabang. Hanya kerja, sukan(mungkin ‘gila’ bermain futsal atau badminton) dan tidur, itu sahaja. Jika berkahwin, balik kerja makanan sudah tersedia. Nak tak nak anda harus makan dan makanan pula sedap. Apa lagi selera makin bertambah. Macam mana la anda tidak boroi lepas kahwin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kalau perempuan sibuk dengan fesyen tudungnya, lelaki pun taknak ketinggalan dengan stail rambut terkini yang ternyata sangat penting bagi lelaki yang mementingkan penampilan diri yang kemas.
Stail rambut lelaki lantas berubah dari satu gaya ke satu gaya yang lain, malah ada gaya yang pelik namun masih mendapat sambutan.
Jadi apa sebenarnya yang membuatkan gaya-gaya tersebut mendapat sambutan dan kelihatan moden serta kemas? Apakah bahan dan teknik yang digunakan?
Ha! Tentulah Pomade!
Sesuai dengan namanya, bahan utama Pomade terdiri daripada glycerin, dan sedikit wangian dicipta untuk lelaki yang inginkan gaya rambut yang stylo dan lebih kemas.
Produk 100 peratus halal ini menjamin rambut sentiasa kemas tidak kira apa pun stail pilihan anda.
Antara stail rambut yang mendapat pilihan masa kini adalah Side Parting, sebab stail macam ini lebih masuk akal dan sofistikated untuk digayakan.
1. Side parting
Potongan stail ini dikategorikan sebagai gaya klasik sepanjang zaman untuk lelaki, rambut dipotong sederhana pendek dan dinipiskan dibahagian tepi kepala mengikut kesesuaian.
Melalui gaya ini, rambut disikat rapi dengan minyak rambut Pomade ke tepi dan bukan kebelakang.
2. Taper fade
Potongan pendek dan tebal di bahagian atas kepala akan tetapi bahagian tepinya di potong nipis.
Untuk gaya sebegini, amat sesuai untuk di gayakan dengan Pomade, sebab ia mampu memberi ketahanan rambut untuk kekal bergaya pada tempoh yang cukup lama.
3. Modern pompadour
Seiring dengan pengunaan pomade, gaya rambut sebegini amatlah sesuai di gayakan dengan Pomade kerana variasi rambut yang beralun di bahagian hadapan serta di potong nipis bahagian tepi.
Gaya persis Elvis Presley sememangnya memerlukan minyak rambut seperti Pomade yang tahan lama bagi memastikan gaya kekal lama.
4. Slicked back undercut & taper undercut
Kedua-dua gaya ini kelihatan lebih kurang sama kerana di bahagian tepi di potong nipis dan rambut dibahagian atas di biar panjang.
Untuk mengayakan rambut sebegini, cukup dengan hanya menyisir rambut dengan jari kebelakang diselang selikan dengan minyak rambut Pomade untuk hasil yang lebih stylo mylo!
Dengan bantuan Pomade, rambut akan kelihatan lebih kemas, kilat dan lebat.
Sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.